Sunday, March 28, 2010

Mendulang Cinta Allah Melalui Ittiba'ur Rasul


Apabila kita berbicara mengenai soal cinta, lazimnya perbicaraan tersebut akan tertumpu kepada hubungan cinta yang wujud antara sesama manusia. Sebagai contoh ialah kecintaan seseorang anak kepada ibu bapanya, kecintaan seorang suami kepada isterinya, kecintaan seorang guru kepada para pelajarnya dan demikianlah seterusnya.
Selain daripada itu, tidak kurang juga dalam kalangan kita yang sering mengaitkan persoalan cinta dengan perkara-perkara selain daripada kecintaan sesama manusia. Perkara ini adalah suatu yang lumrah kerana hakikatnya cinta itu sendiri memiliki cakupan yang amat luas. Ia meliputi apa jua perkara yang melingkari kehidupan manusia, selagi mana perkara-perkara tersebut berupaya menumbuhkan kebahagiaan dan kedamaian pada jiwa yang empunya rasa cinta tersebut.

Menerusi artikel yang serba ringkas ini penulis akan mengajak para pembaca yang budiman sekalian untuk sama-sama berbicara mengenai persoalan cinta. Sedia kita ketahui bahawa menurut perpektif ajaran Islam, cinta itu memiliki beberapa tingkatannya yang tersendiri. Kecintaan seseorang terhadap ahli keluarganya, ilmu, harta benda dan sebagainya adalah cinta yang lumrah berlaku dalam kebanyakan manusia. Jika ditinjau dari sudut kaca mata ajaran Islam, cinta seperti ini adalah disebut sebagai cinta yang tabi’i.

Akan tetapi apabila kecintaan terhadap perkara-perkara tersebut dilakukan dengan cara yang melampaui batasan syarak maka ia termasuk dalam kategori cinta yang keji. Inilah tingkatan cinta yang amat tercela di sisi ajaran Islam. Dalam hal ini Allah Subhanahu wa Ta’ala memperingatkan kita bahawa:
Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi fitnah ujian dan di sisi Allah jualah pahala yang besar. [Surah at-Taghabun: 15]
Selain daripada kedua-dua tingkatan cinta di atas terdapat satu lagi tingkatan cinta di sisi ajaran Islam. Tingkatan cinta inilah yang lazim kita sebut-sebut sebagai ‘cinta yang agung’ iaitu kecintaan seseorang hamba yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam ayat ke-165 dari surah al-Baqarah:
Dan di antara manusia ada yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, sedang orang-orang yang beriman itu lebih mencintai Allah (berbanding selainnya).


Cukupkah sekadar pengakuan?
Hakikat yang perlu difahami oleh setiap umat Islam bahawa seseorang itu tidak akan mungkin sampai ke destinasi cinta yang teragung, iaitu kecintaan yang hakiki terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala melainkan hendaklah dia terlebih dahulu mencurahkan rasa cintanya itu melalui utusan Allah yang mulia, iaitu Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Rasa cinta terhadap Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ini pula tidaklah hanya memadai dengan ungkapan di bibir dan dengan luahan hati semata-mata.
Akan tetapi lebih jauh dari itu, kecintaan tersebut hendaklah dibuktikan dengan cara mengikuti segala syariat yang dibawa oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang telah termaktub dalam al-Sunnah atau hadis-hadisnya yang sahih. Hakikat ini telah pun dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala menerusi firman-Nya yang bermahfum:
Katakanlah (Wahai Muhammad): Jika Kamu (benar-benar) mencintai Allah, (maka) ikutilah aku nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Surah Ali-Imran: 31]
Di samping itu juga, kecintaan tersebut hendaklah diletakkan di aras tingkatan cinta yang tertinggi berbanding kecintaan ke atas selainnya sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
Tidak beriman salah seorang dari kamu sehingga aku lebih dia cintai dari anaknya dan orang tuanya dan manusia seluruhnya. [Hadis riwayat al-Bukhari 1/9, Muslim 1/49, al-Nasa’ 8/114 dan Ahmad 3/177 bersumberkan daripada Anas bin Malik radhiallahu’anh]

