Thursday, December 2, 2010

Syukur ku hanya milikMU...



Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi Maha penyayang...

Alhamdulillah Ya ALLAH,syukur ku hanya milikMU... Nafas lega saya hembuskan.. Senyuman mekar dibiarkan menghiasi bibir.. Mata di pejam.. Alhamdulillah... Dengan sepenuh hati saya mengucapkan rasa syukur hanya untukNya.. Selepas hampir 3 tahun bertungkus lumus dengan buku,dengan kerja,dengan klinikal,akhirnya inilah pencapaian tertinggi yang dapat saya buktikan untuk diri sendiri.. Alhamdulillah..alhamdulillah..

Teringat akan kata-kata seorang sahabat yang ketika itu saya masih di semester 2.. Semester yang tersangat mencabar.. Semester yang sememangnya menguji kekuatan mental dan fizikal.. Dari fisiologi normal kepada fisiologi yang tidak normal.. Dari nursing process hinggalah Pharmacology.. Semua perlu di kuasai dengan baik.. Saya tersangat ‘down’ ketika itu.. And I always wonder how far I can go... Saya menjadi seorang yang sangat takut.. Takut jika tidak dapat menjadi yang terbaik... Namun,sahabat tersayang dengan penuh kasih menghulurkan kata-kata nasihat.. “Aini,ALLAH doesn’t required you to be the best,HE just want you to do your best,and He will take care of the rest..”

Dan mungkin berkat nasihat itu, saya menjadi seorang yang sentiasa pasrah.. Saya mengenal erti sebenar tawakal... Berusaha setakat mana yang mampu.. Berusaha tanpa ada rasa sedikit perasaan ingin menjadi yang terbaik... Kerana saya yakin,saya belajar untuk melakukan sesuatu tanpa mengharapkan pujian atau sanjungan kerana apa yang penting saya mahu membuktikan kepada diri saya sendiri,saya boleh melakukannya.. Saya tidak mahu keputusaan untuk berhenti university dahulu disia-siakan begitu sahaja.. Dan,sejak itu saya membina azam..” Jangan di lihat hasilnya,namun lihatlah usahanya... “


Dan,alhamdulillah..sekarang saya sudah mampu tersenyum.. Melihat akan pencapaian hari ini membuatkan hati saya berbunga riang.. Tidak sia-sia nampaknya apa yang dilakukan selama ini.. Lebih dari berbaloi-baloi... Terima kasih ya ALLAH,atas segalanya..

Bukan niat di hati ingin berbangga diri.. Bukan niat di hati ingin mengatakan saya yang terbaik... Bukan juga niat di hati ingin mendapat pujian dan sanjungan, semoga ALLAH melindungi hati ini dari perasaan riak hata sekumit pun... Namun,saya menulis artikel ini untuk menyatakan betapa saya bersyukur dan berterima kasih.. Juga sebagai penguat semangat agar saya terus maju dan mengorak langkah di dalam bidang yang sememangnya ternanti dengan seribu sejuta dugaan dan pengorbanan.. Saya mahu menjadi somebody di dalam dunia nursing ini,agar saya dapat ‘mencantikkan’ dunia nursing ini dari pandangan mata org ramai.. itu harapan saya....

Jutaan terima kasih saya hulurkan kepada semua pengajar yang tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar.. Apa sahaja yang kalian lakukan,saya yakin,akan mendapat gajaran yang setimpal di akhirat kelaka.. Insha allah...

Kejayaan ini tidak lain,saya tujukan untuk umi dan abah tersayang.. Mendengar suara umi dan abah ketika saya menyampaikan berita baik itu,menyebabkan air mata saya mengalir tanpa segan.. Tiada benda yang paling berharga di dalam dunia ini selain melihat umi dan abah tersenyum gembira.. Tiada perkara yang paling indah dalam hidup ini selain saya dapat menyenangkan hati umi dan abah.. Alhamdulillah... dapat saya bayangkan betapa lebarnya senyuman umi dan abah...dan saya bersyukur kerana sayalah yang menyebabkan senyuman itu diukir.. Terima kasih ya ALLAH... THANK YOU FOR EVERYTHING....

Sunday, November 14, 2010

KeRaNa DiRi 'mu' BeGitu BeRHarGa...

Hukum Wanita Bersanggul Dan Baju Berwarna
Soalan : Dr MAZA, sekarang ini menjadi trend wanita menyimpan sanggul tinggi. Begitu juga ramai wanita yang memakai pakaian yang menutup aurat tetapi berwarna. Tidakkah wanita hanya patut berwarna gelap? Apakah muka itu boleh jadi aurat? Apakah hukum dalam perkara-perkara seperti ini? Ada yang kata semua itu haram, tidak penuh syarat pakaian Islam dan ada pula yang kata boleh. Apakah pandangan Dr Asri dalam hal ini?

Juliana, Petaling Jaya.

Jawapan Dr MAZA: Terima Juliana atas soalan yang dikemukakan. Syabas juga kepada saudari kerana prihatin soal pakaian wanita dalam agama kita. Wanita amat tinggi nilainya dalam Islam. Oleh kerana tingginya harga wanita dalam agama ini, maka mereka dijaga dan dipelihara oleh Islam dengan sebaiknya agar tidak tercemar atau dipandang serong. Di sini, saya nyatakan beberapa perkara berikut;

1. Peraturan pakaian wanita dalam ajaran Islam adalah bertujuan memelihara ketinggian nilai wanita dan membezakan mereka dengan wanita-wanita lain yang tidak mementingkan nilai kemuliaan. Serta mengelakkan mereka terdedah kepada gangguan orang atas andaian mereka golongan murahan. Firman Allah: (maksudnya)
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan jilbab (pakaian) mereka ke atas tubuh mereka; cara yang demikian untuk mereka lebih dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Ahzab, ayat 59).
Maka, asas dalam membuat reka fesyen pakaian seorang wanita muslimah hendaklah berteraskan pakaian yang memberikan gambaran yang pemakainya seorang wanita yang baik dan tidak bertujuan menarik nafsu atau meransang lelaki dengan pendedahan, warna yang melampau, rekaan fesyen yang memberikan nilai yang negatif dan seumpamanya.


2. Sebelum kita pergi lebih jauh, wajar kita tahu bahawa dalam kalangan fuqaha (sarjana fekah) ada yang agak ketat pandangan mereka mengenai aurat wanita, dan ada yang sederhana. Bahkan ada yang longgar sehingga menganggap soal jilbab dalam ayat Surah Al-Ahzab di atas hanya berkaitan wanita-wanita Arab sahaja. Ini seperti yang dinyatakan oleh al-Syeikh Muhammad Tahir Ibn ‘Asyur ketika memperkatakan ayat tersebut:
“Ini peraturan yang meraikan kebiasaan Arab. Maka kaum yang tidak memakai jilbab, maka tidak terbabit dengan hukum tersebut” ( Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah, ms 228, al-Basair li Intaj al-‘Ilm).
Ada juga yang ketat sehingga menganggap wanita keseluruhannya aurat; termasuk wajah mereka. Dengan itu golongan ini mewajibkan niqab (purdah). Namun jumhur (majoriti) ulama berpendapat bahawa diri wanita memang tidak boleh didedahkan kepada kepada lelaki bukan mahramnya, tapi dikecualikan muka dan tapak tangan. Dalam Mazhab Hanafi, dilonggarkan sedikit lagi, maka pergelangan kaki diizin. Ini kerana pergelangan kaki sesuatu yang sukar untuk dielakkan terdedah, terutama wanita yang bertugas dengan tugasan tertentu dan pada zaman dahulu pula tidak kecanggihan stokin seperti sekarang.


