Thursday, December 31, 2009

Azam Tahun Baru..


Alhamdulillah,kita sudah memasuki tahun baru. Niat pada awalnya mahu menyediakan satu entri khas bersempena dengan tahun baru kali agak tergendala. Maklumlah terlalu sibuk dengan aktiviti semasa cuti,menyebabkan niat untuk menulis sentiasa terbantut. Namun alhamdulliah,artikel ini siap juga ditulis. Sewaktu artikel ini ditulis,sudah 14 muharam,bermakna 14 hari sudah berlalu meninggalkan saya. Ya,14 hari.. Alhamdulillah,saya panjatkan syukur yang teramat sangat kerana saya masih diberi peluang oleh tuan empunya bumi ini untuk terus menumpang di sini. Bersyukur juga buat yang Esa kerana jika mengikut perkiraan tahun sudah hampir 23 tahun saya di sini. Berjalan,berlari dan terkadang merangkak dalam menempuhi arus dunia yang penuh pancaroba ini. Terkadang saya mengeluh,terkadang saya menangis,dan terkadang saya gembira..ini semua lumrah kehidupan. Saya akan teruskan hidup selagi ALLAH menetapkan saya patut berada di sini..Dan selagi itu jugalah saya akan terus memikul tanggugjawab sebagai khalifah dan hamba di atas muka bumi ini..

Apabila memasuki sahaja tahun baru,saya yakin soalan yang sentiasa disajikan kepada kita adalah “Apa azam tahun baru awak?”. Tidak keterlaluan jika saya katakan itu adalah antara topik yang paling popular dibincangkan dicorong-corong radio..
Namun,jika ditanya kepada saya ‘apa azam tahun baru awak?’ saya tiada jawapan yang spesifik. Kalau nak disenaraikan 2 keping kertas kajang pun tentu tak akan cukup.. Masalahnya,problemnya...adakah saya mampu melakukannya? Merealisasikan semua azam yang telah saya senaraikan berkajang-kajang itu?? jadi,saya berfikir,saya tidak perlu menetapkan azam yang berbagai-bagai...tetapi saya mahu meletakkan azam untuk melakukan semua azam yang telah saya tetapkan..itulah azam saya.. “Berazam untuk menunaikan azam...” mungkin kedengaran agak pelik,namun jika difikiran balik tak adalah pelik sangat... Jujurnya azam tahun lepas pun masih banyak yang belum tertunai..Jadi,tak perlu rasanya saya memerah otak untuk meletakkan azam baru pada tahun ini kerana kebanyakannya adalah azam yang sama...

Jauh disudut hati saya,saya mahukan yang terbaik untuk tahun ini. For sure,semua berazam ke arah itu bukan? Saya mahukan yang terbaik untuk diri saya sendiri,dalam pelajaran,dalam kerjaya, dalam keluarga,dan saya mahu menambahkah sebanyak mana ilmu dalam semua bidang,terutamanya dalam bidang agama selagi saya termampu...InsyaAllah.. hehe.. itulah azam saya... mungkin azam begini sudah biasa kita dengar,kan? tapi,sejauh mana kita mampu merealisasikannya.. Saya tak nak jadi salah seorang yang tergolong dalam pepatah ‘hangat-hangat taik ayam..’ hehe..tidak..tak nak,never.. That’s why untuk tahun ini azam saya adalah berazam untuk tunaikan azam yang lepas-lepas..InsyaALLAH...

Macam mana pula dengan sahabat-sahabat semua? Saya yakin azam anda semua lebih hebat dari saya bukan? Walau apa pun yang sahabat-sahabat semua azamkan pastikan ianya membawa kebaikan untuk diri anda,agama,keluarga,masyarakat,bangsa dan negara..dan jika ia menepati semua ciri-ciri di atas,sudah pasti doa saya sentiasa bersama anda semua... insyaALLAH..(00)..Selamat berjuang....

Tuesday, December 22, 2009

Cinta...


Entah mengapa selepas saya selesai membaca artikel dari seorang sahabat yang bertajuk “Harga Sebuah Cinta” membuatkan tangan saya begitu ringan untuk mencoretkan satu entri khas pada kali ini. Mungkin ada di kalangan sahabat-sahabat yang berkata ‘asyik-asyik cinta...cinta..cinta..tak ada entry lain ke?’ hehe,saya mohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki ,jika ada di antara sahabat-sahabat yang tidak berapa setuju. Anda mempunyai 2 pilihan samada meneruskan pembacaan sehingga ayat yang terakhir atau terus tak payah baca.

Bercakap tentang cinta..Errmm,saya rasa setiap orang mengakui betapa pentingkan cinta di dalam kehidupan kita seharian,kan? Yelah,cinta tidak semestinya hanya kepada sesama manusia tetapi ia boleh dan seharusnya dilimpahkah buat yang ESA. Fikirkan,jika tidak kerana cinta mana mungkin seorang manusia itu akan menunaikan solat 5 waktu sehari semalam melainkan ia dilakukan kerana cinta kepada ALLAH dan islam.. Dan,jika tidak kerana cinta,mana mungkin seorang ibu sanggup berjaga malam semata-mata-mata untuk mendodoikan dan menyusukan si anak. Jika tidak kerana cinta,mana mungkin lahirnya zuriat penyambung warisan di dalam sesebuah keluarga. Jika tidak kerana cinta mana mungkin lahirkan para syahid dan syahidah dimedan perang melainkan ia dilakukan kerana cinta kepada islam. Jika tidak kerana cintakan ilmu, mana mungkin lahirnya golongan ahli ulamak dan para cerdik pandai di seluruh dunia dan yang pastinya jika tidak kerana cinta mana mungkin saya terdetik untuk menulis sesuatu untuk sahabat-sahabat yang sudi membaca sehingga habis.. Ini semua adalah kerana satu fitrah yang ALLAH ciptakan dalam diri setiap anak adam iaitu C.I.N.T.A

Ya,benar..Saya cintakan kamu semua..cinta atas dasar seorang anak adam dengan anak adam yang lain. Bukankah setiap manusia itu adalah bersaudara? Saya menulis untuk meluahkan apa sahaja yang terbuku difikiran dan dihati saya.Saya berharap biarlah tulisan ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran dan membuktikan tanda cinta saya kepada sahabat-sahabat yang saya cintai semua.
Sahabat-sahabat,sejauh mana kita mencinta kebenaran? Sejauh mana kita mencuba untuk mencari kebenaran di dalam hidup kita dan sejauh mana kita berlaku adil dengan diri sendiri? Sejujurnya,dahulu saya seorang yang tidak begitu mengambil berat tentang kebenaran di dalam sesuatu perkara. Khasnya dalam bidang ibadat. Tidak keterlaluan jika saya katakan,dahulu saya tidak pernah sibuk untuk bertanya tetapi saya hanya sibuk mempertahankan. Saya bukanlah seorang yang berlapang dada apabila sesuatu perkara yang bertentangan dengan amalan saya dijelaskan kepada saya. Kerana apa? Kerana dikala itu saya tidak berlaku jujur dengan diri saya dan tidak mencintai kebenaran. Namun alhamdulillah,nampaknya ALLAH masih sayangkan saya apabila dia memberi saya peluang untuk berkenalan dengan satu manhaj yang cukup indah,. terkadang saya rasakan seperti bermimpi disiang hari. Tidak layak rasanya saya diketemukan dengan manhaj ini jika mahu dikira dengan apa yang telah saya perlekehkan dahulu.

Dahulu,sewaktu saya masih sibuk dengan aktiviti jamaah,mengumpul seberapa ahli jamaah selagi yang termampu, saya terlepas pandang dengan isu-isu yang saya rasakan cukup remeh. Contohnya isu bid’ah yang sehingga kini majority ‘ulamak’ mengatakan ia masih lagi isu remeh. Hanyala perkara furuq..
“Hanya perkara furuq..no need to talk about this..benda ini hanya akan memecah belahkan umah..”

Namun,mana mungkin perkara yang berkaitan dengan ibadah,akidah ini dikatakan furuq? Saya pernah terbaca dalam satu artikel tentang jawapan kepada golongan yang mendakwa masalah berkaitan bid’ah ini adalah perkara furuq,jawapannya cukup mudah.. Golongan pengemar bid’ah merasakan amalan yang dilakukan adalah diredhai dan tidak perlu dipertikaikan lagi kerana mereka menganggap dengan amalan-amalan bid’ah mereka,mereka pasti masuk syurga.. Dan mereka akan berterusan melakukan amalan bid’ah tersebut...Namun berbanding dengan pengemar maksiat,mereka tentunya akan sentiasa berfikir dan menginsafi setiap apa yang mereka lakukan dari sehari ke sehari.. Nah,Nampak bezanya bukan. Fikir-fikirkan,golongan mana yang lebih bahaya?

Diriwayatkan daripada 'Aisyah r.'anha,beliau berkata " Rasulullah bersabda
Sesiapa yang mengadakan-gadakan dalam urusan agama kita ini sesuatu yang bukan
daripadanya (Rasulullah) maka ia akan terolak" HR Bukhari dan Muslim..

Terkadang saya berasa cukup pelik,mengapa terdapat sebahagian golongan yang cerdik pandai dan mempunyai ilmu tentang islam tidak dapat menerima kebenaran ini. Mereka begitu sibuk mempertahankan atas alasan mazhab dan menghormati tok guru mereka. Dan apa yang lebih teruk,kami, yang mencintai kebenaran ini dituduh sebagai ‘WAHABI” hanya kerana kami tidak ‘sejoin’ dengan meraka. Golongan WAHABI dicanang didada-dada akhbar adalah golongan yang sesat dan menentang ahlu sunnah waljammah..Setahu saya,maksud ahlu sunnah waljamaah itu sendiri adalah mereka yang mencintai dan mengikuti sunnah nabi,dan setahu saya perkara-perkara bid’ah ini memang tersangat bertentangan dengan sunnah nabi.. Siapa sebenarnya yang menetang ahlu sunnah wal jammah? Tepuk dada tanya iman dengan hati yang mencintai kebenaran!!