 Lantas, bagaimanakah cara yang benar untuk membuktikan kecintaan kita kepada Allah dan Rasulullah?
Sebagaimana yang telah penulis jelaskan dalam beberapa huraian yang lalu bahawa kecintaan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya, Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam bukanlah sekadar dengan luahan perasaan atau pengakuan di bibir semata-mata. Akan tetapi hendaklah ia dibuktikan dengan perbuatan (amalan) iaitu dengan cara mengikuti al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
Hakikat ini adalah suatu yang amat perlu untuk dicermati oleh setiap umat Islam memandangkan pada ketika ini tidak sedikit kita temui di sana-sini adanya segolongan manusia yang mengakui amat mencintai Allah dan Rasul-Nya. Akan tetapi, pada hakikatnya mereka ialah golongan yang paling terkehadapan di dalam mengunggulkan sesuatu yang lain baik berupa perkataan, perbuatan, manhaj dan keyakinan berbanding dengan “firman Allah” dan “sabda Rasulullah” shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih.
Agar lebih mudah difahami, maka berikut akan penulis senaraikan beberapa cara yang dapat kita praktikkan bagi membuktikan rasa cinta dan kasih kita kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, antaranya:

PERTAMA:
Hendaklah umat Islam mengikuti dan melaksanakan sunnah-sunnah baginda shallallahu ‘alaihi wasallam. Ayat berikut sekali lagi menjadi rujukan
Katakanlah (Wahai Muhammad): Jika Kamu (benar-benar) mencintai Allah, (maka) ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Surah Ali-Imran: 31]
Sehubungan dengan ayat di atas, al-Imam al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah menerusi kitab tafsirnya, Tafsir al-Qur’an al-‘Azhim jilid 1, muka surat 366 menulis:
Ayat ini adalah pemutus kepada sesiapa yang mendakwa mencintai Allah tetapi tidak di atas jalan (al-Sunnah Nabi) Muhammad. Maka sesungguhnya, dia adalah pendusta atas apa yang didakwa sehinggalah dia mengikuti syariat Muhammad dan agama nabawi dalam semua perkataan, perbuatan dan hal-ehwalnya seperti yang pasti dalam Shahih al-Bukhari daripada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam: Sesiapa yang beramal dengan suatu amalan yang tidak di atas petunjuk kita, maka dia ditolak. [Lihat buku penulis Cukupkah Sekadar Niat? (Karya Bestari Sdn Bhd, Selangor, 2010), ms. 59]

KEDUA:
Hendaklah umat Islam sentiasa mendahulukan perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di atas perkataan manusia biasa. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Surah al-Hujurat: 1]
A-Imam al-Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah ketika menafsirkan ayat di atas menyebut di dalam kitabnya, I’lam al-Muwaqqi’in, jilid 2, halaman 95 bahawa:
Jangan kamu berkata-kata atau melakukan sesuatu perbuatan sebelum Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam berkata atau melakukannya. Para sahabat Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam pernah ditegur oleh Allah kerana perbuatan mereka yang meninggikan suara ketika berada di sisi Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suara kamu melebihi suara Nabi dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana kamu menyaringkan suara semasa bercakap sesama kamu. (Larangan yang demikian) supaya amalan-amalan kamu tidak hapus pahalanya, sedangkan kamu tidak menyedari. [Surah al-Hujurat: 2]
Sekiranya meninggikan suara mengatasi suara Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam, menjadi penyebab kepada terhapusnya (pahala) amalan (seseorang), (maka) bagaimana pula kedudukan seseorang yang mendahulukan pendapat, akal, siasah dan pengetahuannya daripada apa yang dibawa (disunnahkan) oleh Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam. Sudah tentulah amalan-amalannya lebih mudah terhapus. [Lihat buku penulis Cukupkah Sekadar Niat?, ms. 70-71]

KETIGA:
Mencukupkan diri dengan apa yang telah diajarkan oleh baginda dan meninggalkan apa-apa dilarang olehnya. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah ia dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah. [Surah al-Hasyr: 7]
Termasuk dalam hal ini juga ialah menerima segala keputusan hukum yang telah ditetapkan oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam, menerimanya dengan lapang dada serta tidak membencinya. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim (wahai Muhammad sebagai pemutus) dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya. [Surah al-Nisa’: 65]