3. Pada saya, pendapat jumhur (mijoriti ulama) yang menganggap wajah wanita dan tapak tangan bukanlah aurat yang wajib ditutup merupakan pendapat yang kuat berteraskan dalil-dalil yang kukuh. Antara hujah yang kuat dalam hal ini firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31(maksudnya):
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.

Berpandukan ayat ini pihak jumhur berhujah dengan dua perkara: pertama; maksud “kecuali yang zahir daripadanya” ialah wajah dan tapak tangan. Ini sama seperti yang ditafsirkan oleh Ibn `Abbas, Umm al-Mukminin`Aisyah, `Abdullah bin `Umar, Anas bin Malik, Abu Hurairah, al-Miswar bin Makhramah dan lain-lain. Al-Syeikh al-Albani r.h. mendetilkan perbincangan ayat tersebut dalam kitabnya al-Radd al-Mufhim membukti bahawa muka dan tapak tangan bukannya aurat bagi wanita muslimah dan beliau menyenaraikan riwayat para sahabah yang memegang pendapat ini.
Kedua; ayat di atas menyatakan “dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”. Allah hanya memerintahkan agar ditutup bahagian dada yang terdedah disebabkan belahan leher baju. Ini bermaksud wanita diperintahkan agar tudung kepala mereka dilabuhkan sehingga menutup bahagian dada yang terdedah kerana belahan leher baju. Bahagian belahan leher yang mungkin mendedahkan dada dan sekitarnya itu perlu ditutup. Ayat ini tidak langsung menyebut agar mereka menutup wajah mereka. Kalaulah wajah itu adalah `aurat, maka sudah pasti ayat ini akan turut memerintahkan agar mereka menutupnya juga. Oleh itu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi menyebut dalam al-Muhalla: “Ayat adalah dalil bahawa diharuskan membuka wajah, tidak mungkin sama sekali difahami selain dari itu”




4. Adapun sanggul; terdapat hadis Nabi s.a.w. di mana seorang wanita bertanya Nabi s.a.w:
“Wahai Rasulullah! Saya seorang wanita yang mempunyai sanggul yang tebal, apakah saya mesti merongkaikannya untuk mandi junub? Jawab Rasulullah s.a.w: “Tidak! Hanya memadai engkau mencurahkan sebanyak tiga kali, kemudian engkau sirami dirimu dengan air, maka engkau telah bersuci” (Riwayat Muslim).
Hadis ini menunjukkan Rasulullah s.a.w tidak membantah wanita ini mempunyai sanggul yang besar. Bahkan diberikan kemudahan kepada mereka yang bersanggul untuk tidak merongkaikannya ketika mandi wajib.


5. Adapun pakaian wanita yang berwarna bukanlah satu kesalahan selagi warna itu secara lojik itu tidak membawa kepada pandangan yang serong ataupun buruk terhadap dirinya. Ini kerana wanita pada zaman Nabi s.a.w, bahkan isteri-isteri dan anak perempuan baginda juga memakai pakaian berwarna. Begitu banyak riwayat yang membuktikan hal tersebut. Antaranya apa yang disebut oleh Aishah bint Sa’d:
“Aku melihat enam dari isteri-isteri memakai pakaian mu’asfar (berwarna merah)” (Riwayat al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah).
Mu’asfar bermaksud dicelup dengan ‘usfur iaitu sejenis tumbuhan yang menghasilkan warna merah. Said bin Jubair meriwayatkan bahawa beliau lihat sesetengah isteri Nabi s.a.w bertawaf di Kaabah memakai pakaian mu’asfar (Riwayat Ibn Abi Syaibah). ‘Umar bin Al-Khattab apabila melihat lelaki memakai warna mu’asfar, akan memarahi mereka dan berkata: “Tinggalkan ini untuk wanita” (al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah).


6. Begitu juga “Anas bin Malik melihat Umm al-Kalthum puteri Rasulullah s.a.w memakai selendang daripada sutera bersulam emas” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Ini menunjukkan pakaian jenama mahal, halus dan berwarna yang menawan iaitu keemasan. Dalam riwayat al-Bukhari juga: “Isteri ‘Abd al-Rahman bin al-Zubair datang mengadu kepada ‘Aishah. Kata Aishah r.a: “Dia memakai pakaian berwarna hijau”.

7. Maka kata al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (463):
“Adapun wanita maka ulama tiada perbezaan pendapat bahawa harus mereka memakai warna mu’asfar (merah), mufaddam (tersangat merah), warna ros, merah tanah” (al-Tamhid, 16/123, Muassasah al-Qurtubah).
Apa yang disebutkan ialah warna yang digunakan pada zaman tersebut. Sebahagian warna yang dilarang kepada lelaki, tetap dibenar perempuan. Ada keluasan dalam masalah ini.


8. Maka wanita boleh untuk bersanggul, membuka wajah mereka dan berpakaian berwarna. Asas yang penting yang mesti dijaga hendaklah penampilan mereka tidak memperlihatkan seakan mereka wanita yang kurang baik, atau ‘memburu lelaki’ atau apa yang boleh menimbulkan sangkaan pada kebiasaannya. Warna dan jenis pakaian dinilai berdasarkan kepada anggapan sesebuah masyarakat juga. Di samping ketetapan syarak, apa yang menjadi persepsi sesebuah masyarakat mengenai sesuai fesyen hendaklah diambil kira. Ini berdasarkan ayat tadi: (maksud) ; “cara yang demikian untuk mereka lebih dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu”.




Disiarkan pada Oct 29, 2010 dalam kategori Fatwa http://www.drmaza.com/

Tuesday, November 2, 2010

PERINGATAN PENTING SEPUTAR KESALAHAN DALAM SHALAT



Beberapa hal yang biasa di lakukan oleh banyak orang setelah solat fardhu(wajib) yang lima waktu,tetapi tidak ada contoh dan dalil dari Rasulullah saw dan para sahabat ridhwaanulullah ‘alaihim ajma’in.
Di antara kesalahan dan bid’ah tersebut ialah.
1) Mengusap muka setelah salam
[i

2) Berdoa dan berdzikir secara berjamaah yang di pimpin oleh imam setelah shalat setelah salam[ii]

3) Berdzikir dengan bacaan yang tidak ada nas/dalilnya,baik lafaz mahupun bilangannya. Atau berzikir dengan dasar hadis yang dha’if atau maudhu’
Contonhya:

1) Sesudah salam membaca: “Alhamdulillah”

2) Membaca al-Fatihah setelah salam

3) Membaca beberapa ayat terakhir surah al-Hasyr dan lain-lain

4) Menghitung zikir dengan memakai biji-bijian tasbih atau yang serupa dengannya. Tidak ada satu pun hadis shahih tentang menghitung zikir dengan biji-bijian tasbih bahkan sebahagiannya maudhu’[iii]. Syaikh al-Albani mengatakan: “Berzikir dengan biji-bijian tasbih adalah bid’ah”[iv]

Syaikh Bakr Abu Zaid mengatakan bahawa berzikir dengan menggunakan biji-bijian tasbih menyerupai orang-orang yahudi,Nasrani,Budha dan perbuatan ini adalah bid’ah.[v]