Saya tahu,siapa saya untuk bercakap tentang soal ini. Saya bukanlah pelajar UIA,saya bukan ustazah, saya bukan pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Mesir,Jordon,Syiria,saya juga bukan bekasan sekolah agama. Saya hanya seorang wanita yang serba kekurangan. Namun,adakah untuk bercakap tentang islam kita harus menjadi pelajar yang menuntut di Jordon? Mesir? Syiria? Adakah syarat untuk bercakap soal agama saya mesti bekasan pelajar sekolah agama? Jika saya tidak menepati ciri-ciri diatas, saya tidak boleh bercakap hata satu ayat pun tentang islam? Just keep quite dan ikut sahaja apa yang diajar oleh tok guru.. Tidak!! Tidak!! Sesekali tidak... islam tidak begitu.. Saya yakin islam untuk semua.Memang benar,saya tidak layak untuk membuat ceramah agama tentang perkara ini namun saya masih layak untuk bercakap jika saya banyak membaca bukan? Banyak membaca bermakna banyak ilmu bukan? Jadi semua orang boleh berbicara tentang agama dengan SYARAT dia haruslah mempunyai dalil yang kuat dan berilmu.. Saya bagi satu contoh yang sangat mudah.. Adakah syarat untuk ALLAH makbulkan doa adalah pabila kita berdoa di dalam bahasa ARAB? jika begitu,semua orang cina,melayu,india yang tidak pandai berbahasa ARAB tidak boleh berdoa tetapi hanya wajib mengaminkan apa sahaja yang dibaca oleh imam? Sedangkan hasrat setiap individu dengan individu yang lain tidak pernah sama. Bukalah minda...Islam tidak sempit..jangan sempitkan islam dengan pemikiran kolot anda semua..

Sahabat,saya mahu mengajak anda semua untuk berfikir. Mengapa Rasulullah SAW diutuskan? Saya masih ingat sewaktu ditingkatan 3 saya belajar tentang tujuan pengutusan Nabi Muhammad SAW kepada umat manusia. Di antaranya adalah untuk membawa umat manusia ke jalan yang benar dengan menunjukkan cara beribadat dengan CARA YANG BETUL. Cuba kita fikirkan,setiap agama percaya pada kepada kewujudan tuhan. Semua agama dalam alam ini yakin mereka ada tuhan untuk disembah namun masalahnya mereka tidak yakin untuk menyembah ALLAH dan tidak yakin dengan ajaran yang dibawa oleh RASULULLAH..Akibatnya mereka mencipta amalam agama yahng tersendiri. Mereka tidak mahu menerima ajaran yang Nabi Muhammad sampaikan. Sahabat,bagaimana dengan kita? Memang pada sudut akidah,kita percaya akan ALLAH..Kita adalah hamba yang diperintahkan untuk menyembah ALLAH.. Tapi bagaimana caranya? Siapa yang mahu mengajar kita cara untuk menyembah ALLAH.. Jawapannya adalah RASULULLAH SAW. Baginda diutusakan untuk mengajar kita cara beribadat yang betul. Percayalah sahabat,amalan yang dibawa oleh nabi sudah cukup. Tidak perlu ada penambahan atau pengurangan. Jika Nabi Muhammad SAW tidak melakukan sesuatu amalan tidak usahlah kita sibuk untuk melakukannya. Walaupun pada mata kasarnya amalan tersebut nampak baik namun jauhilahi. perkara tersebut kerana kita seolah-olah mencabar nabi. Adakah Islam itu tidak cukup lengkap? Adakah ajaran nabi itu tidak cukup sempurna sehingga kita perlu menyempurnakannya?
“Pada hari ini,telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu,dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Aku redhai islam sebagai agama bagimu.. Al-Mai’dah : 3

Islam itu telah lengkap,tak usahlah kita menyibukkan diri untuk menambahnya lagi. Ingatlah,Islam itu sesuai untuk semua zaman. Kita yang harus sesuaikan zaman dengan islam,bukan islam disesuaikan dengan zaman.

Mungkin ada diantara sahabat yang berpendapat kita harus mengambil buah pendapat ahli ulamak,tok guru. Jika kita mengabaikan pendapat mereka bermakna kita memghina dan tidak menghormati meraka. Tidak!! Kita menghormati mereka,namun harus diingat,mereka bukan maksum. Mereka juga boleh melakukan kesilapan tetapi Nabi Muhammad SAW adalah maksum. Baginda tidak mungkin melakukan kesilapan. Bagi saya,jika sesuatu ijtihad dari seorang ulamak itu adalah bersandarkan dari hadis Nabi saya dengan rela hati berlapang dada dan akan mengikutnya. Namun jika ia bukan dari Nabi tetapi hanya logic akal,kita wajib menolaknya.. Islam adalah agama yang suci,diturunkan oleh ALLAH untuk kita melalui malaikat JIBRIL.. Islam bukanlah agama yang bersandarkan kepada logik akal semata-mata. Benar,niat yang baik adalah kunci utama dalam semua amalan. Namun harus diingat niat yang baik haruslah berserta dengan cara yang betul,barulah ia akan diterima ALLAH..
“Sesungguhnya apabila amalan itu ikhlas tetapi tidak bertetapan dengan sunnah ia tidak akan diterima. Apabila itu betul dan mengikut sunnah tetapi tidak ikhlas, ia juga tidak akan diterima. Sehinggalah ia benar-benar dengan cara yang betul(mengikut sunnah) dan niat yang betul” penjelasan al-Fudhoil mengenai ayat dari surah al-Mulk : 2...

Sahabat-sahabat..,berlaku jujurlah dengan diri anda semua.. Lapangkan dada.. Tambahkan ilmu nescaya kebenaran akan menjadi milik anda...

“Andaiku syahid sebagai pejuang sunnah,jangan iringi pemergianku dengan air mata dan darah. Tapi tekadkanlah agar pengorbanan kami menjadi pewaris kepada pencinta kebenaran,agar terus mara di dalam membela agama ALLAH dari pendusta agama dan menjernihkan semula kemurnian sunnah Rasulullah”

Monday, December 7, 2009

Wahabi:Meluruskan Salah Faham

Hafiz Firdaus Abdullah (www.hafizfirdaus.com)

“Wahabi” bukan sahaja salah dari sudut gelaran, ia juga salah dari sudut beberapa tuduhan dan salah faham yang disandarkan kepadanya. Berikut dikemukakan beberapa salah faham tentang gerakan atau fahaman Wahabi, diikuti dengan penjelasan bagi meluruskannya.

Salah Faham Pertama: Wahabi Dan Kuasa Barat.

Salah faham pertama yang akan diluruskan ialah dakwaan bahawa gerakan Wahabi dimulai dan disokong oleh kuasa-kuasa Barat, khasnya Inggeris. Bagi meluruskan salah faham ini, saya merujuk kepada sumber sejarah kuasa-kuasa Barat itu sendiri kerana ia adalah “sumber dalaman” yang lebih tepat bagi menggambarkan apa yang dilakukan oleh kuasa-kuasa tersebut pada zaman itu.
Pertama, kuasa Inggeris memang wujud pada zaman itu, tetapi peranannya hanya bersifat komersil, iaitu menjaga keselamatan perairan teluk bagi laluan kapal-kapal perdagangannya dari India yang merupakan tanah jajahannya saat itu. [Sarah Searight – The British In The Middle East, dikemukakan oleh Jalal Abu al-Rub – Biography And Mission of Muhammad Ibn Abdul Wahhab (Madinah Publishers & Distributors, Florida, 2003), ms. 76-77] Pihak Inggeris atau mana-mana kuasa Barat ketika itu tidak berminat untuk membantu mengembalikan umat Islam kepada agamanya yang tulen.
Kedua: Bukan sekadar tidak minat membantu, kuasa-kuasa Barat sebenarnya amat membenci gerakan Wahabi kerana ia sebenarnya membangkitkan umat Islam. Seorang ahli sejarah Perancis, Almosio Sidio, menulis:
“Apabila Inggeris dan Perancis mengetahui kesepakatan yang tercapai antara Muhammad bin Abdul Wahhab dan Muhammad ibn Sa’ud untuk mentajdidkan agama (Islam) dan ramai masyarakat Arab yang mengikutinya, mereka bimbang ini akan membangkitkan umat Islam dari kelekaan yang menyelubungi umat saat itu. Justeru mereka (Inggeris dan Perancis) bimbang Islam akan kembali kuat sebagaimana pada zaman Umar bin al-Khaththab.
Mereka khuatir peperangan atas nama agama akan kembali hidup, memberikan kemenangan kepada Islam dan kekalahan kepada kuasa-kuasa Eropah. Atas dasar inilah Inggeris dan Perancis meminta khilafah Turki Uthmaniyah untuk memerangi gerakan yang disebut-sebut sebagai “Wahabi” itu dan pihak khilafah telah mewakilkan urusan ini kepada gabenor Mesir, Muhammad Ali Pasha.” [The General History of The Arabs; dinukil dari Biography And Mission of Muhammad Ibn Abdul Wahhab, ms. 78]

