Friday, March 19, 2010

Jalan Ahlus Sunnah


Jika ada seseorang berkata, “Celaaan dilontar kepada bidaah dan pujian diberikan kepada as-Sunnah. Lalu apa sebenarnya bidaah dan as-Sunnah itu? Kerana menurut hemat kami,setiap ahli bidaah ada yang mengaku sebahagian daripada Ahlus Sunnah”
Jawapannya : Menurut pengertian bahasa, as-Sunnah itu adalah jalan. Tidak dapat diragukan bahwa ahlun naqli qal atsari, iaitu orang-orang yang mengikuti jejak Rasulullah saw dan para sahabat adalah Ahlus Sunnah,sebab mereka berada di atas jalan itu,yang di sana tidak ada hal baru yang diada-adakan. Sebab perkara baru dan bidaah itu baru muncul sepeninggalan Rasulullah saw dan para sahabat.
Bidaah merupakan ungkapan tentang sesuatu perbuatan yang belum ada, kerana itu perlu diada-adakan. Yang lebih sering berlaku,bidaah ini bertentangan dengan syarak,samada dengan cara menambahinya atau menguranginya. Kalaupun bidaah itu tidak bertentangan dengan syarak, orang-orang salaf tetap membencinya,dan mereka pasti menghindarkan diri dari setiap ahli bidaah. Jika perbuatan itu dalam perkara yang memang dibolehkan dan menjaga gambaran yang asli,maka itulah yang disebut itba’.
Abdullah bin Mas’ud diberitahu seseorang bahawa ada sekumpulan orang yang duduk-duduk di dalam masjid selepas Magrib. Di tengah-tengah mereka ada seseorang yang berkata, “Bertakbirlah kepada ALLAH begini dan begitu,bertasbihlah kepada ALLAH begitu dan begini, bertahmidlah kepada ALLAH begitu dan begini!”
Abdullah bin Mas’ud berkata “Jika engkau melihat mereka berbuat seperti itu lagi,segera beritahu aku dan beritahu pula tempat mereka”
Maka orang yang mendatangi kumpulan orang yang dimaksudkan dan ikut duduk-duduk bersama mereka. Ketika mereka berbuat seperti itu, dia segera bangkit dan menemui Abdullah bin Mas’ud. Setelah diberitahu Abdullah bin Mas’ud,beliua segera menemui mereka dan berkata “ Namaku Abdullah bin Mas’ud,demi ALLAH yang tiada tuhan selain-Nya,kamu telah mendatangkan bidaah secara zalim dan kamu merasa lebih hebat dari ilmu para sahabat Rasulullah saw. Hendaklah kamu mengikuti jalan Al-Sunnah. Jika kamu mengambil jalan kiri atau jalan kanannya,maka kamu akan tersesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya”
( Dari buku Talbis Iblis oleh Ibnul Qayyim Al-Jauzi)

No comments:

Post a Comment