KEEMPAT:
Tidak mempertentangkan sunnah dan sabda baginda dengan perkataan manusia biasa. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
Dan tidaklah patut laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang beriman yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka dan barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata. [Surah al-Ahzab: 36]
Sehubungan dengan hal ini, Qatadah radhiallahu‘anh pernah berkata:
Ibnu Sirin radhiallahu‘anh telah memberitahu kepada seorang lelaki tentang sebuah hadis daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Kemudian lelaki itu berkata: Tetapi si fulan berkata begini dan begini (yang bertentangan dengan hadis). Maka Ibnu Sirin radhiallahu‘anh berkata: Aku berkata ini hadis daripada Nabi tetapi engkau berkata si fulan telah berkata begini dan begitu. (Oleh itu) aku tidak akan bercakap dengan engkau selama-lamanya! [Hadis riwayat ad-Darimi dalam Sunan ad-Darimi (no. 449)]

KELIMA:
Sentiasa mengucapkan selawat dan salam ke atas baginda shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya mengucapkan selawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah untuknya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. [Surah al-Ahzab: 56]
Termasuk dalam hal ini ialah mengucapkan selawat dan salam ke atas baginda shallallahu ‘alaihi wasallam apabila mendengar nama baginda shallallahu ‘alaihi wasallam disebut. Bersumberkan daripada Husain bin Ali bin Abi Thalib radhiallahu’anh, dia berkata bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda.
Orang yang paling bakhil (kedekut) itu ialah orang yang (apabila) namaku disebut di sisinya kemudian dia tidak berselawat kepadaku. [Hadis riwayat al-Tirmidzi 1/201 (no. 1736), al-Nasa’i dalam Amal al-Yaum (no. 55, 56 dan 57), Ibn Hibban (no. 2388), al-Hakim 1/549, ath-Thabrani dalam Mu’jam al-Kabir 3/137 (no. 2885) dan lain-lain dengan sanad yang sahih]
Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa mengucapkan selawat dan salam ke atas baginda shallallahu ‘alaihi wasallam ini hendaklah dilakukan mengikut kaifiyat atau tatacara yang telah ditunjukkan oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam. Hal ini kerana selawat juga adalah salah satu bentuk peribadatan di sisi ajaran agama. Maka dengan itu hendaklah setiap kalimah dan bilangan selawat yang diucapkan tersebut berlandaskan kepada hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih. Syeikh Abu Ubaidah menulis:
Setelah kita ketahui bahawa bacaan selawat kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam merupakan contoh ibadah dan sesuatu (yang) bersifat tauqifi (yakni terikat dengan ketentuan nas –pen), kita tidak boleh menambah mahupun mengubah lafaz yang telah ditetapkan dengan formula selawat yang baru. Tindakan itu merupakan salah satu bentuk pembangkangan terhadap pemiliki syariat (iaitu Allah Subhanahu wa Ta’ala) yang sebenarnya harus kita patuhi dan kita cintai dengan sepenuh hati. [Penulis nukil daripada 25 Persoalan Semasa: Huraian dan Jawapan karya Mohd Yaakub Mohd Yunus (Karya Bestari Sdn. Bhd., Selangor, 2007), ms. 272]

KEENAM:
Meninggalkan segala perkara bid’ah dalam urusan agama. Hal ini kerana bid’ah adalah perbuatan maksiat dan termasuk dalam seburuk-buruk perkara yang amat dibenci oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
Sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah kitabullah. Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Sedangkan seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam urusan agama) dan semua yang diada-adakan adalah bid’ah. Semua yang bid’ah adalah sesat dan semua yang sesat tempat kembalinya adalah neraka. [Hadis riwayat al-Nasa’i dalam Sunan ¬al-Nasa’i (no.1560)]
Justeru, amatlah menjauhi kebenaran apabila sesuatu kaum itu mengakui mencintai Allah dan Rasul-Nya sedangkan pada waktu yang sama mereka melakukan sesuatu perkara yang bercanggah dengan al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan mencabar kesempurnaan agama yang dibawa oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam.

KATA PENUTUP
Demikianlah secara ringkas mengenai hakikat mencintai Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya, Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dan beberapa kaedah yang dapat menghantarkan kita kepada cinta yang sejati terhadap kedua-duanya. Diharapkan dengan penulisan yang serba ringkas ini dapat memberikan anjakan paradigma kepada kita semua untuk sentiasa berusaha ke arah menyemai rasa cinta kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan baginda shallallahu ‘alaihi wasalam sesuai dengan kaedah yang telah ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Akhir kata, penulis mendoakan agar kita semua termasuk dalam kalangan mereka yang sentiasa mendapat keredhaan dan kasih sayang Allah Subhanahu wa Ta’ala di dunia dan di akhirat.