Salah Faham Kedua: Wahabi dan Khilafah Islam

Masyhur dikatakan, gerakan Wahabi bertanggungjawab menjatuhkan khilafah Islam Turki Uthmaniyyah. Salah faham ini dapat dijawab dari dua sudut. Pertama, Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab tidak pernah menentang khilafah Turki Uthmaniyyah. Sikap beliau dalam persoalan ini adalah sebagaimana yang ditulisnya sendiri:
“Aku meyakini kewajipan mendengar serta mentaati para pemimpin kaum muslimin. Ia sama ada di kalangan pemimpin yang shalih mahu pun yang buruk akhlaknya. Ini selagi mana mereka tidak memerintahkan perkara kemaksiatan terhadap Allah. Ketaatan ini ditujukan terhadap sesiapa sahaja yang dilantik sebagai khalifah yang dipersetujui lantikannya oleh orang ramai yang meredhai kepimpinannya. Ini walaupun dia memperolehi kekuasaan khalifah melalui jalan paksaan, tetap menjadi suatu kewajipan mentaatinya dan dilarang melakukan penentangan terhadapnya. [Majmu’ah Muallafat al-Syaikh, Jil. 5, hlm. 11; dalam Membersihkan Salah Faham Terhadap Dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab oleh Abdul Aziz bin Muhammad al-Abd. Al-Lathif (Jahabersa, Johor Bahru, 2008), buku 3, ms. 159]
Kedua, sama ada wujud atau tidak gerakan Wahabi, khilafah Turki Uthmaniyyah pada zaman itu memang memiliki pelbagai kelemahan dan masalah, dalaman dan luaran. Sesiapa yang mengkaji sumber-sumber sejarah yang adil lagi jujur berkenaan kedudukan khilafah saat itu akan mengetahui ia dalam keadaan sedang jatuh dan akan jatuh.
Cuba fikirkan, dengan kejatuhan khilafah, siapakah yang akan mengambil alih menjaga dua bandar suci umat Islam: Mekah dan Madinah? Lebih-lebih lagi Semenanjung Arab ketika itu lebih bersifat “No man’s land” di mana ia hanya dikuasai oleh kabilah-kabilah kecil secara berselerakan. Shalih Abud mengulas:
“Tiada bukti menunjukkan bahawa negeri Najd pernah tertakluk di bawah penguasaan atau autoriti khilafah Uthmaniyyah. Selain itu tidak pernah wujud mahu pun sebuah batalion atau markaz ketenteraan khilafah Uthmaniyyah di sana. Ini sebelum lahirnya pergerakan dakwah al-Syeikh al-Imam (Muhammad bin Abdul Wahhab).
Sebaliknya menerusi fakta kukuh berdasarkan kepada dokumen khilafah Turki Uthmaniyyah yang direkodkan oleh Yamen Ali Effendi (1018H/1609M) bertajuk “Qawaniyyin Aali Uthman Mudomin Daftar al-Diwan” ternyata khilafah Uthmaniyyah terbahagi kepada 32 buah negeri atau wilayah. 14 daripadanya merupakan negeri-negeri tanah Arab. Namun negeri Najd tidak termasuk di dalamnya.” [‘Aqidah al-Syeikh Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab wa Atharuha fi al-‘Alam al-Islami, Jil. 1, hlm. 27; dalam Membersihkan Salah Faham…, buku 3, ms. 162]
Abdullah al-Utsaimin menambah: “Negeri Najd tidak pernah berada di bawah penguasaan kerajaan Uthmaniyyah sebelum lahirnya pergerakan dakwah al-Syeikh al-Imam (Muhammad bin Abdul Wahhab). Selain itu, ia juga tidak pernah disatukan di bawah satu pemerintahan yang kuat dalam jangka masa yang lama. Ini sama ada ketika sebahagian dari wilayahnya berada di bawah penguasaan Bani Jabr atau pun Bani Khalid. Ia disebabkan suasana peperangan yang silih berganti antara wilayah mahu pun kabilah negeri Najd yang terdiri dari pelbagai jenis puak sehingga agak sukar untuk disatukan keseluruhannya.” [Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab Hayatuhu wa Fikruhu, hlm. 11; dalam Membersihkan Salah Faham…, buku 3, ms. 162]
Sekali lagi saya bertanya kepada para pembaca yang budiman sekalian, dengan kejatuhan khilafah, siapakah yang akan mengambil alih menjaga dua bandar suci umat Islam: Mekah dan Madinah? Diingatkan bahawa sekalipun kuasa-kuasa Barat wujud di kawasan itu atas tujuan komersil, tidak dapat dinafikan bahawa mereka juga tentu memiliki hasrat untuk mengambil alih kota Mekah dan Madinah.
Nah! Dengan kewujudan gerakan Wahabi yang dapat menyatukan umat Islam Semenanjung Arab, kedua-dua bandar suci itu tetap berada di tangan umat Islam. Jika tidak, nescaya Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid an-Nabawi di Madinah akan menerima nasib yang sama seperti Masjid al-Aqsa di Palestin. Fikir-fikirkanlah!

Salah Faham Ketiga: Wahabi dan Peperangan.

Beberapa orang pernah menyatakan kepada saya bahawa syaikh mereka memiliki bukti yang lengkap dengan sanad bahawa gerakan Wahabi melakukan peperangan dan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Arab semata-mata untuk mengembangkan ajaran mereka.
Tuduhan ini tidak perlu diberi perhatian kerana sanad tersebut, jika ia benar wujud, tidak memiliki apa-apa nilai. Ini kerana orang-orang yang duduk dalam rantaian sanad tersebut, biografi mereka tidak tercatit dalam mana-mana kitab al-Jarh wa al-Ta’dil. Sekadar mengetahui nama dan status mereka sebagai “orang agamawan” adalah tidak memadai. Dalam ilmu hadis, mereka termasuk dalam kategori para perawi yang majhul, maka dengan itu sanad tersebut adalah dha’if. Sanad sebegini tidak boleh dijadikan hujah dalam membuat tuduhan atau menjadi bukti dalam kes jenayah.
Adapun peperangan yang berlaku di Semenanjung Arab, kedua-dua sumber sejarah ada mencatitkannya. Sumber yang berpihak kepada dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab berkata ia dimulakan oleh golongan yang tidak setuju dengan gerakan beliau. Sumber yang berpihak kepada golongan yang tidak setuju dengan dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab berkata ia dimulakan oleh gerakan beliau. Siapakah yang benar dan sebesar manakah skala peperangan itu – tiada siapa yang mengetahuinya. Apa yang pasti, tidak wujud kesan-kesan peninggalan sejarah yang dapat dijadikan bukti adanya peperangan yang diceritakan dalam kitab-kitab sejarah itu. Berbeza dengan peperangan yang belaku di belahan dunia yang lain, ia dapat dibuktikan melalui kesan-kesan peninggalan sejarah.

Salah Faham Keempat: Wahabi dan Tuhan.

Fahaman Wahabi sering dikaitkan dengan kepercayaan kononnya Tuhan memiliki jasmani dan anggota. Ini berlaku kerana fahaman Wahabi yang enggan mentakwilkan sifat-sifat Allah seperti muka, tangan dan kaki yang tertera dalam al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Ini jelas adalah satu salah faham kerana fahaman Wahabi beriman kepada sifat-sifat Allah serta memahami maksudnya manakala bentuk atau tatacara sifat itu diserahkan kepada Allah, tanpa sebarang penyerupaan dengan mana-mana sifat makhluk-Nya.Ini adalah juga fahaman Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah sebagaimana yang diterangkan oleh al-Tirmizi (279H): “Dan sungguh telah berkata tidak seorang daripada ahli ilmu tentang hadis ini dan apa yang seumpamanya daripada riwayat-riwayat tentang al-Sifat dan (tentang) Penurunan Rabb (Allah) Tabaraka wa Ta’ala pada setiap malam ke langit dunia. Mereka berkata riwayat-riwayat seperti ini adalah benar (thabit) dan berimanlah kepada ia dan jangan dibayangkan (seperti apa) dan jangan ditanya bentuk, ciri-ciri dan tatacaranya (kaifiat). Inilah yang telah diriwayatkan daripada Malik (bin Anas) dan Sufyan bin ‘Uyaynah dan ‘Abdullah bin Mubarak, sesungguhnya mereka telah berkata tentang hadis-hadis seperti ini (yang berkaitan nas-nas al-Sifat): Terimalah ia (berimanlah kepadanya) tanpa mempersoalkan bentuk, ciri-ciri dan tatacara (kaifiat). Dan demikianlah juga pendapat ahli ilmu Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah.Manakala golongan al-Jahmiyyah, mereka mengingkari riwayat-riwayat seperti ini (nas-nas al-Sifat) sambil berkata ini adalah tasybih (penyerupaan dengan makhluk). Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla telah menyebut hal ini tidak sekali dalam kitab-Nya (al-Qur’an) seperti Tangan dan Pendengaran dan Penglihatan akan tetapi golongan al-Jahmiyyah telah mentakwilkan ayat-ayat ini dan menafsirkannya kepada sesuatu yang berlainan daripada tafsiran ahli ilmu. Mereka (al-Jahmiyyah) berkata sesungguhnya Allah tidak mencipta (Nabi) Adam (‘alaihi salam) dengan Tangan-Nya. Mereka berkata maksud Tangan-Nya di sini adalah kekuatan-Nya.
Padahal berkata Ishaq bin Ibrahim: “Sesungguhnya yang dianggap tasybih (penyerupaan dengan makhluk) hanyalah apabila seseorang berkata Tangan sepertimana tangan (makhluk) atau seumpama tangan (makhluk), Pendengaran sepertimana pendengaran (makhluk) atau seumpama pendengaran (makhluk). Justeru apabila seseorang berkata Pendengaran sepertimana pendengaran (makhluk) atau seumpama pendengaran (makhluk) maka barulah ia dianggap sebagai penyerupaan.
Namun apabila seseorang berkata sebagaimana firman Allah Ta’ala di dalam kitab-Nya (al-Qur’an): Tangan dan Pendengaran dan Penglihatan tanpa dipersoalkan bentuk, ciri-ciri dan tatacaranya (kaifiat) dan tidak dikatakan seumpama pendengaran (makhluk) dan tidak juga dikatakan sepertimana pendengaran (makhluk) maka ini tidak dianggap sebagai penyerupaan. Malah ia adalah sepertimana firman Allah Ta’ala di dalam kitab-Nya (al-Qur’an): Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. [al-Syura 42:11]” [Sunan al-Tirmizi (tahqiq: Ahmad Syakir dan rakan-rakan; Dar al-Hadith, Kaherah 1999), jld. 3, ms. 33.]

Salah Faham Kelima: Wahabi dan Mazhab.