Yang disunnahkan di dalam berzikir adalah menggunakan jari-jari tangan
“Dari Abdullah bin Amr,ia berkata: “Aku melihat Rasulullah saw menghitung bacaan tasbih dengan jari jarinya tangan kanannya.
[vi]
Bahkan Nabi saw memerintahkan para sahabat wanita menghitung,Subhanallah,Alhamdulillah dan mensucikan ALLAH dengan jari-jarinya kerana jari-jari akan ditanya dan diminta untuk berbicara (pada hari kiamat)[vii]

5) Berzikir dengan suara keras dan beramai-ramai (bersamaan/berjamaah)
Allah swt memerintahkan kita berzikir dengan suara yang tidak keras( QS. Al-A’raaf ayat 55 dan 205,lihat tafsir Ibni Katsir tentang ayat ini)
Nabi saw melarang berzikir dengan suara keras sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari,Muslim dan lain-lain. Imam asy-syafie menganjurkan agar imam dan makmum tidak mengeraskan bacaan zikir. [viii]

6) Membiasakan dan merutinkan doa setelah solat fardhu(wajib) dan mengangkat tangan pada doa tersebut (perbuatan ini) tidak ada contohnya dari Rasulullah saw.[ix]

7) Saling berjabat tangan seusai solat fardhu(bersalam-salaman). Tidak ada seorang pun dari sahabat salaf yang berjabat tangan kepada orang di sebelah kanan dan kirinya, depan atau belakangnya selesai melakukan shalat. Jika seandainya perbuatan ini baik,maka akan sampai kabar kepada kita dan ulama akan menukilkan serta menyampaikan kepada kita (riwayat yang shahih)[x]. Para ulamak mengatakan perkara tersebut adalah bid’ah.[xi]
Berjabat tangan adalah dianjurkan,akan tetapi menetapkannya di setiap shalat fardhu tidak ada contohnya atau setelah shalat subuh dan Asar,maka perbuatan ini adalah bid’ah.[xii]




[i] Lihat Silsilah al-Ahaadiits adh-dha’iifah Wal Maudhuu’ah (no 660) oleh Imam al-Albani

[ii] Al-I’tishaam,Imam asy-syathibi (hal 455-456) tahqiq Syaikh Salim al-Hilali, Fatwa al-Lajnah ad-Daaimah (vII/104-105),fatwa syaikh bin Baaz (XI/188-189),as Sunan wal Mub-tada’at(hal 70).

[iii] Lihat Silsilah al-Ahaadiits adh-dha’iifah Wal Maudhuu’ah (no 83 dan 1002)

[iv] Silsilah al-Ahaadits adh-dhai’iifah(I/185)

[v] As-Subhah Taatikhuna Wa Hukmuha (hal.101)-syaikh bakr bin ‘Abdillah Abu Zaid

[vi] Hadis Shahih,riwayat Abu Dawud9no.1502) dan at-Tirmidzi(no.3486). shahih At-Tarmidzi(II/146,no 2741). Shahih Abu Dawud(I/208,no.1330),al-Hakim (I/547) dan al-Baihaqi (II/253)

[vii] Hadis Hassan riwayat Abu Dawud (no.1501),At-Tirmidzi (no.3486) dan al-Hakim (I/547). Di hassankan oleh Imam an-Nawawi dan Ibnu Hajar al-‘Asqalani.

[viii] Lihat kitab Fat-hul Baari (II/326) dan al-Qaulul Mubiin (hal.305)

[ix] Lihat Zaadul Ma’ad (I/257) tahqiq al-Arn’uth. Majmu’ Fatwa, Syaikh bin Baaz (XI/167-168)

[x] Tamaamul Kalaam fi bid’iyyatil Mushaafahah ba’das Salamm-Dr Muhammad Musa Alu Nashr

[xi] Al-Qaulul Mubiin fii Akhthaa-il Mushalliin (hal.293-294)-Syaikh Masyhur Hasan Salman

[xii] Al-Qaulul Mubiin fii Akhthaa-il Mushalliin (hal.294-295) dan Silsilah al-Ahaadits ash-Shahiihah (I/53)


"Dzikir Pagi Petang dan sesudah shalat fardhu menurut al-Quran dan as-Sunnah yang Shahih,Yazid bin Abdul Qadir Jawas,Pustaka Imam Asy-syafi'i"

Monday, October 25, 2010

Ya ALLAH,ampuni aku...



Saudaraku,

Bila noda dosa kita semakin menebal,maksiat mula menggurita, jiwa semakin hampa dari rahmat,kehidupan kelam menyelimuti,rintihan penyesalan menusuk kalbu, himpitan kesalahan diheret dalam kehinaan,dan jarak dengan ALLAH semakin jauh,maka kegilaan di hati tidak dapat dielakkan. Pada akhirnya rasa kecewa akan menghantui kita, dan keinginan untuk kembali kepada hidup yang bersih dan suci dari dosa sering terbayang, menjadi manusia shalih pun menjadi kerinduan,meski kita tidak tahu langkah apa yang harus kita tempuh.

Wahai jiwa yang sentiasa bergelimang dengan maksiat, tidak ada yang bisa membersihkan dosamu kecuali dengan kembali pada ALLAH yang satu. Kembalilah kepada ALLAH dengan beristigfar dan bertaubat kepadaNYA.

Istigfar adalah lentera yang menyinari kehidupan seorang muslim. Dan taubat adalah air mata yang mengairi danau kebaikan dan menyirami ladang keberkahan. Istigfar dan taubat merupakan pembuka pintu untuk meraih kebahagiaan di dunia dan juga untuk meraih kemuliaan hidup di akhirat kelak.

Saudaraku yang dikasihi,

Perbuatan maksiat hanya akan menjerumuskan kita ke dalam kehinaan dan kenistaan hidup di dunia dan kesengsaraan hidup di akhirat kelak.Namun,manusia adalah makhluk yang dikelilingi hawa nafsu yang setiap saat mencari kesempatan untuk melumpuhkan pemiliknya.

Islam telah memberikan solusi untuk mengangkat kembali diri yang telah terjerumus ke dalam lumpur maksiat,untuk mengentaskan diri dari lautan dosa. Solusi itu tidak lain adalah kembali kepada ALLAH..Bertaubat!

Taubat bukanlah jalan sukar untuk ditempuh. Dan bukanlah pula jurang curam yang mustahil untuk dilalui. Taubat adalah satu langkah mudah dan ringgan. Pintunya sentiasa terbuka bagi sesiapa yang mengetuknya. Tidak ada seorang pun yang bisa menghalangi rahmat ALLAH. Dan yakinlah,sesiapa pun bisa kembali kepada ALLAH meskipun dia telah melampaui batas dalam menganiaya dirinya..

Katakanlah,”Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH,sesungguhnya ALLAH mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” Az-Zumar(39):53

Jika engkau mahu menju ke Shiratul Mustaqim,bersegeralah bertaubat sebelum semua taubat dan penyesalan tidak lagi diterima. Sudah selayaknya seorang muslim menyingsing lengan baju,bersegera bertaubat dan kembali kepada ALLAH dengan lisannya,menguatkan tekad di dalam hatinya dan memenuhi syarat taubat dengan iman dan amal shalih.