Artikel ini hasil nukilan hebat saudara Mohd Hairi Nonchi,pelajar tahun akhir pendidikan,UMS

Friday, March 19, 2010

Jalan Ahlus Sunnah


Jika ada seseorang berkata, “Celaaan dilontar kepada bidaah dan pujian diberikan kepada as-Sunnah. Lalu apa sebenarnya bidaah dan as-Sunnah itu? Kerana menurut hemat kami,setiap ahli bidaah ada yang mengaku sebahagian daripada Ahlus Sunnah”
Jawapannya : Menurut pengertian bahasa, as-Sunnah itu adalah jalan. Tidak dapat diragukan bahwa ahlun naqli qal atsari, iaitu orang-orang yang mengikuti jejak Rasulullah saw dan para sahabat adalah Ahlus Sunnah,sebab mereka berada di atas jalan itu,yang di sana tidak ada hal baru yang diada-adakan. Sebab perkara baru dan bidaah itu baru muncul sepeninggalan Rasulullah saw dan para sahabat.
Bidaah merupakan ungkapan tentang sesuatu perbuatan yang belum ada, kerana itu perlu diada-adakan. Yang lebih sering berlaku,bidaah ini bertentangan dengan syarak,samada dengan cara menambahinya atau menguranginya. Kalaupun bidaah itu tidak bertentangan dengan syarak, orang-orang salaf tetap membencinya,dan mereka pasti menghindarkan diri dari setiap ahli bidaah. Jika perbuatan itu dalam perkara yang memang dibolehkan dan menjaga gambaran yang asli,maka itulah yang disebut itba’.
Abdullah bin Mas’ud diberitahu seseorang bahawa ada sekumpulan orang yang duduk-duduk di dalam masjid selepas Magrib. Di tengah-tengah mereka ada seseorang yang berkata, “Bertakbirlah kepada ALLAH begini dan begitu,bertasbihlah kepada ALLAH begitu dan begini, bertahmidlah kepada ALLAH begitu dan begini!”
Abdullah bin Mas’ud berkata “Jika engkau melihat mereka berbuat seperti itu lagi,segera beritahu aku dan beritahu pula tempat mereka”
Maka orang yang mendatangi kumpulan orang yang dimaksudkan dan ikut duduk-duduk bersama mereka. Ketika mereka berbuat seperti itu, dia segera bangkit dan menemui Abdullah bin Mas’ud. Setelah diberitahu Abdullah bin Mas’ud,beliua segera menemui mereka dan berkata “ Namaku Abdullah bin Mas’ud,demi ALLAH yang tiada tuhan selain-Nya,kamu telah mendatangkan bidaah secara zalim dan kamu merasa lebih hebat dari ilmu para sahabat Rasulullah saw. Hendaklah kamu mengikuti jalan Al-Sunnah. Jika kamu mengambil jalan kiri atau jalan kanannya,maka kamu akan tersesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya”
( Dari buku Talbis Iblis oleh Ibnul Qayyim Al-Jauzi)

Thursday, March 11, 2010

Apa lagi untuk bersyukur?



Kata-kata ini saya terjumpa time geledah laptop kak ja sebab nak cari satu folder... Jelas,walaupun sangat simple namun,jika kita hayati betul-betul,maksudnya sangat mendalam... Apa lagi untuk bersyukur? Persoalan itu bermain difikiran saya... Sememangnya,tatkala ini rasanya saya tidak layak untuk memberi apa sahaja tazkirah kepada rakan-rakan kerana sememangnya diri saya sendiri kini sangat lemah. Tidak layak rasanya untuk saya memberikan kata-kata nasihat sedangkan diri ini sendiri masih dahagakan nasihat dan bimbingan. Mungkin itulah antara faktor utama mengapa blog ini sudah agak lama tidak terupdate dengan kata-kata nasihat dari saya.