Fahaman Wahabi kononnya dianggap tidak mengikuti mana-mana mazhab fiqh yang empat. Sekali lagi ini adalah satu salah faham. Orang yang dituduh sebagai Wahabi, mereka masih mengikuti mazhab di tempat masing-masing. Hanya dalam beberapa persoalan terpencil, apabila didapati hujah mazhab lain adalah lebih kuat kerana lebih mendekati dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, maka pendapat mazhab tersebut diikuti dalam persoalan tersebut. Oleh itu orang yang dituduh sebagai Wahabi di Malaysia masih mengikuti Mazhab al-Syafi’e, orang yang dituduh sebagai Wahabi di India-Pakistan masih mengikuti Mazhab Hanafi, orang yang dituduh sebagai Wahabi di Timur Tengah masih mengikuti Mazhab Hanbali dan orang yang dituduh sebagai Wahabi di Afrika Utara masih mengikuti Mazhab Maliki. Hanya dalam beberapa persoalan terpencil mereka mengikut mazhab yang lain kerana faktor kekuatan dalil dan hujah.
Ini sebenarnya adalah sikap yang benar sebagaimana yang diterangkan oleh Ibn Rajab al-Hanbali (795H): “Berdasarkan keterangan-keterangan para imam mazhab, adalah menjadi kewajipan apabila seseorang itu menemui suatu perintah daripada Rasulullah s.a.w. atau mengetahuinya, untuk menerangkannya kepada sekian umat, menasihatkan mereka dengan penuh keikhlasan dan memerintahkan mereka untuk mengikutinya walau pun jika ia bertentangan dengan pendapat para imam mazhab atau seseorang lain yang terkemuka. Ini adalah kerana kedudukan Rasulullah s.a.w. adalah yang paling hak untuk dihormati dan ditaati, melebihi dan mengatasi mana-mana pendapat orang atau tokoh lain yang mungkin atas sebab-sebab yang tidak disengajai telah bertentangan dengan perintah Rasulullah. Oleh kerana inilah kita dapati para sahabat dan generasi selepas mereka membantah sesiapa sahaja yang didapati melakukan sesuatu yang bertentangan dengan sunnah yang sahih. Adakalanya bantahan ini mereka lakukan dengan amat keras, bukan disebabkan perasaan benci kerana para sahabat itu sememangnya amat menyayangi dan menghormati mereka, akan tetapi Rasulullah itu lebih mereka sayangi dan perintahnya lebih tinggi kedudukannya berbanding perintah mana-mana makhluk lain.
Justeru itu apabila terdapat perselisihan antara ajaran Nabi dan ajaran manusia, ajaran Nabi-lah yang lebih berhak ditunaikan dan ditaati. Ini tidaklah bermaksud sebagai menghina kedudukan imam ikutan seseorang itu kerana secara pasti dia akan diampuni atas ketidak-sengajaannya dan silapnya, bahkan si imam tersebut akan lebih rela jika ajarannya itu diketepikan apabila didapati bertentangan dengan ajaran Nabi s.a.w. yang sahih.” [Dikemukakan oleh Salih al-Fulani dalam Iqaz al-Himan, ms. 93; dinukil dari Sifat Solat al-Nabi oleh al-Albani (Maktabah al-Ma‘arif, Riyadh, 1996), ms. 54-55]

Salah Faham Keenam: Wahabi dan Kekerasan.

Wahabi sering dihubungkan dengan kekerasan. Benarkah demikian? Realitinya, pihak yang menuduh itulah yang sebenarnya bersikap keras. Di sana sini mereka menuduh sekian-sekian individu dan kumpulan sebagai Wahabi yang menyesatkan. Adakalanya tuduhan ini diterjemahkan dalam bentuk fizikal, seperti mengharamkan penerbitan, menghalang kuliah-kuliah agama dan menangkap para tokoh yang mereka tuduh sebagai Wahabi. Tindakan-tindakan tersebut berlaku tanpa tersembunyi sehingga diketahui dalam media-media perdana.Adapun di kalangan orang yang dituduh sebagai Wahabi, mungkin ada yang bersikap keras. Namun perlu juga ditinjau dari sudut yang lain, kerana istilah “keras” itu sendiri boleh bersifat relatif. Keberanian, ketegasan, kesungguhan adalah sifat yang terpuji yang boleh ditafsirkan sebagai “kekerasan” oleh pihak yang sukar menerima kenyataan. Demikian juga, menyatakan yang haq di atas yang batil boleh juga ditafsirkan sebagai kekerasan oleh pihak yang sekian lama telah selesa dengan kebatilan tersebut.Oleh itu kekerasan boleh disandarkan kepada salah satu dari dua pihak, yang dituduh atau yang menuduh.

Saturday, December 5, 2009

UMI...IBU...MAMA....MAK....


Alhamdulillah,akhirnya saya selamat menghabiskan sesi komuniti selama 5 minggu seperti yang telah jadualkan. Dalam tempoh lima minggu ini terlalu banyak benda yang saya pelajari. Terlalu banyak perkara yang boleh mengentarkan hati saya. Dan yang pastinya 5 minggu ini berjaya membangkitkan sedikit sebanyak rasa keinsafan pada diri saya. Dan saya benar-benar berharap agar apa sahaja perasaan yang terdetik di hati ini biarlah ia selamanya memberi keinsafan kepada saya. Saya tidak ingin menjadi seorang yang mudah lupa. Kata-kata Tun Mahathir tentang melayu mudah lupa itu biarlah bukan untuk saya. Saya tidak mahu tergolong di dalam golongan itu.

Sepanjang 5 minggu menjalani sesi komuniti banyak sangat pengalaman yang saya dapat. Ada yang manis,pahit,masam,kelat,payau dan seangkatan dengannya. Dan kenangan itu adalah kenangan terindah buat saya. Tempoh 5 mingu ini tidak cukup rasanya untuk saya.Jika diberi peluang saya mahu lebih banyak masa lagi untuk menjalani sesi komuniti. Di antara aktiviti yang tidak mungkin saya lupakan sampai bila-bila adalah lawatan ke rumah wargatua . Ya ALLAH,entah mengapa hati saya cukup tersentuh melihat telatah atok dan nenek yang begitu girang menyambut kedatangan kami.

Memang dari awal lagi kami telah diberi taklimat oleh pengajar supaya jangan terlalu emosi apabila tiba di semua tempat lawatan yang akan kami pergi. Sebagai jururawat kami harus professional. Kami belajar untuk empati tetapi bukan simpati. Alhamdulillah,sepajang sesi lawatan lain,saya berjaya mengawal perasaan. Saya cukup kuat untuk berdepan dengan kanak-kanak terencat akal,anak-anak yatim orang kurang upaya dan banyak lagi,namun sebaik sahaja saya menjejakkan kaki ke rumah wargatua itu,perasaan sebak sudah mula melanda hati saya.

Perasaan saya lebih dirundum pilu apabila ada seorang nenek yang lebih kurang sebaya dengan nenek saya menangis sebaik sahaja kami menuju ke arah beliau. Dia terlalu hiba melihat kedatangan kami. Di sini,saya dan rakan-rakan tewas dengan air mata nenek tersebut. Air mata kami turut mengalir bersama air mata Tok Su. Di tambah lagi apabila mendengar cerita dari Tok Su menyebabkan kami bertambah sedih. Namun,dalam masa yang sama perasaan geram,marah dan pelik menjadi satu. Selama ini saya hanya menonton di televisyen sahaja kisah tentang pengabaian anak terhadap ibu bapa mereka. Namun,akhirnya saya dapat menyelami sendiri kisah tersebut di alam realiti.

Benarlah ada pepatah mengatakan,ibu boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum tentu belum boleh menjaga seorang ibu. Kisah Tok Su sama seperti kisah yang kita selalu lihat di kaca-kaca tv. Tapi yang lebih haru,Tok Su didera oleh anak-anaknya sendiri. Ya ALLAH,mengucap panjang saya ketika mendengarnya. Tergamak seorang anak mendera seorang ibu? Apa dah jadi dengan dunia sekarang. Walaupun mempunyai 4 orang cahaya mata namun anak-anak Tok Su terlalu sibuk mengejar dunia sehingga mereka lupa untuk mencari akhirat. Buktinya,ibu dibiarkan sahaja terdampar di rumah warga tua dengan alasan Tok Su lebih elok tinggal di sana kerana mendapat pemerhatian yang lebih rapi. Betul ke? Adakah itu jalan penyelesaiannya? Tepuk dada tanya iman…

“Tok Su gembira tinggal kat sini?” Tanya saya. Tok Su tersenyum sambil membuang pandangan ke luar tingkap..
“Gembira ke tak gembira memang Tok Su kena juga tinggal kat sini…”

Itulah antara serba sedikit kisah yang boleh saya coretkan. Kita tolak cerita Tok Su ke tepi dengan doa semoga kebahagiaan akan menjadi miliknya nanti. Mari kita muhasibah!! Apa yang akan kita lakukan dalam 10 tahun akan datang? Apabila masing-masing sudah bersuami? Beristeri? Mempunyai anak? Kerjaya yang pasti menuntut kita untuk sentiasa mengejar masa. Kerjaya yang menyebabkan 24 jam sehari tidak pernah cukup. Di mana kita tatkala itu? Adakah kita juga akan menjadi seperti anak-anak Tok Su… Ya ALLAH..jauh disudut hati saya,saya tidak akan rela diri saya menjadi seperti itu. Tidak sesekali.. Firman ALLAH dalam surah Luqman ayat 14 akan sentiasa tersemat kemas difikiran saya.

“Dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah dan bertambah-tambah dan menyapihnya(menyusu) dalam usia 2 tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembali mu” 31:14.

Wahai manusia tidak cukupkah dengan peringatan dari Allah itu?

Tidak sabar rasanya saya mahu menemui umi tersayang. Puan Kesmawati Ahmad Zulkifli. Sungguh,dia adalah umi yang terbaik buat kami adik beradik. Tiada umi lain yang dapat menandingi kehebatannya. She is my umi and she is also my good friend. Bahkan,adakalanya dia melayan kami seperti rakannya. Saya tidak akan lupa setiap budi yang dia taburkan untuk kami adik baradik. Saya tidak mungkin akan lupakan bagaimana reaksi wajah dan suaranya setiap kali dia mendengar kami di dalam kesusahan. Ya ALLAH,tidak ada kata yang dapat saya ungkaikan betapa bersyukur dan bertuahnya saya memilikiu umi seperti umi.

InsyaALLAH,selagi nyawa di kandung badan,selagi saya masih sihat,saya akan cuba sedaya upaya untuk membahagiakan umi saya meskipun suatu hari nanti saya pasti akan mempunyai umi yang kedua. InsyaALLAH,di kala itu,saya akan cuba untuk membahagiakan kedua-dua ‘umi ‘saya..I will try my best with the ALLAH blessing….. insyALLAH….