Semoga ALLAH memaafkan kesalahanmu, menerima kembali kehadiranmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dengan itu,engkau bisa menempuh kembali jalan hidayah dan tergolong di dalam barisan hamba-hambaNya yang mendapat petunjuk,sebagaimana yang ditegaskan oleh ALLAH dalam firmanNya:

“Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat,beriman dan beramal shalih,kemudian tetap di jalan yang benar” Tha Ha(20):82

Semoga ALLAH mengampuni dosa kita,memberi kita taufik untuk bertaubat,membuka pintu penerimaan doa kita,dan membuatkan kita berasa sejuk dan alangkah manisnya ampunan dariNya.. Amin




Nukilan,Zaenal Abidin bin Syamsudin,Bagor,Muharram 1429 hijrah (dari buku “YA ALLAH AMPUNI AKU”)

Thursday, October 21, 2010

Poor Quality Of Life??


Lama saya merenung skrin laptop. Mahu menulis sesuatu.. Sudah lama rumah ini dibiarkan sepi.. Jadi sudah tiba rasanya untuk mencoretkan kata. Seperti juga entri-entri yang lepas,saya menulis untuk mengingatkan diri sendiri.. Sebagai peringatan di kala saya memerlukan peringatan..


Bunyi sms membangkitkan saya dari tidur. Saya mencapai handphone di sebelah. Sebelum itu masih sempat menoleh jam di atas meja study,hampir pukul 2 pagi.. Adoii,sapalah yang hantar sms time nie.. Baru je nak lelap... hush!

“Aini,sihat? Lama x dengar citer..”
Saya tersenyum.. Sahabat lama.. Sahabat yang tersangat saya sayang.. Segera butang reply di tekan.. Tidur yang tadinya terganggu tidak mengapa..
“Alhamdulillah sihat.. Akak apa khbr?”
“Sihat.. Aini,akak nak cakap sikit nie..=(“
Saya membetulkan baringan.. Tahu,ada sesuatu yang sedang melanda sahabat tersayang.
“Apa dia kak?”
“Errm.. akak dah lain sekarang nie,, Lain sangat..”
Lama sms itu saya tenung. Di baca berulang kali.. Sedikit debaran terasa.. Aii,kenapa pulak nie..
“Lain yang mcm mana nie kak? Citer la.. Maybe saya boleh tolong..=)”
“Aini,sekarang akak busy sangat la.. rasa macam x ada masa untuk diri sendiri.. Nak topup imam pun tak sempat.. Akak rindu masa kat kolej..Time kita sama2 duduk kat bilik tv.. talk about everything yang boleh membuatkan akak tersenyum.. Now,akak sangat busy dengan kerja.. Kadang-kadang tu 2 hari sekali kena buat double shift.. Paham2lah wad neurosurgery tu mcm mana.. Semua kerja kita buat.. HO mana ada..Rindu time dulu2.. skrang nak dengar taz ustaz zahazan kat IKIM pun tak sempat.. Memang rasa lain sangat..=(”
Saya mengeleng kepala.. Tidak sangka begitu hebat beban yang di tanggung sahabat tersayang.
“Memang nurses life macam tu ke kak?”
“Lebih kurang la.. Bergantung pada kt mana kita kerja.. Tapi boleh dikatakan semua nurse mcm tu la.. Poor quality of life!”
Glup!! Saya telan air liur..
‘Poor quality of life ’?? owh tidakk...

Malam itu tidak lena saya dibuatnya.. Takut pun ada... Saya terbayang bagaimana agaknya saya nanti.. Kalaulah sahabat saya yang sangat kuat,yang sangat pandai membahagikan masa sewaktu di kolej dahulu boleh menjadi begitu,apatah lagi saya yang sememangnya agak lemah dalam time management nie mahu survive dalam nurses life nanti?? Hailllaaa...
Saya terfikir,macam manalah agaknya nak istiqamah yer.. Macam manalah nak terus kuat di waktu 24 jam sehari tidak lagi cukup untuk saya tatkala itu.. Di waktu kerja yang berdouble2 shift.. Saya menarik nafas dalam.. Berfikir.. Bagaimana hendak istiqamah..??

Errmm.. mungkin saya perlu membuat persiapan rapi bermula sekarang.. Persediaan mental!! Dalam masa seminggu lagi saya akan menduduki peperiksaan final. Dan,Alhamdulillah... selepas itu saya free.. Hanya perlu menghabiskan saki baki clinical posting yang ada sehingga hujung bulan 12 nanti.. Mungkin di saat itulah saya boleh membuat persiapan rapi untuk menempuhi hari-hari mencabar apabila sudah bergelar staffnurse kelak.. Bak kata orang sediakan payung sebelum hujan...


Insyallah.. selagi ada kekuatan.. selagi ada kesempatan dan selagi ada rahmat Tuhan akan tetap saya mencari ilmu untuk dijadikan bekalan pada masa akan datang.. hanya itu yang boleh saya lakukan.. Belajar berdirikari untuk kebaikan diri sendiri.. Namun,saya yakin.. saya tidak keseorangan.. Tidak pernah keseorangan.. Kerana ALLAH sentiasa Maha Mengetahui isi hati ini... Dan pertolongan dariNya sentiasa disisi...=)

Sunday, October 3, 2010

Mereka bertuah,Saya cemburu....



Sejak kebelakangan ini,masa saya memang terluang.. Almaklumlah,sekarang posting kat Hospital Muadzam so tak adalah prep, jadi balik je wad terus boleh berehat.. Masa yang ada ini saya gunakan untuk melakukan aktiviti yang berfaedah.. Tidak mahu terbuang begitu sahaja.. Antara aktiviti kegemaran saya adalah blog walking.. Dari satu blog ke satu blog saya berjalan... Mengutip ilmu,kata-kata semangat,motvasi dan ada juga terselit kisah lucu yang pastinya membuatkan saya tersenyum sendiri.. Bak kata orang,macam-macam ada..
Namun di dalam banyak-banyak blog yang saya singgah,ada satu blog yang tidak mungkin saya lupakan sampai bila-bila.. Saya tidak mengenali tuan empunya blog,namun saya yakin tuan rumahnya adalah seorang akhwat (suadara perempuan) yang sedang melanjutkan pelajaran di Cairo Mesir.. Tidak pasti jurusan apa... Namun,latar balakang blognya sangat-sangat menarik perhatian saya.. Simple tapi menarik.. Dari satu entri ke satu entri say abaca.. Setiap bait-bait kata yang dicoretkan menyebabkan hati saya sayu.. Cukup terkesan di hati.. Ada juga artikel yang agak lucu, bercerita tentang pengalaman beliau bersama sahabat-sahabat di sana sepanjang bergelar student berjaya membuatkan saya melirihkan senyuman di bibir.. Dan akhir sekali,saya sempat membaca artikel tentang ‘My friends...” Ya ALLAH berderau darah saya ke muka.

Setiap ayat yang ditulis ditujukan buat sahabat-sahabatnya yang tersayang.. Setiap kata-kata membuatkan hati saya meronta-ronta untuk menjadi seperti akhwat tersebut.. Jika boleh,biarlah nama saya turut terselit di dalam artikel itu.. Bahasa yang digunakan sungguh sopan.. Lembut dan yang pasti beliau tidak jemu-jemu memuji sahabat-sahabatnya.... MasyaALLAH,kuatnya ikatan ukhwah antara mereka... Dan yang pasti,saya cemburu.. Sungguh...!!!

Tanpa sedar,air mata saya bergenang di kelopak mata.. Bertuahnya mereka Ya ALLAH.. Mereka bersama-sama berjalan,berpimpin tangan di jalan ALLAH..bersama-sama mencari cinta ALLAH... Bersama-sama menempuh ujian dunia dan bersama-sama menasihati agar tidak ada yang tertinggal di belakang.. Jatuh bangun mereka bersama.. Saya cemburu... Melihat keakraban mereka... Melihat kuatnya cinta mereka.. Semuanya kerana ALLAH..Melalui artikel itu saya dapat rasakan betapa gembiranya mereka bersama-sama di sana.. Bertuahnya mereka.....