Namun alhamdulillah,saya kembali tersedar,mengapa saya perlu menjadi sebegini lemah? Mengapa saya terlalu cepat mengeluh dan lebih tepat ‘terlalu cepat berputus asa?’. Saya tersenyum.. Geram sebenarnya dengan diri sendiri... Marah dengan perasaan yang sering hadir sejak kebelakangan ini. Ini bukan sikap orang islam.. Orang islam mesti kuat.. Orang islam tak mudah putus asa.. Jikalau lah Rasulullah saw dahulu seorang yang sangat cepat berputus asa, saya yakin sampai ke saat ini,tulisan ini tidak akan dapat saya hasilkan..saya terlupa akan hakikat itu.. Maafkan hambaMu ini Ya ALLAH..

Jadi,sekarang.... inilah seadanya.. Saya menulis bukan untuk menasihati orang lain tetapi lebih kepada menasihati diri sendiri. Memberi tazkirah untuk tatapan diri sendiri dan semoga diri ini terus bermuhasabah. Jangan lagi terlena dan terleka... Namun,besar harapan biarlah tulisan ini dapat memberikan sesuatu untuk anda..Tak banyak sikit pun jadi.. Kalau tak sikit banyak lagi la alhamdulillah...Bangkitlaa .... Semaikan hati kita dengan benih kasih sayang kepada ALLAH...bersiramkan kerinduan dalam mencari cinta dan keredhaanNya..

Apa lagi untuk bersyukur aini?

Kena ada rumah besar 3 tingkat? Yang ada pagar eletrik,jadi malam-malam tak payah susah-susah pergi kunci pagar?? Errmm,nak rumah yang ada swimming pool...yelah sekarang kan musim kemarau,panas....so kalau dapat berendam dalam kolam best ni... Lagi? errmm..lagi...kalau boleh naklah ada kereta sendiri kat kolej ni.. Susahlah nak bergerak.. Nak gi tempat kak ja pun susah,lagipun kalau ada kereta hari minggu boleh gi jalan-jalan... Ada lagi? Ada..Ada... Errm... bestnya kalau dapat sambung belajar kat oversea.. Tengok kawan-kawan yang pergi oversea,rasa teringin sangat nak gi sana... Haaa,dah habis? Ada lagi...nasi kat café tak sedap laa.. Petang-petang asyik menu sama je..berminyak pulak tu...adush!! Dah habis? huhu..dah..dah... (ye ke tu?)

Ya ALLAH,lihatlah betapa manusia ni tidak pernah bersyukur dengan apa yang mereka ada.. Banyak meminta dari memberi.. Nak itu,nak ini..tapi bila dengan ALLAH berfkira... Contohnya time puasa .Nak buat puasa 6,punya la susah.. Tak pe,tu kan sunat je...habiskan ganti puasa wajib dulu,yang sunat-sunat tu kemudianla....Tak usah cakap time puasa,ni haa.. time solat jemaah,amboi..time imam baca surah yang panjang sikit dah mula complain. Macam-macam alasan...Eee,tak malu langsung... Berkira tahap tak ingat..Kalaulah ALLAH pun berkira macam tu dengan kita,nampaknya memang padanlah muka kita,kan?

Tapi tak... ALLAH tak pernah berkira..Bahkan dia sentiasa memberi.. Terlalu banyak DIA memberi sehinggakan kita sudah lupa untuk bersyukur. Yelah,bila dah selalu sangat menerima je,kadang-kadang kita pun akan terlupa untuk mengucapkan terima kasih pada pengirimnya.. Jom,kita buat perbandingan,seorang artis yang sangat popular,hari-hari dapat surat yang beribu-ribu dari peminat,berbanding dengan artis yang tak berapa popular,yang hanya terima 2 3 keping je surat sehari,anda rasa artis mana yang akan lebih mengucapkan terima kasih dan menghargai surat yang diterima? Mestilah yang sikit kan? Yelah,kalau tak hargai,entah-entah nanti langsung tak dapar surat... so,jelas kalau ALLAH asyik memberi je kepada kita,kita akan terlupa untuk bersyukur dan berterima kasih kepada ALLAH...Muhasabah...muhasabah aini... Kena bina tekad,semakin banyak nikmat yang diberikan semakin kita kena bersyukur... itulah yang sepatutnya...