Saturday, November 14, 2009

Hawa buat Adam...


Akulah HAWA dan kau ADAM buatku
Akukan jadi hawa buatmu adam
Sebagai pelengkap fitrah yang paling indah
Tuhan menciptakanku dari rusukmu
Rusukmu yang lembut dan mudah patah
Maka kaulah pelindungku
Namun itu tidak bermakna aku lemah
Kerana rusuk inilah yang melindungi hatimu
Agar kau selalu selesa dan bahagia

Aku dicipta dari rusukmu
Hampir dengan hatimu untuk disayangi
Bukan untuk dilukai dan disakiti
Tidak aku dicipta dari tulangmu yang lain
Bukan di kepala untuk kau tunduk padaku
Bukan dari tulang kakimu untuk dihinamu

Aku tidak ingin menjadi hawa untuk membuatmu lupa
Lupa pada cinta Dia yang agung
kerana aku sendiri adalah tanda cintaNYA buatmu
mentaatimu bermakna mentaati DIA
kaulah penentu kemana akan kukembali
bersamamu ke syurga menjadi mawar suci mewangi
atau menjadi bahan api di neraka nanti

aku ingin menebus dosa hawa disyurga yang lalu
ingin kembali ke sana
menjadi haruman syurgawi
menari bersama bidadari sepenuh hati
untuk itu aku mentaati Dia yang paling kucintai
memberimu kasih tulusku.. untukmu adam
maka pimpinilah aku kearahNYA
dengan itu aku akan yakin kau juga dicipta untukku
kerana kau lah amirul firdaus buatku nanti..

Friday, November 6, 2009

Ujian Yang Sebenar-benar Ujian




Pernah tak kita semua terfikir apa dia ujian yang sebenar? Adakah ujian failed exam? Ujian kehilangan orang yang tersayang? Ujian bencana alam? Itu kah ujian yang sebenar?
Bila saya renungkan kembali,itu bukan sebenar-benar ujian untuk kita.. Ujian sebenarnya adalah ALLAH mahu melihat adakah kita sabar dengan ujian tersebut.. Itulah sebenar-benarnya ujian. Saya bagi satu contoh yang sangat mudah.. Memandangkan time ni adalah time exam,so masa ni telinga kita sudah biasa dihidangkan dengan kata-kata seperti

“Ala,soalan tu aku tak sempat buat”…
“Menyesalnya aku tak focus tajuk tu…”
“Sedihnya,soalan tu aku tak dapat jawab”…

Itulah antara kata-kata yang biasa kita dengar,kan? Bukan niat ingin mengata sapa-sapa kerana saya sendiri terkadang tergolong dalam golongan itu… Namun,cuba kita muhasabah balik. Adakah itu ujian sebenar? Bagi saya kalau tak dapat jawab exam itu bukanlah ujian sebenar,tetapi jika kita sedih,tidak redha,mengeluh dan mempersoalkan takdir ALLAH,itulah baru dikatakan ujian sebenar. Kita begitu sibuk untuk mengeluh dan menyoal kenapa ini terjadi tetapi kita tidak pernah sibuk untuk menyatakan itu semua adalah takdir ALLAH..



Conclusionnya ujian sebenar adalah ALLAH mahu menguji kita adakah kita sabar dengan ujian tersebut? Sesiapa yang sabar maka beruntungla dia dan dia sebenarnya telah berjaya bukan nya gagal kerana dia sabar dan redha dengan takdir ALLAH!! Itulah kejayaan yang sebenar!! Tetapi,jika kita tidak redha,itulah kegagalan yang sebenar!! Selamat bermuhasabah!!

Friday, October 30, 2009

Sedih ke?


Sedih ke? Memang terasa lah jugak sedeynya.. Walaupun puas dipujuk hati ini,tapi sedikit sebanyak memang terasa sedihnya.. Kenapa sedih? Ermm...Laptop saya telah menghembuskan nafas terakhirnya beberapa hari lalu.. Tak tahulah kenapa,time tengah buat assignment tetiba je laptop tu ter'off' dengan sendiri..saya sangkakan bateri xder,so just biarkan jelah.. Then,bila cuba on balik,tak boleh.. Aiii..memang cuak laa.. Nasib baik semua assignment dah di save dalam pendrive.. Takut benda-benda macam ni berlaku laa... Dan,memang ia berlaku.... Esoknya bila gi kedai,berderau darah saya ke muka bila abang kat kedai tu cakap problem dengan 'motherbox'.. Dia cakap paling murah kalau nak baiki pun kena dalam RM1200.... Mak ai,terkejut saya dibuatnya.. RM 1200? Baik saya beli laptop baru... Yang sedihnya lagi,abang kat kedai tu siap cakap baik jual je laptop ni.. Saya tanya,kalau jual berapa dia nak beli.. Nak tahu berapa? RM 100... Biar betullll.. Abang tu memang buat lawak yang tak berapa nak lawak... Dia siap boleh sengih-sengih goat lagi... Dengan selamba saya cakap,"takper biar saya buat kenangan..."

Itulah serba sedikit cerita yang boleh saya storykan... Mulanya memang sedih... Nagis tak? hehe(secret!!) =)... Then,petang tu dapat call dari abah.. Coverlah depan abah..tak kan nak nagis depan abah kot.. Kalau umi lainlah...hehe.. Abah cakap "sabarlah...rezeki aini guna laptop tu sampai situ je..tak guna kita nak sedih.. Adalah tu hikmahnya..".. Bila abah cakap camtu,terus saya tak sedih... Rasa cam pasrah je.. Betul laa,rezeki,jodoh,pertemuan semua dah diaturkan oleh ALLAH.. kini saya yakin,sampai sini je jodoh saya dengan laptop tu.. Sekarang dia tersimpan baik kat dalam loker..(Memang betullah jadi kenangan).

Sehari dua ni memang terasalah jugak perubahannya. Yelah,selama ini laptop tulah 'pakwe' saya. 24 jam menghadap dia. Sejak dari kat UMS lagi saya jaga 'dia'. 'dia' banyak tolong saya terutamanya semasa saya amek koz sains komp dulu. Yelah,kalau tak menghadap loptop 24 jam bukan budak sains komputer namanya.. So,sekarang,semua dah tak ada. Ibarat macam dah clash dengan pakwe la.. Memang perit jugalah..sekarang baru saya rasa macam mana frustnya orang bercinta yang putus kasih..hehehe.. sampaikan roomate saya perli'aii...dah tak dating dengan pakwe ke?' tersenyum kecil saya dibuatnya.

Tapi yang saya terkilan sebab kat dalam tu banyak sangat bahan-bahan yang penting. Artikel2 dari kawan2 semua ada kat dalam tu.. Adoiii..memang peninglah.. Tapi takpelah,nak buat macam mana.. Adalah tu hikmah dengan setiap tu.. Kena redha!! Kena kuat!! Kena yakin,setiap apa yang ALLAH tentukan,DIA tak akan buat dengan sia-sia. Jadi kesimpulan,tak payah sedih-sedih!! Yehaaaa!! Hehe...

Wednesday, October 21, 2009

Examinitis Syndrome!


Alhamdulillah,akhirnya dapat jugak saya mencuri masa untuk update blog nie. Sejak 2 3 4 menjak ni memang tersangatlah busy mizy nyer… Dengan assignment yang due datenya hanya tinggal beberapa hari..dengan examnya.. Exam?? Aiii… Memang kecut segala urat perut bila memikirkan tentang exam. Saya tak suka exam!! Terus terang ni…heheh.. Ada ke orang suka exam?? Kalau ada, memang saya tabik hormat la kat dia…Next 3 weeks exam final akan tiba… Macam biasalah bila tiba je time exam..penyakit Syndrome Examinitis saya pun akan datang jugak.. Yang di cirikan dengan symptom tak lalu makan,tidur tak cukup… yang lebih teruk, kadang-kadang saya boleh dapat gastric. Macam kelakar la plak.. Yelah,stress antara faktor yang boleh menyumbang kepada gastric. Jangan tak tahu!! Hehe.. Yang lagi teruk ,symptom Syndrome Examinitis yang akan saya alaminya adalah saya akan menelefon buah hati saya setiap hari… hehehe…kadang-kadang tak ada apa pun nak cakap..dapat dengar suara pun jadilah.. Nasib baiklah buah hati kesayangan saya tu memang dah masak benar dengan perangai saya. Rela dalam terpaksa dia melayan kerenah saya..hahaha..Thanks umi…. Pengorbanan umi tak akan aini lupakan…hehehe..=-)

Tapi..after all saya suka berfikir. Kenapa perlu takut sangat nak exam? Lahai aini,ni hanya exam atas dunia.. Exam dengan ALLAH esok-esok macam mana? Nasihat kak ja suatu hari memang akan saya simpan sampai bila-bila…”Aini,pernah tak fikir,kita bukan main buat persiapan untuk exam,tapi pernah tak kita buat persiapan yang begitu rapi untuk exam yang lebih besar esok-esok?Exam dengan ALLAH?? Exam yang hanya boleh dijawap dengan amalan perbuatan kita. Exam yang kita dah ada skema jawapan, tapi belum tentu kita boleh jawab?”

Betul jugak kan? Dalam kita duk takut nak final exam,kita terlupa untuk berasa takut pada exam yang lebih besar… Muhasabah aini!! Belum terlambat… Tak salah kita nak takut,risau,kecut perut,tak lena tidur,dan seangkatan dengannya untuk hadapi exam ni,tapi biarlah berpada-pada. Jangan terlampau-lampau.. Berusahalah setakat mana yang mampu,then after all TAWAKAL!! Jangan sesakali lupa akan janji Pencipta kita.. “Dan bertawakallah kepada ALLAH,dan cukuplah ALLAH sebagai pemelihara” 33:3

Alhamdulillah,untuk exam kali ini saya lebih tenang dan bersedia berbanding dengan exam yang lepas-lepas. Bukan terlalu yakin dan jauh lagi over confident,buktinya,masih terlalu banyak topik yang masih berlum di cover,masih banyak gambarajah yang belum dihafal dan masih banyak soalan-soalan dari pengajar yang belum dijawab. Tapi Alhamdulillah,ketenangan tetap menjadi milik saya. InsyaALLAH,saya akan cuba yang terbaik. Yang Penting kena ada DUIT… Doa,usaha,ikhtiar dan tawakal baru boleh berjaya!!