Dan saya? Bukan niat di hati untuk mengatakan kawan-kawan saya di sini tidak baik. Tidak langsung terdetik begitu.. Namun,apa yang boleh saya katakan,ukhwah kami tidak sehebat ukhwah mereka.. Ukhwah mereka kerana ALLAH.. marah mereka kerana ALLAH dan sayang mereka hanya kerana ALLAH..sedangkan kami? Errmm.. saya mengaup wajah.. Kawan-kawan saya baik... Semuanya baik.. Namun terus terang saya katakan,ukhwah kami bukanlah ukhwah yang duduk bersimpuh,membicarakan tentang islam,talk about iman,dugaan,cinta kepada ALLAH.. itu bukanlah topik harian kami.. Saya tidak menyalahkan kawan-kawan.. Tidak langsung-langsung.. Bahkan saya cukup bersyukur kerana memiliki rakan-rakan yang sangat-sangat memahami diri ini,namun jika boleh saya mahu memiliki sahabat-sahabat seperti akhwat tersebut..Yang boleh memberitahu saya ‘aini,hari ni saya dah hafal surah baru,boleh awak semak bacaan saya? atau “Aini,saya tak sukalah awak cakap macam tu...” Saya ingin memiliki sahabat-sahabat yang boleh menegur saya untuk kebaikan.. Yang boleh membawa saya ke jalan yang sepatutnya saya di bawa.. Bersahabat kerana ALLAH,itulah impain saya..



Jauh di sudut hati,saya yakin keharuman ikatan ukhwah di antara mereka akan kekal sehingga ke taman syurga.. Insyallah.. itu harapan saya.... Dan harapan lagi saya,biarlah satu hari nanti saya juga berpeluang mengecapi cinta yang sama... Mengecapi ukhwah yang sama agar satu hari nanti boleh saya catatkan di dalam blog ini.. Menulis nama-nama sahabat yang sanggup bersusah dan bersenang bersama saya.. Sahabat-sahabt yang boleh berbicara tentang islam di mana sahaja,tidak mengira waktu,masa dan tempat... Betapa indahnya ukhwah kami ketika itu... insyallah.. saya menanti saat itu tiba... Hanya dengan izin Mu Ya ALLAH,permudahkanlah urusan hambaMu ini... Kau perencana terbaik.. Aku perlu yakin,perlu teramat yakin...Tidak boleh tidak!!!

Thursday, September 30, 2010

My Qaleef Umar...



Bergetar rasanya hati untuk menulis sesuatu di dalam blog yang sememangnya sudah terlalu lama ditinggalkan.. Perasaan bersalah bersarang di hati. Entah kenapa,semenjak kebelakangan ini hati ini terlalu kering dengan idea-idea.. Saya tidak pasti sama ada adakah coretan ini dibaca atau tidak oleh sahabat-sahabat sekalian,namun jika ada di kalangan sahabat yang sudi meluangkan masa saya ucapkan terima kasih. Dan berharap agar biarlah anda mendapat sesuatu daripada coretan ini...

Enteri kali ini sepatutnya sudah lama ditulis.. Ya,sememangnya ia sudah lama ditulis namun tidak dimasukkan ke dalam blog.. Qaleef Umar.. Seorang hamba ALLAH yang lahirkan tanggal 2 syawal 1431 hijrah... Kehadirannya menyebabakan kehidupan kami sekeluarga berubah... Sungguh,saya tidak menyangka kehadiran Umar di dalam family kami menyebabkan ikatan kekeluargaan di antara kami menjadi semakin bertambah kuat..

Namun,bukan itu yang mahu saya kongsikan... Apa yang saya mahu kongsikan adalah detik-detik menanti kehadiran Umar dengan kata nama lain bagaimana peritnya kakak saya menangung kesakitan dan kepayahan untuk melahirkan anaknya yang sulung itu...

Sehari sebelum raya,kakak saya sudah dimasukkan ke wad kerana terdapat sedikit masalah semasa mengandung. Beliau menghidap Gestational Diabetic Mellitus.. Di mana,kakak saya menghidap Diabetes semasa mengandung.. Jadi,untuk mengelakkan sebarang komplikasi kakak saya terpaksa bersalin pada hari yang telah ditetapkan. Tidak boleh lewat..

Bayangkan orang lain sedang sibuk membuat persiapan raya,kami sekeluarga pula begitu sibuk berulang alik dari hospital ke rumah.. Mujurlah jarak di antara rumah dengan hospital tidaklah jauh mana.. Pagi raya? Pertama kali rasanya di dalam hidup saya,kami sekeluarga beraya di hospital.. Ketupat,rendang,lemang,biskut raya,satay semuanya di tapau dan kami menjamu selera bersama-sama di hospital... Kami,masih menunggu dengan sabar kelahiran seorang lagi khalifah di atas muka bumi ini..

Raya pertama,dari pagi sampai ke malam kami berkampung di hospital.. Penat... Memang sangat penat,mengantuk...namun kami tahu kepenatan yang kami semua tanggung tidak sehebat penatnya kakak saya sedang menangung kesakitan di dalam bilik bersalin. Bayangkan daripada pukul 1 petang beliau masuk ke bilik bersalin,namun sehingga ke pukul 6 petang masih belum bersalin.. Os tidak membuka dengan sepenuhnya.. Masih dengan 8cm(untuk bersalin os perlu terbuka 10cm)..

Saya masih ingat riak wajah umi saya dan ma(mak mertua kakak saya)..Muram,penat semuanya menjadi satu..Namun, walaupun letih mereka tidak berganjak sedikit pun dari ruang menunggu.. Dan apa yang paling tidak akan saya lupakan sampai bila-bila? Riak wajah abang ipar saya.. Pertama kali dalam hidup saya melihat beliau seserius itu.. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana hebatnya beban perasaan yang sedang beliau tanggung.

Tepat jam 9 malam,kakak saya terpaksa dihantar ke hospital KOTA BHARU(HKB).. Kerana terpaksa menjalani pembedahan.. Mengucap panjang kami sekeluarga.. Tidak disangka sepayah itu ujian yang kakak saya perlu tanggung untuk melahirkan cucu sulung di dalam keluarga kami.. Dan saya,bersama kakak saya dan seorang Staff Nurse telah menaiki ambulance. Tidak pernah terdetik langsung di hati saya,saya akan menaiki ambulance pada raya kali ini.. macam bermimpi lah pulak..



Sampai di HKB,sekali lagi kami diuji dengan ujian ‘menunggu’.. Menunggu untuk kakak saya menjalani pembedahan.. 3 jam menunggu..bukan satu tempoh yang singkat... Pukul 11 beliau masuk ke dalam dewan bedah lebih kurang pukul 2 pagi baru keluar... Ya ALLAH,benarlah kata orang,penantian itu satu penyeksaan.. Namun,saya terfikir.. Benarkan begitu.. Dan,hikmah dari kejadian ini,saya mengenal erti kesabaran yang sebenar.. Kami,sekeluaga mengenal apa itu itu ERTI KESABARAN... dan alhamdulillah,lebih kurang 2 pagi kakak saya telah diusung keluar. Senyuman lebar diukir buat kami yang tidak sabar-sabar melihat wajahnya..

“Alhamdulillah..baby boy..” kakak saya berkata..