Ada lagi,kita biasa dengarkan,kalau lah aku...kenapalah macam ni...bestnya kalau... adoiii,tak suka macam ni... dan banyak lagi kata-kata pengeluhan yang kita dengar( kata-kata pengeluhan? ada ke? hehe...hentam saja lahh) tak usah cakap orang,sebab saya sendiri pun kadang-kadang termasuk golongan tu.. tak payah malu nak mengaku,sebab itu memang hakikatnya..dan ternyata benda itu memang sangat-sangat salah... tahu tak,perkataan ‘kalau’ tu hanya membuka pintu kepada syaitan untuk terus menyesatkan kita... Ibarat pintu gerbang UMS..hehe.. So,kalau dah tahu salah,kenapa buat? Kenapa terus ulangi benda yang sama??? Sebab...ermmm..sebab... haaa...sebab kita kan manusia,bukan maksum,tak terlepas dari dosa.. boleh ke jawapan macam tu? Tu jawapan memang tak berkualiti langsung..lansung.. memang kita bukan maksum,tapi itu bukan tiket untuk kita buat salah.. sebab ALLAH dah berikan kita akal untuk berfikir...Tak gitu? So,apa penyelesaiannya??

Penyelesaiannya?

Tepuk dada tanya iman... saya yakin anda-anda semua tahu jawapannya kan? Kita dah biasa dengar peringatan dari ALLAH swt.. “Jika kita bersyukur ALLAH pasti akan tambahkan nikmat kepada kita...” jadi..sebenarnya semuanya bermula dari kita.. antara nak dengan tak nak je... Pernah seorang sahabat saya berkata untuk bersyukur kita perlu lihat mereka yang kurang bernasib baik dari kita.. InsyaALLAH,perasaan bersyukur itu akan datang..betul juga kan... tapi yang pasti kita kena yakin dengan janji ALLAH... “kalau kita bersyukur ALLAH akan menambahkan nikmatNya untuk kita”..Jadilah hambaNya yang bersyukur.. Jangan sesekali menyesali apa yang telah berlaku.. Kerana yakinlah,setiap apa yang berlaku kini telah ditentukan oleh ALLAH sejak di dalam kandungan lagi....

Cakap memang senang,tapi nak buat tu yang payah... saya akui hakikat itu..sangat-sangat akui.. Kadang-kadang kita bukan main bagi nasihat untuk orang..bla..bla..blush...bluush..tup! Tup! terkena atas batang hidung sendiri.. terdiam!!...huhu... Tapi apa-apa pun,kita kena cuba,pasang tekad untuk sentiasa menjadi hamba yang bersyukur,tak usah tunggu dapat rumah banglo 3 tingkat dengan kolam renang baru nak bersyukur,tak usah tunggu dapat sambung belajar ke oversea baru nak bersyukur,tak usah tunggu ada kereta baru nak bersyukur.. Nikmat sekarang pun dah memadai.. Kalau kita tengok orang yang lebih pada kita,sepatutnya kita kena pasang tekad untuk menjadi sebaik itu tetapi bukannya mengeluh sebab tak boleh jadi semacam itu...

InsyaALLAH,bermula dari saat ini,kena pasang tekad..tiada apa lagi yang perlu untuk kita bersyukur kerana apa yang ada ini sudah terlebih cukup untuk bersyukur... kan? tepuk dada tanya iman....

Tuesday, March 2, 2010

My Mum Is Amazing...




She wakes up early in the morning with a smile
And she holds my head up high
Don't you ever let anybody put you down
Cos you are my little angel

Then she makes something warm for me to drink
Cos it's cold out there, she thinks
Then she walks me to school, Yes I aint no fool
I just think my Mom is amazing

BRIDGE/CHORUS
She makes me feel
Like I can do anything
And when she's with me
There's no where else, I'd rather be...

After School, she's waiting by the gate
I'm so happy that I just can't wait
To get home to tell her how my day went
And eat the yummy food, only my Mom makes

Then I wind her up cos I don't wanna bath
And we run around the house with a laugh
No matter what I say, she gets her way
I think my Mom is amazing

BRIDGE/CHORUS

Then I wake up in the morning, she's not there
And I realize she never was
And I'm still here in this lonely orphanage
With so many just like me

And as my dreams begin to fade
I try hard to look forward to my day
But there's a pain in my heart that's a craving
How I wish I had a Mom that's amazing
Would be amazing..

Bersyukurlah kita masih ada mak... Sayangilah mereka selagi mana mereka masih bersama kita.. =)