Kepada semua kawan-kawan yang seangkatan dengan saya,yang pernah mengalami Syndrome Examinitis yang sama,cara untuk menyembuhkanya tak susah.. Apa yag anda perlu lakukan hanyalah Study smart but don’t study hard,solat diawal waktu(tersangatlah penting!!) ,perbanyakkan doa, zikir dan baca al-quran dan yang paling penting jaga hubungan dengan semua orang terutamanya ibu bapa kita..InsyaAllah,anda akan sembuh dari penyakit tersebut. Selamat mencuba!!!
P/s- Good luck kepada semua kawan-kawan yang akan menduduki exam.. Doa saya sentiasa bersama kalian..InsyaALLAH….. ;-D

Monday, October 12, 2009

Aduhai Wanita....



Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya". "Kasihnya Tuhan kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.

Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.


Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan olehTuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.

i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran

Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa-bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband’ manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan `femme' untuk isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.


Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al-Quran, mereka disebut 'imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.

ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:
-"Syurga di bawah telapak kaki ibu."
Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

-"Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

-"Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang ia suka."(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)


Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi-Nya. Sudah tentuTuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.


Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya
wanita di sisi Tuhan.

iv) Diberi Pahala yang Berterusan
Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.


Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.


Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran-ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.

Saturday, October 10, 2009

Kisah Yang Pasti Menyentuh Jiwa


Jam dinding berdeting beberapa kali. Pukul 3 pagi. Entah kenapa aku terbangun dari tidur yg lena. Kutatapi wajah 'sahabat' akrabku sedalam-dalamya. Ku belai perlahan rambut ikalnya yg yg menutupi wajahnya... Kau cantik sayang.., bisikku perlahan. Tanpa disedari, usia perkahwinan kami telah mencecah tahun yg kelima. Namun kami masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri kebahagiaan ini. "Ya Allah kurniakanlah kepada kami seorang anak. Walaupun, cuma seorang . Itulah doa yang sering ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap sujudku. Kami telah disahkan oleh doctor pakar bahawa kami berdua adalah normal. Pelbagai ikhtiar telah kami usahakan. Mungkin benar apa yang dikatakan doktor dua thn lalu; "Bersabarlah, mungkin anda berdua sedang diuji Tuhan. Teruskan usaha dan berdoalah. Mudah- mudahan dimakbulkan doa anda berdua.. "Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini. Aku yakin, Allah menyimpan hikmah ini untuk kuketahui suatu ketika kelak....Pasti!

"Huda....bangun.,...jom kita solat." Kugerakkan bahu isteriku perlahan. Dia mengeliat....Aku tersenyum melihat wajahnya yg keletihan.. Letih meguruskan rumahtangga ditambah pula kesibukannya sebagai pengusaha Taman Didikan Kanak-Kanak. Tentu dia penat melayan karenah 'anak-anak'nya... Ahh. Aku sayang padamu Huda.. Akhirnya, aku bangun sendiri.
Aku tenggelam dalam solat malamku yg panjang..Dan seperti biasa aku tak pernah lupa memanjatkan doa sebagaimana dalam firman Allah..(al A'raaf : 189) yg
bermaksud :
“ ya Allah jika engkau memberi kami anak yg soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yg bersyukur"..

Jam berbunyi empat kali. Aku mengakhiri solat witirku dan ketika Assalamu'alaikum kedua ku dapati Huda dah berada dibelakangku.. Wajahnya masam, merajuklah tu. Kurenung wajahnya dengan riak lucu. " Kenapa ni.? Muncungya mulut.." usikku dalam nada separuh berbisik.. Semakin menjadilah rajuknya.
"Kenapa abang tak kejutkan Huda.? "Protesnya...Aku tersenyum cuma.
"Dah, abang tengok cik adik letih sangat..bukan tak kejut tapi cik adik sayang yang tak sedar.." Akhirnya Huda mengalah, tapi bersyarat.. Jangan tidur sampai dia selesai solat malam ."Baiklah tuan puteri, saya yang menurut perintah." Usikku lagi. Huda tersenyum lebar mendengar usikanku.. Serentak dengan itu jarinya yang mungil bertindak menggeletek pinggangku. Dia kemudianya berlalu dengan wajah yang melucukan.

Petang itu, sambil kami menikmati minum petang, Huda memecahkan kedamaian itu dengan ungkapan "Abang.....nikah jelah satu lagi". Dengan nada yang bersahaja.. Aku tersentak. Aku memang amat mengharapkan keturunan. Kan Rasulullah berbangga umatnya ramai..! Tapi hingga saat ini aku belum mampu membahagikan cintaku pada wanita lain. Walaupun Islam tidak pernah menghalang poligami apatah lagi dengan keadaan yang kami alami sekarang ini, sanggupkah aku
memikul bebanan ini? "Hai. Tak takut cemburu ke..? Umpanku pula. "Cemburu..... emmm itukan memang fitrah manusia bang.. takkan Huda tak cemburu. Aisyah pun cemburu pada Khadijah, tapi masalahnya sekarang, kalau abang kawin satu lagi, kan Huda boleh tumpang kasih anak dari isteri abang..?”hujahnya panjang lebar.
"Hai.. Takkan tak cukup lagi 'anak-anak' di tadika..? “
"Abang niii.. Itu lain. Itu bukan dari zuriat abang.”
"Macam mana kalau isteri kedua abang juga tak boleh melahirkan zuriat..?" umpanku lagi.. "Kahwin satu lagi.." "Kalau tak dapat anak juga,..?" Usikku terus.
"Nikah lagi..kan boleh sampai empat..!" Jawab Huda dalam nada semakin kendur.
"Huss.. Huda ! Jangan merepeklah . Abang tak mampu mencontohi Ibrahim bapa Ismail.. berilah peluang abang meneladani Zakaria bapa Yahya.." Kutamatkan dialog ini seolah-olah marah kepadanya.. Kudakap erat Huda... ada titisan panas yg membasahi dadaku..
Hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh... Umurku sudah merangkak 33tahun... Uban di kepalaku sudah meningkat bilanganya... Berbanding ketika awal pernikahan bilangannya belum sampai sebelah tangan, beritahu Huda kepadaku.. Sehingga ke saat ini Allah belum kurniakan kami rezeki, seorang anak. Tapi cintaku pada Huda masih seperti dulu. Tak pernah pudar.

Hidangan istimewa disediakan Huda hari ini.. Ada bungkusan hadiah comel di meja hidangan. Huda menarik lenganku.. Dengan nada manja sambil berkata..: "Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kita.." Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ke telingaku. Sambil mataku mencuri pandang hadiah di atas meja. Ada sampul surat yang berlogo hospital terkenal di ibu kota. Tanganku segera ingin mencapai sampul tersebut. Huda dengan pantas menghalangya.
"Makanlah dulu kek coklat yang Huda buat! Abang ni tak sabarlah.." Protes Huda separuh merajuk. "Oklah sayang." Ku pendamkan rasa ingin tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan.. " Bismillahirrahmanirrahimm.. ku potong kek istimewa itu. Kami berbalas suapan.. Dengan perlahan-lahan aku mengambil sampul surat dari tangannya tadi.. "Subhanallah..Maha suci Allah,..Tuhan sekelian alam..!!" Huda hamill..!! Masya Allah.. Setelah sekian lama penantian ini! Seketika aku tersungkur sujud. Airmataku mengalir deras. Kurangkul Huda seerat-eratnya. Airmataku terus mengalir seolah-olah tak akan henti tika ini,..tangisan SYUKUR..! "kenapa jumpa doctor tak bagitau abang..?" Tanya ku seperti memprotes.. “Kalau beritahu tak surprise lahhh." Jawab Huda selamba.. Tiba-tiba aku rasa bersalah.. Sejak akhir2 ini Huda ada mengadu sakit kepala dan rasa kurang selera makan. Kusangka dia terlalu letih menguruskan cawangan tadikanya yang baru.. Ditambah pula dgn kesibukanku di pejabat dan 'kewajipan saham akhirat'. Aku benar2 lupa membawanya ke klinik. Sungguh..!! Aku benar-benar rasa bersalah..