Dan kami?? Ya ALLAH..tidak ada satu perkataan pun yang dapat saya gambarkan betapa bersyukurnya saya.. Betapa gembiranya saya.. Dan tiada siapa yang berhak menerima ucapan terima kasih saya selain hanya ALLAH yang satu... Terima kasih yang ALLAH..Terima kasih..
Dan Qaleef Umar,dilahirkan dengan seberat 4 kilo itu membuatkan kami tersenyum gembira.. Tergelak riang.. Tangisannya,lirikkan matanya,membuatkan pengorbanan kami sekeluarga berbaloi.. Lebih daripada berbaloi-baloi...

Akhir sekali,harapan saya,biarlah Qaleef Umar ini sehebat Khalifah Umar,sahabat Nabi yang sangat disayangi oleh Rasullulah saw itu..
Insyallah......

Bagaimana Jika Allah Mencintai Kita?


Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya. Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.
Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:

"Saya sayang abang."
"Saya rindu ibu."
"Saya cinta kamu semua."

Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?
Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata:


"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)

MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..
Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"

Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.
Apa kata Allah dalam hadis tersebut?
"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"
Maka Jibril pun membuat pengumuman :
"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."
Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.

Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.
Bayangkan jika semua pembaca iLuvislam.com disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.

Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?
Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?
Rab, 29 Sep 2010 21:18 posted by Im Koyube ,iluvislam.com

Thursday, August 5, 2010

ALLAH perencana terbaik...


“Anak nombor berapa ni akak?”
“Anak no 3...” akak tu menjawab.. Tenang..
Saya angguk... Merenung wajah mulus yang sedang lena dibuai mimpi itu...
“Sejak umur berapa dapat asthma ni kak?”
“Umur 4 bulan .. Mula-mula akak ingat semput biasa aje.. Tapi dah lama-lama jadi makin teruk,asal batuk ngan selesema
datang, haa..datanglah jugak lelah dia..” Saya angguk lagi.. Masih merenung bayi comel berusia 8 bulan itu.
”Ada adik kecik ke?” giliran akak yang berusia pertengahan 30 an itu pula mengajukan soalan..
“ Tak ada...Yang paling bongsu dah tingkatan 3 akak....”
“Owh,dah besar lah...adik bradik berapa orang?”
“5..saya yang ke 3..”
Akak tu angguk lagi.. Saya senyum..
“Dah berpunya ke?”
Glup!! Saya telan air liur.. Akak ni biar benar..
“Sapa? Saya?”
“Yelah..adik lah...dah ada pakwe ke?”
Saya ketawa kecil.. Sejak bergelar student nurse inilah kali pertama saya diajukan dengan soalan yang out of syllabus seperti itu oleh patient.. Akak ni buat lawak la plak..hehehe
“Tak ada kot..” saya jawab dengan katawa yang masih bersisa..cuba menyembunyikan malu sebenarnya..
“Betul ke tak ada?”
Saya hanya mengangguk..
“Kenapa? akak nak rekemen sapa-sapa kat saya ke?” saya sekadar mengusik..
Akak tu pula yang macam tersipu malu..
“Budak muda zaman sekarang mana nak orang tolong carikan.. Mereka dah pandai cari sendiri..”
“Yeke? Kalau macam tu, nampaknya memang saya tak kahwin la akak...”
Akak tu tergelak.
“Umur berapa?”
“Baru 23 kak..”
“Ermm..dah boleh start cari dah tu.. Berkawan dulu.. Kenal-kenal dulu.. Kenal hati budi masing-masing.. Kalau sesuai,bolehlah ke bab seterusnya..”
Hehehe..Saya gelak lagi.. Akak ni memang kelakar la.. Sporting habis...
“Insyaallah kak..kalau ada jodoh tak ke mana.. Kalau dah jodoh,yang tak cari pun akan datang jugak pada kita..”

Setiap kali teringat perbualan santai dengan patient saya tu,saya akan tersenyum lebar..
Lahai...macam manalah akak tu boleh bukak topik yang cangitu ek? hehehe..
Errmm.... kawan dulu..kenal hati budi masing-masing,lepas tu boleh ke bab seterusnya..
Macam mana tu? Errmm...(saya garu dagu).. Entahlah.. saya pun tak tahu.. Nak berkawan? Tapi berkawan macam mana? Tanya khabar?
-Salam..awak buat apa? dah makan? dah minum? saya nak kawan dengan awak boleh??- Macam tu ke?

“Aini..awak memilih sangat kot..”
Memilih? Perlu ke perkataan itu ditimbul.. Tak patut..tak patut.. kelakar bebenar..
Bagi saya,erti sebenar ‘memilih’ jika di lihat dalam kamus dewan sendiri pun,adalah membuat satu keputusan apabila terdapat beberapa pilihan.. dan jelas,sudah terang lagi bersuluh,kalau nak guna istilah memilih tu,saya perlukan beberapa calon.. Tapi masalahnya calon sorang pun tak ada.. hehehe.. So,istilah ‘memilih’ tu awal-awal lagi dah di reject!!

Errrmmm... tapi mungkin juga kerana saya cuba untuk mendapatkan yang terbaik... seseorang yang terbaik untuk memimpin saya ke arah ALLAH yang satu.. seseorang yang terbaik untuk menjadi nakhoda dalam ‘kapal’ yang akan kami bina.. Salah ke saya mahu yang terbaik..? Saya tahu,saya bukanlah seorang wanita yang terbaik untuk mendapatkan seorang lelaki yang baik.. Saya tahu,saya hanyalah sebutir pasir yang ada di mana-mana.. namun tidak salah rasanya jika sebutir pasir yang biasa ini mahu dihiasi dengan sebentuk mutiara agar dapat menumpang cahaya yang menghiasi mutiara itu..

Diri saya penuh dengan kekurangan.. Tidak layak jika mahu digandingkan dengan lelaki yang baik.. Cukup ilmu agama.. Solat berjemaah menjadi rutin harian.. Sunnah Nabi menjadi pegangan..Al-Quran menjadi peneman harian.. Puasa sunat menjadi perkara biasa.. Saya tidak layak untuk lelaki sebaik itu.. Sedar.. Bak kata orang ukur baju di badan sendiri..

“Boleh saya tahu aini suka lelaki mana mana?”
Saya tersenyum... Soalan cepumas..
Kalau nak diikutkan hati bermacam-macam criteria saya nak tetapkan.. Berkajang-kajang kertas kajang yang perlu saya gunakan.. Nak yang baik,sayang saya lebih,tak cepat kecik hati, pandai jaga hati family saya,nak yang sopan
santun,berkerjaya,muka ala-ala Aaron Aziz...
Fuhh!! demand tahap tak ingat.. Agaknya kalau makcik yang jual ubi kayu kat tepi jalan tu baca,mesti gelak terguling-guling dia..hehe.. Tapi lepas difikirkan balik,layak ke saya dapat lelaki yang ada pakej selengkap itu..? Errmm...macam tak je.. So saya bagi jawapan yang ringkas kepada yang bertanya..
“Saya sebenarnya tak kisah pun lelaki tu macam mana.. Saya tak mengharapkan ustaz pun sebab saya pun bukannya ustazah.. Saya cuma harap biarlah saya dapat lelaki yang ada ilmu dunia dan ilmu akhirat.. Yang boleh bagitahu saya benda tu salah,benda tu betul.. Yang boleh jaga saya..dan yang paling penting yang boleh didik saya dan kemudian saya dapat mendidik anak-anak saya menjadi seorang yang hebat... tu je..”

Entahlah..sebenarnya malas nak fikir pasal ni.. Tapi semenjak 2 menjak ni.. Macam banyak pula dugaan yang menjengah.. Dugaan hati dan perasaan.. Tapi jauh di sudut hati saya,saya masih mengharapkan seseorang yang terbaik.. Di kurniakan oleh ALLAH pada saya untuk membimbing saya dunia akhirat.. Yang boleh menjadi imam untuk solat jemaah kami yang pertama.. Dan menjadi lelaki kedua yang menyemak bacaan al-quran saya (yg pertama abah) selepas kami sah bergelar suami isteri.. yang boleh memberi tazkirah pertama kepada saya selepas selesai kami di ijab kabulkan..Itulah impian saya sebenarnya.. Jikalah ALLAH memakbulkan doa saya ini..tiada kata-kata yang dapat saya ucapkan.. Betapa berterima kasihnya saya kepada ALLAH.. betapa bersyukurnya saya..

Tapi apa-apa pun,akhirnya kita kena berserah pada takdir.. Saya redha siapa jua jodoh saya.. Kerana saya yakin ALLAH sayangkan saya.. DIA tidak pernah menzalimi hamba-hambanya.. Sesiapa sahaja yang diberikan adalah yang terbaik untuk saya.. Kerana ALLAH adalah perencana terbaik...



Tuesday, August 3, 2010

Warkah Untuk Mu calon suamiku...



Salam Sejahtera buat calon suamiku,
moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…
“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..

Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

Calon zaujku,
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..” Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh arwah umi dan arwah abah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨
(Ar-Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah sebatang kara di dunia ini. Arwah umi dan abah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu ...

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...”
(Ali Imran : 159-160)


Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam.

Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)

Calon Suamiku yang dirahmati,
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya.

Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah. Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?!

Ketahuilah, aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara.

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini.

Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.

Wassalam

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu .::. ~tulang rusuk kirimu~ pertemuan... menghadiahkan kita kasih sayang... jika cinta satu pasti bertemu... ia tidak ternilai... kerana antara hati kita telah tiada antaranya lagi yg ada hanyalah cinta kasih Ilahi... kita berpisah hanya sementara kerna pertemuan bukan milik kita... jasad dan suara berjauhan sentiasa namun cinta abadi... biar berpisah selalu menderita kerana syurga menagih ujian sedang neraka dipagari oleh nikmat bertemu tidak jemu...berpisah tak gelisah...

nukilan-akak alhan dari iluvslam.com...thanks akak sebab menyediakan artikel yang sehebat ini untuk tatapan kami..=)

Sunday, August 1, 2010

Peringatan Untuk Kita Bersama..



Yang sebenarnya sudah lama terdetik di hati untuk menulis sesuatu mengenai ini.. Serba salah sebenarnya ketika saya mahu kongsikan cerita ini namun,saya yakin atas sesuatu sebab saya perlu juga kongsikan bersama rakan-rakan... Dan,selepas ditimbang baik dan buruk,saya memberanikan diri untuk menulis sesuatu mengenainya...Artikel ini saya tujukan buat semua muslimah-muslimah yang bertudung labuh di luar sana..
Baiklah,sebelum jari ini semakin ligat menaip bait-bait perkataan yang akan anda baca sebentar lagi,ingin saya nasihatkan sahabat-sahabat sekalian agar berlapang dada dan cuba take it in the positive way.. Yang benar,artikel ini ditulis sebagai nasihat iklas dari saya kepada kalian semua.. Namun,jauh disudut hati saya,jika terdapat sebarang kesalahan di dalam artikel ini, harap sahabat-sahabat sekalian dapat perbetulkan..

Hari itu,saya pulang dari wad dengan seribu satu perasaan yang terbuku di hati. Berada di wad Dahlia(wad psychiatric atau lebih familiar dengan wad mental) sepanjang sesi klinikal memang best.. Kat sana kami dapat berbual dengan ramai patient.. Boleh dikatakan di antara rutin kami di sana hanya berbual dengan patient.. Tak seperti posting di wad lain.. Tapi bukan topik ini yang mahu saya bawakan.. Ada topik lain yang lebih penting..Errmm... secara kebetulan sepanjang berada di Wad Dahlia,student nurse UIA juga ada posting di sana..

Terus terang saya katakan,student nurse KKM tidaklah seperti student nurse UIA..ye,memang kami adalah sama.. di atas tiket ‘student’ dan juga di atas tiket’nursing’ tetapi apabila berada bersama mereka seolah-olah ada sesuatu jurang yang amat besar antara kami.. Memang dari awal lagi saya telah merasakan sesuatu yang agak kurang senang dengan student nurse UIA,tapi saya anggap itu hanyalah perasaan saya..tapi bila suatu hari ada kawan saya menyuarakan ketidakpuasan hatinya, saya mula terfikir sesuatu...ada betulnya apa yang rakan saya itu katakan..

“Kak,perasan tak student nurse UIA ni sombong-sombong?”
“Uish..apasal lak cakap camtu?”
“Yelah diorang mana ada nak bergaul dengan kita.. tahulah kita ni diploma student, dorang tu degree..tapi janganlah sombong sangat..”
“Taklah..perasaan awak je kot..”
“Tak lah kak.. Memang semua rasa macam tu.. Errmm..kak,boleh tak saya nak bagi pendapat sikit?”
Saya tersenyum senang.. Perbualan di café tengahari itu memang santai sahaja dan saya harap ia tidak akan dipengaruhi dengan emosi..
“Saya bukan nak cakap apa,tapi saya tengok orang-orang yang pakai tudung labuh ni sombong-sombong la kak..”
Glup!! Saya telan air liur.. Namun masih sedaya upaya mengukir senyuman..
“Kenapa cakap macam tu? Ermm,maknanya akak pun sombong la..?”
Kini giliran dia pula tesenyum..
“Kak jangan terasa hati tau...Akak lain..saya dah lama kenal akak... saya berani cakap ngan akak pasal ni pun sebab akak pun pakai tudung besar laa.. So,just nak share apa yang saya rasa je.. kalau apa yang saya cakap ni salah..mintak maaf...”
Saya mengangguk sahaja.. Sebagai tanda saya mahu mendengar..
“Kami tahu golongan kami yang biasa-biasa ni tak sebaik mereka.. Bahkan tak layak pun jika nak dibandingkan dengan mereka.. Tapi akak,walaupun kami ni biasa-biasa je,tapi kami tetap solat,kami tetap puasa... kami tak pernah buat benda-benda haram.. Mungkin kami bercouple..tapi benda tu semua orang buat..”
Saya hanya mampu tersenyum..tidak berniat untuk menyampuk.. Memberi peluang kepada dia untuk terus meluahkan rasa.. Saya tidak mahu cepat melatah....
“Kami cuma tidak bertuah macam mereka je.. Kami dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dalam agama.. Tapi sepanjang akak kawan dengan kami ada ke akak tengok kami kurang ajar dengan lecturer? Keluar dengan ramai lelaki? Tinggal solat? Tak ganti puasa?”
Adush..saya tak tahu nak jawab apa..hanya tersenyum..
“Sebenarnya,,sejujurnya... saya rasa,kalau benar mereka nak berdakwah,bukan begini caranya..cubalah dekat dengan kami.. . ermm.. tambah lagi mereka tu pakai tudung labuh,sepatutnya mereka tunjukkan akhlak yang baik depan kami.. Ni tak,nak tegur pun susah.. tak kan kami yang nak tegur mereka dulu,mereka tu bertudung labuh,..segan sebenarnya..”