Sejak berita itu diterima kesihatan dan aktiviti Huda menjadi perhatian utamaku. Segala hajatnya kupenuhi. Aku tak benarkan dia memandu sendiri dan bercadang mengupah driver utk kemudahannya. Aku minta supaya dia mengurangkan semua aktivitinya.. Namun Huda tak bersetuju.. Katanya, janganlah terlalu manjakan dia.. Biarkan dia menjadi ibu yang 'luarbiasa' Ibu yang akan melahirkan anak yang 'luarbiasa' ketika aku ttp meminta dia memenuhi hasratku.. dia berkhutbah panjang. "Abang sayangg...abang kata nak jadi seperti Zakaria bapa Yahya.. Abang kata nak bayi ini menjadi mujahid atau mujahidah.. Abang.. kalau kita bercita-cita nak jadikan anak kita sebagai mujahid atau mujahidah, kita kena latih dia sejak dalam kandungan.. Maknanya, jangan manjakan ibunya.. Kalau dilimpahkan kesenangan pada Huda dan anak yang bakal lahir ini.. bagaimana nak dapat anak seperti Fatimah atau Ali abi Thalib..? Abangkan kan tau, kesenangan dan kemewahan bukan modal yang baik untuk anak... Dengan kesusahan barulah generasi menikmati kesenangan di syurga. Sebelum sempat khutbahnya dteruskan aku terus meletakkan tanganku di mulutnya.. 'Stop'.. Aku faham dan akan terus memahami hakikat pendidikan dalam Islam.. aku sendiri pelik kenapa tiba-tiba aku yang jadi terlalu cerewet..!
Pagi itu selepas sarapan aku melihat Huda tidak seperti biasa.. Peluh mengalir laju membasahi dahinya.. Dia kelihatan pucat.. Kurasa badannya, panas.! Seingat aku Huda hanya akan melahirkan pada 26mei,..hari ni baru 26 april.. Aku panik.. Aku segera membawa Huda ke hospital dengan seribu satu doa yg tak putus dlm hatiku, Aku harap ayah dan ibuku segera datang utk menambah ketenangnku. Aku mundar mandir.. Ya Allah! selamatkanlah isteri dan anakku.. bisikku berulang kali..
”Encik Saifuddin..?" Dr Khadijah pakar sakit puan rujukan isteriku,
"Ya,..saya doctor,.." sahutku cepat..Ku hampiri Dr Khadijah..
"Boleh kita berbincang sebentar??" Minta Doktor sambil mengajakku ke bilik rundingan,.. "Saya harap Encik Saifudin bertenang.. Isteri encik menghadapi sedikit masalah.. air mentubannya dijangkiti kuman.. Dan degupan jantung bayi di dapati semakin lemah.. Puan Huda perlu dibedah segera.."
“Bedah..?" "Buatlah apa yang sewajarnya doktor..Tapi isteri saya bagaimana doktor..?" Tanyaku dgn nada separuh ketar. Bimbang.
“saya akan cuba sedaya upaya utk menyelamatkan kedua-duanya, Yang lain kita pulangkanlah pada Allah. Sama-samalah kita berdoa.." Suara tenang tapi yakin, lahir dari doktor Khadijah.. Ya Allah, selamatkanlah isteriku.. Ya Allah.. jangan Kau ujiku di luar batas kemampuanku.. Dalam sujudku yang panjang tak henti aku berdoa keselamatan isteri dan anakku.. Aku memohon limpah kasih sayang Allah kepada isteri dan anakku tersayang.. Begitu lamaku cari ketenangan dalam solatku.. Tiba2 ayahku
memanggilku dan mengajakku menunggu di luar bilik pembedahan.. Ketika sampai di pintu bilik, aku terdengar suara tangisan bayi, alangkah lunaknya.
"Encik Saifudin..?"
"Ya..saya.."
"Alhamdulillah isteri encik telah pun melahirkan bayi perempuan yang sihat, 2.9 kg dan comel
seperti ibunya." kata Dr Khadijah tenang..
"Alhamdulillah. Isteri saya bagaimana doktor.?"
Dr. Khadijah terdiam.. Tiba2 perasaan tidak sedap menjalar ke seluruh tubuhku.. Kutenung wajah Doktor dengan tatapan penuh tanda tanya.. Tiba2 doktor menggeleng kepalanya perlahan sambil tertunduk.. Mulutku ternganga seketika..
"Maaf. Saya telah berusaha semampu yg mungkin. Tapi Allah lebih menyayangi Huda.. "Deraian air panas bercucuran tanpa boleh dibendung. Perlahan aku mengikuti doctor
ke ruang bilik pembedahan.. Kurasa seperti seretan kaki ini sungguh lemah dan tak berdaya.. sesusuk tubuh di tutup dgn kain putih terbaring.. Perlahan aku membuka kain penutup.. Innalillahi wainna ilaihi raji'unnnn.. DariNya kita datang, kepadanya kita kembali,..
Wajah Huda pucat.. tapi bibirnya terukir senyuman manis.. manis sekali, tanpa disedari ku dakap Huda seerat eratnya.. Tangisku perlahan, tapi tak tertahan..!
"Sabar encik Saifudin.. sabar.." Terdengar suara doctor Khadijah cuba menenangkan aku..
"Nurse..tolong bawa anak encik Saifudin.." katanya lagi.. Seorang bayi mungil yg masih merah
dihulurkan dihadapanku... perlahan ku ambil dan ku dakap bayi itu. Ku tatap wajahnya berganti-ganti dengan Huda.. Mereka amat mirip! Matanya.. hidungnya.. mulutnya.. Allahuakbar..!!! Dadaku bertambah senak.. tangisanku semakin menjadi-jadi.. Sehinggalah ayah datang memegang bahuku.. dan berkata..
"Iqamahkan anakmu Saifuddin.. sambutlah yang hadir.. doakanlah yang kembali.."
Huda.. rupanya inilah hikmah Allah.. Maha Kuasa dan Maha mengetahuinya Allah.. Dia memberi kesempatan kepadaku menemanimu, mengasihimu, hampir selama lapan tahun, utk akhirnya memanggilmu setelah dikurniakan gantinya. Ya Allah, jangan biarkan hati ini berandai-andai..
Seandainya kami tidak mengharapkan anak jika itu membawa kematian Huda. Tidak.. Tidak, itu semuanya ketentuan Mu Ya Rabb. Tuhan yang Maha Mengetahui.. Lagi Maha Pengasih,. Selamat jalan Huda,isteriku.. Abang akan merinduimu..

Saturday, October 3, 2009

Ada Apa Dengan Cinta???


Bestnya kalau dapat couple kan? Yelah…ada orang sayang kita lebih… Nak tidur malam ada orang wish gud nite,bangun pagi ada orang tolong kejutkan… Nak gi mana-mana kena bagitahu kalau tak ,ada je nanti yang merajuk.. Itulah yang saya tahu serba sedikit mengenai dunia couple mouple ni.. Tapi itukah yang ada dengan cinta????????

Melihat akan telatah rakan-rakan yang majoritinya bercouple menyebabkan saya tersenyum sendiri. Saya termenung panjang melihat telatah salah seorang kawan yang sedang merajuk. Orang yang tersayang tidak jemu-jemu memujuk di hujung talian. Dah hampir satu jam mereka berbual ditelefon,entah apa yang dibualkan saya sendiri tidak pasti. Namun,yang saya pasti kawan saya tu sedang merajuk sebab pakwe dia tak angkat call semalam..heeeeeeeehhhhhheeeeee

Penting ke bercinta? Perlu ke bercinta? Best ke bercinta? Mana lagi best,bercinta sebelum kahwin ke? Bercinta lepas kahwin? Bermacam-macam persoalan bermain difikiran saya..

Kata orang,kita kena berkawan dulu dengan pasangan kita sebelum berkahwin.. Baru boleh kenal hati budi masing-masing.. Yeke?..Tak kottt….

Bagi saya… Cinta kepada ALLAH sangat berbeza segala-galanya. Saat cinta kepada manusia membawa kesedihan,hanya cinta kepada ALLAH membawa kedamaian. Saat cinta manusia membawa kehancuran,hanya cinta kepada ALLAH membawa kebahagiaan. Cinta kepada ALLAH adalah sebenar-benar cinta hakiki yang pasti membawa bahagia tika di dunia dan di akhirat kelak.
Kerana itulah,apabila kekuatan cinta kepada ALLAH melebihi segalanya,manusia tidak akan takut untuk berdepan dengan kegagalan cinta sesama insan. Dan kecintaan yang mendalam kepada ALLAH tidak akan membuatkan seseorang itu terburu-buru untuk melafazkan cinta kepada seseorang

Namun tidak dapat dinafikan bahawa setiap insan memiliki perasaan ingin dicintai dan ingin mencintai… Dan,pastinya mereka mahu percintaan itu kekal selamanya…

Betul lah kan? Siapa yang tak mahu bercinta dan dicintai.. Even,bila kita tanya semua orang,masing-masing memiliki perasaan ingin dicintai dan mencintai. Saya juga begitu. Kerana cinta itu adalah fitrah yang dimiliki setiap insan. Namun,harus juga di ingat..ALLAH tidak mengurniakan fitrah itu begitu sahaja. ALLAH juga mencipta peraturan dalam menjaga kesucian cinta itu. Supaya FITRAH TIDAK MENJADI FITNAH. Peraturan inilah yang sering di langgar sehingga wujudnya berbagai masalah sosial di kalangan remaja sekarang. Saya pasti,jika peraturan ini dipenuhi oleh setiap insan yang bergelar manusia,sudah tentu kesucian fitrah ini tidak akan pudar selamanya.

Namun,bagi saya,ada syarat yang saya letakkan jika seorang anak adam itu mahu menjadikan saya sebagai permaisuri di hatinya. Permintaan saya tidak banyak, andai benar ‘dia’ mencintai saya, ‘dia’ haruslah terlebih dahulu menyerahkan cintanya kepada ALLAH dan RASUL kemudian kepada ibu dan bapanya.. jika masih tersisa,berikanlah cinta itu kepada saya….

Kata-kata seorang sahabat menyebabkan saya hampir menitiskan air mata.
“ Dengarlah sahabatku… ALLAH memujukmu..(An-Nur: 26) ..”Wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji,dan lelaki yang keji adalah untuk wanita yang keji,wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik…..” Telah tercatat seungkap nama lelaki di Lauh Mahfuz untukmu… Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu.. Jika kau di atas jalan yang diredhai ALLAH,InsyaALLAH si dia turut berada di jalan yang sama. Lupakan segala kegundahan. Teguhkan pada cinta hakiki nescaya cinta lelaki soleh turut kau miliki…”

Kata-kata itu saya ulang baca beberapa kali. Dan setaip kali membacanya,saya akan tersenyum sendiri.. Benar,telah ada satu nama di Luah Mahfuz yang tertulis untuk saya. Namun,siapa dia? Belum tiba masanya untuk saya tahu siapa dia.. Biarlah ia menjadi rahsia ALLAH sebelum tiba masanya.. Kerana saya masih belum bersedia untuk ke arah itu. Buat masa sekarang cinta saya hanya untuk umi ,abah,kak ely,kak ja,abe dan adik.. My study..My patient dan semestinya untuk si DIA dan Rasulullah SAW… Kerana saya terfikir,layak kah saya mencintai manusia jika saya masih tidak dapat mencintai ALLAH sepenuhnya??…”Kasih manusia bermusim,Sayang manusia tiada abadi,Kasih tuhan tiada bertepi,Sayang tuhan janjinya pasti…”

Saturday, September 5, 2009

Nak U-Turn Jugakkk!!



Tak tahulah kenapa tangan ni terasa sangat-sangat nak menaip. Memang sejak dulu,jika ada gundah di hati tangan ini yang akan memainkan peranan untuk meleraikannya. Saya suka menulis….menulis apa sahaja asalkan ketenangan menjadi milik saya. Cuma bezanya,jika dulu saya menulis hanya di dalam ‘bilal’ my secret diary, tapi kini saya ada blog. Namun,di sini tidak semua di luahkan seperti saya luahkan kepada ‘bilal’.

Result exam untuk formatif 1 (mid sem exam) baru je keluar. Alhamdulillah resultnya ok. Tapi,entah mengapa saya rasakan seperti masih ada yang kurang. Tidak bersyukur kah saya? Ya ALLAH,saya terlalu takut untuk mengakui kebenaran itu. Susah benar ke mahu bersyukur, aini? Tanya saya sendiri.. Saya sendiri kurang pasti apa punca penyebabnya saya terasa begini, Sayu..Sedih… Mungkin kerana target untuk mid sem kali ini saya tidak dapat capai sepenuhnya. Daripada 5 subjek yang saya ambil hanya 3 yang benar-benar memuaskan hati saya. Lagi 2? Mungkin bagi kawan-kawan, result tu dah ok,tapi tidak bagi saya. Tambah lagi apabila subjek favourite saya ( medical nursing) tak mencapai target yang di harapkan!! Huh!! Tak baik mengeluh aini… Kena kuat.. Itu lah kata-kata yang selalu saya berikan untuk pujuk diri sendiri. Benar..kita kena kuat. Tapi macam mana? Saya menongkat dagu. Lagu Rahmat Ujian nyanyian Mestica beralun lembut menyapa telinga saya.



Harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma..
Itu jelaslah menunjukkan ALLAH mengasihimu setiap masa..
Di uji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan..hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatNya…
ALLAH rindu mendengarkan rintihan mu berpanjangan…
Bersyukur la dan tabahlah menghadapi segala ujian diberi…

Tidak bersyukur kat saya? Dengan ujian? Dengan rahmat yang diberikan? Dengan rezeki? Dengan keluarga yang bahagia? Dengan kawan-kawan yang memahami? Dengan segala-galanya? Soalan itu selalu bermain difikiran saya.. Apa sebenarnya yang tak kena ni ? Kenapa saya hilang focus? Ya ALLAH,perasaan sedih tak dapat digambarkan. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa saya hilang focus? Dengan pelajaran? Dengan iman? Dengan segala-galanya. Kenapa? Banyak sangat ke benda salah yang saya buat sehinggakan hati saya tidak setenang dulu.? Sungguh!! Saya rindukan diri saya yang dulu.. Diri saya 2 bulan yang lepas… Kini segalanya tidak menentu dalam hidup saya… Saya juga sudah lama tidak menghadiri majlis-majlis ilmu. Sehinggakan ada seorang sahabat bertanya.. “Aini,ada masalah ke? Tak nak kongsi dengan akak?”
Masalah? Berkerut dahi saya? Bukan masalah kak…tapi ujian.. Ujian hati.. Ujian perasaan. Mungkin kerana ujian inilah membuatkan saya hilang focus untuk belajar dan akhirnya inilah natijah nya.. Keputusan exam yang tidak seperti saya harapkan. Tak pe aini.. final nanti boleh score. Pulun habis nanti, Ada 2 bulan lagi.. Saya pujuk lagi hati ini.. Rekod sem lepas harus di kekalkan. InsyaALLAH..usaha!! usaha.. usaha!! Mula dari sekarang!! Tapi macam mana nak mula kalau gundah di hati ni masih belum terpujuk?

Mungkin saya juga perlu lakukan seperti kak ja. “U-turn plezz”…!!! Nak U-turn jugak!! Yup!! Bagi signal…U-turn!! Walau apa pun yang berlaku,itulah langkah pertama yang harus saya lakukan. Mencari dan terus mencari kelemahan dan punca saya menjadi sebegini lemah, dan walau dengan apa cara sekali pun saya mesti!! selesaikan apa sahaja punca penyebabnya.. Bantulah hambaMu ini ya ALLAH..


“Binalah alasan setinggi Everest sekali pun,namun ia tidak akan menyelesaikan masalah. Menambahkan lagi masalah adalah.. ..Orang bijak tidak pernah mencipta alasan dalam hidupnya. Pepatah “ nak seribu daya,tak nak seribu dalih..’ selalu kita dengar.. Tapi sejauh mana kita menghayatinya?? “

“If you think to change you have to change”

“Berubahlah bermula saat ini aini… Jangan tunggu esok.. (Yakin ke esok masih ada)?”

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi ALLAH orang-orang yang berjihad diantara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar? 3:142

“Tak ada orang yang boleh tolong kita untuk berubah kecuali diri kita sendiri..”

“Jadikan ujian ALLAH ini sebagai rahmat dan gunakan ia dengan sebaik mungkin.. Jangan sia-siakan ujian yang diberikan..”

“Bersangka baiklah kepada ALLAH..ALLAH tak pernah menzalimi hamba-hambaNYA..”

“Berdoa..Merayu..Sujudlah kepada ALLAH.. Kerana hanya kepada Dia tempat kita mengadu dan meminta”

“Ya ALLAH,hambaMu ini bukan tidak redha dengan ujian yang diberi,tetapi hanya ingin mengadu kepada Mu!!”

“Patang menyerah sebelum berjuang!!”

-----------------------------CoNcLUsIOn = MUHASABAH!!!!!!!!-------------------------

Ya ALLAH…aku hambaMu yang lemah,yang hina dan setiap saat berbuat dosa.. Ilahi,kasihanilah hambaMu ini. Engkau Maha Tahu atas apa yang menimpa diriku. Aku tidak ingin kehilangan cintaMu…Ya ALLAH.. Pimpinlah aku supaya aku terus kuat menempuh ujian dunia Mu ini …AMieen---…

Sunday, August 30, 2009

The Wedding Of The Year...


Adoi..naik pening kepala saya melihat betapa excited nye umi dan abah membuat persiapan untuk majlis perkahwinan kak ely pada raya ke3 nanti.. Tersenyum lebar saya di buatnya melihat telatah mereka. Umi nak buat itu..abah nak buat ini... Sampai saya yang memandang ni pun boleh semput..Mujurlah saya sekarang sedang bercuti bolehlah tolong apa yang patut. Abah sibuk dengan mengecat rumah dan umi pula sibuk dengan barang-barang hantaran dan ke sana ke mari edar kad kahwin. Satu petang,semasa saya dan umi sedang membuat persiapan berbuka puasa saya sempat berbual panjang dengan umi tentang masjlis yang akan berlangsung nanti..
"Umi,besar sangat ke majlis kita nak buat ni?" tanya saya. Umi tersenyum..
"Tak tahu lah kak aini..Hajat nak buat kecik-kecik jah tak tahu lah gano boleh jadi besar pulak..."
Tergelak kecil saya...
"Susah jugak nak kawin ni kan umi..?"
"Ish..ingat senang ke? Nak buat persiapan kahwin dah satu hal.. Tu yang tanggungjawab lepas kahwin tu lagi susah..lagi besar.."
Saya hanya mengangguk memberi laluan untuk umi terus berbicara. Kini sesi nasihat telah bermula.
" Kita ni kak aini...walau hebat macam mana pun,tinggi mana pun kedudukan kita,kita mesti selalu hormat suami. Hormat pada suami yang paling penting. Memang mudah kita nak sebut,tapi bila dah kahwin esok-esok tahulah macam mana susahnya. Nak jaga hati suami,keluarga dia..ish bukan senang. Tambah lagi anak-anak umi semuanya berkerjaya. Umi takut sangat kalau anak-anak umi tak hormat pada suami sebab semua dah ada pendapatan sendiri, tak bergantung sangat pada suami,tapi ingat... kalau suami tak redha dengan kerja yang kita buat, duit gaji yang kita dapat tiap-tiap bulan tu tak akan berkat.."
Glup!! saya telan air liur. ish umi ni bagi nasihat macam aku je yang nak kahwin... detik hati kecil saya.
"Yelah umi... Aini lambat lagi la umi.. 4 tahun lagi paling awal.." balas saya selamba.
"Tahu..umi saja nak bagi nasihat awal-awal.. Dengan kak ely pun umi oyak gitu..dengan kak ja pun umi oyak gini jugok.."
"InsyaALLAH umi,anak-anak perempuan umi akan selalu hormat pada suami dia.." ujar saya..Sekadar mahu menyedapkan hati umi.
"Umi,betul ke abah nak tempah dikir barat malam bersanding nanti..?" tanya saya. Kembali kepada topik utama.
" A'ah..abah oyak ada dikir barat baru meriah. Oloh sekali sekala kak aini. Nikoh kak ely jelah boleh buat dikit barat,bersanding. Umi tahu doh,nikoh kak aini ngan kak ja mana nak buat semua-semua tu.."
Saya hanya diam. Tidak berani menidakkan atau mengiyakan. Merajuk ke umi? Mintak jauh la... Yang sebenarnya saya sendiri tak pernah terfikir lagi pasal semua tu..
" Mintak-mintak la majlis hok kita rancang ni berjalan lancar,kan umi.. Mesti malam tu grand habis.." saya menghidupkan kembali suasana.
Umi mengangguk sambil tersenyum. Alhamdulillah.
"Tulah..InsyaALLAH.." mata umi bercahaya. Dapat saya lihat umi begitu tidak sabar melihat anak perempuan sulungnya naik pelamin. Ibu mana yang tak excited melihat anak perempuan sulung anggun bersimpuh di atas pelamin? Saya yakin,perasaan itu hanya boleh dirasai bila kita telah menjadi ibu. Naluri keibuan bak kata orang..

Bagi saya..tiada salahnya jika umi dan abah membuat majlis perkahwinan yang agak meriah.. Selagi kami mampu..Apasalahnya kan? Ibu bapa mana yang tidak ghairah menyambut majlis perkahwinan yang pertama di dalam family?.. Sebenarnya saya juga tidak sabar menanti saat itu.. Menyambut kedatangan seorang ahli baru di dalam keluarga saya.. Yang pasti bagi kami sekeluarga,majlis kahwin kak ely nanti akan menjadi best wedding of the year dalam malaysia....