Hanya setakat itu perbualan yang boleh saya kongsikan.. Namun perbualan itu membuatkan saya berfikir.. Saya teringat diri saya 3 tahun lepas sewaktu saya masih menuntut di Sabah,sewaktu saya masih dengan tudung bulat saya...Benarkah golongan yang bertudung labuh (telekung bulat) ini sombong?

Saya pernah berada di dalam kedua-dua sitausi itu.. Dalam kalangan mereka yang bertudung labuh dan di kalangan mereka yang bertudung biasa... Saya dapat selami perasaan kedua-dua golongan ini.. Namun,entah mengapa apabila berada di dalam golongan mereka yang biasa-biasa ini saya mula mempelajari sesuatu.. Mereka sama sahaja sebenarnya dengan kita.. Mereka tetap solat,berpuasa,namun yang membezakannya adalah mereka tidak bernasib baik kerana tidak diberi hidayah untuk menutup aurat dengan sempurna.. Itu sahaja.. Ini saya ceritakan atas pengalaman saya sepanjang bergaul dengan mereka...

Tiada niat dihati untuk membandingkan kedua golongan ini ataupun memperlekehkan golongan tertentu.. Cuma nasihat ikhlas dari saya buat semua sahabat-sahabat yang bertudung labuh diluar sana,jangan bataskan pergaualan anda.. Jangan hanya sibuk dengan usrah,daulah,rehlah dengan golongan anda sahaja sehinggakan anda lupa tanggungjawab anda yang sebenar..Memang,jelas dihadapan mata kita mereka salah..contohnya tidak menutup aurat dengan sempurna,bercouple..Kita sedia maklum itu sema adalah salah,namun siapa kita untuk meletakkan hukuman kepada mereka? Siapa kita untuk mengatakan mereka itu adalah golongan neraka? Tidak..Itu bukan tugas kita.. Tugsan kita adalah untuk menasihati mereka ke jalan kebenaran.. JIka mampu,lakukannya dengan perbuatan namun jika tidak katakan dalam hati,kita benci perkara tersebut.. Cukup!! Jangan sesekali memperkecilkan mereka.. Kerana kita sendiri belum pasti bagaimana kesudahan kita nanti.. Mungkin mereka lebih bertuah dari kita.. Benci perbuatan mereka,namun itu bukan tiket untuk membenci mereka..

Cuba bergaul dengan mereka.. berdakwah melalui akhlak.. Tunjukkan sikap rendah diri.. kerana anda bertudung labuh,anda membawa imej islam.. Kemana sahaja anda pergi anda akan dipandang.. Cuba buat perbandingkan.. Kenapa mereka yang bertudung biasa berdating dikhalayak umum dianggap perkara biasa sedangkan anda yang bertudung labuh jika berbual dengan lelaki berduaan pun sudah mula dianggap luar biasa? kenapa? kerana anda membawa imej islam.. Nasihat ini sebenarnya saya tujukan untuk diri saya sendiri.. Mungkin tudung saya tidaklah selabuh tudung pelajar UIA,tapi saya masih menggangap saya membawa imej islam..jadi apa-apa pun akhlak tetap perlu di jaga..

Dakwah mereka secara perlahan.. Mulakan dengan benda-benda basic.. Contohnya solat,puasa..jangan terus kepada menutup aurat..kalau tak nak mereka jauhkan diri dari anda. Berdasarkan pengalaman..kadang-kadang kita tak perlu pun berdakwah dengan kata-kata just tunjukkan nilai dan akhlak yang baik,insyaALLAH,sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi mereka untuk dekat dengan kita..

Sebelum saya mengakhiri artikel ini,saya ingin memohon maaf dengan kalian semua..terutamanya student nurse UIA jika artikel ini menguris hati kalian.. Saya yakin,kalian ada alasan tersendiri,dan saya yakin kalian tidak berniat untuk menguriskan hati sesiapa.. Namun,apakan daya kita semua manusia.. Yang diciptakan dengan penuh kekurangan.. Anggaplah teguran ini iklas dari saya demi kepentingan kita semua.... kerana saya sayangkan kamu semua.. saya mahu kita semua berpimpin tangan sebagai bunga islam dan menuju ke syurga ALLAH yang satu.. Sekali lagi saya memohon maaf di atas segala kekurangan.. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari ALLAH dan buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri..

(p/s-sama2lah kita doakan golongan muslimah yang biasa-biasa di luar sana,menjadi golongan yang luar biasa suatu hari nanti...insyallah..)



Friday, July 30, 2010

Antara artikel terbaik yang pernah saya baca...


Disiarkan pada Jul 22, 2010 dalam kategori Dakwah (www.drmaza.com)
Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:

“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Saya merenung panjang setiap kali mengingati hadis ini. Betapa luasnya rahmat Allah kepada hamba-hambaNya. Betapa luas peluang yang diberikan untuk setiap insan mendapat keampunanNya, yang lantas akan memasuki syurga yang tidak tergambar keindahan dan segala kurnia yang ada dalamnya. Betapa Allah itu Pengasih, kadang-kala dengan amal yang sedikit dijadikan sebab untuk diberikan keampunan yang besar.

Namun rahmat Tuhan itu selalu kelihatan hambar disebabkan lidah-lidah sesetengah mereka yang mengaku diri mewakili Tuhan untuk berbicara tentang agamanya. Mereka ini kadang kala yang memakai bahasa, baju dan gelaran agama, seakan mewakili Tuhan dan Nabi. Malangnya, mereka tidak membawa misi rahmat seperti yang diajar oleh Alah kepada NabiNya s.a.w

Mereka itu selalu gambar Allah penuh dengan sifat keras, tanpa ihsan dan kesian, hanya tahu menghukum dan melaknat. Di manakah keindahan rahmat Allah seperti yang digambarkan dalam hadis di atas?! Di manakah imbangan yang terkandung dalam firman Allah:

“Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, Dan bahawa azabKu, adalah azab yang tidak terperi sakitnya” (Surah al-Hijr 49-50)

HINA DAN MULIA

Perkataan yang digunakan dalam hadis tentang perempuan tersebut ialah mumisah iaitu perempuan yang terkenal dengan perbuatan zina, seperti perempuan lacur. Perempuan seperti itu sentiasa buruk pada nilaian mana-mana masyarakat pun. Ada pun anjing binatang yang dianggap hina dalam kebanyakan masyarakat. Perumpamaan ‘engkau bagaikan anjingkan’ adalah ungkapan buruk dalam berbagai bangsa dan budaya.

Namun, seorang wanita penzina mendapat keampunan Allah S.W.T disebabkan seekor anjing. Siapalah pelacur atau penzina di mata manusia, dan apalah yang ada pada seekor anjing pada penilaian manusia?! Namun, air yang diberikan oleh pelacur atau penzina kepada anjing menyebabkan dia mendapat rahmat dan keampunan. Apatah lagi jika seorang yang baik memberikan bantuan kemanusiaan kepada sesama insan.


APAKAH SYURGA MURAH?

Kita mungkin tertanya-tanya: alangkah murahnya syurga, dosa yang besar seperti kegemaran berzina dapat dipadamkan dengan beberapa teguk air yang diberikan kepada anjing. Apakah ini bererti jika seseorang itu perasuah atau penzalim besar maka dia akan diampunkan dengan membuat jamuan rakyat atau dengan beberapa hidangan yang dihantar ke masjid? Sudah pasti tidak demikian! Jika itulah tafsirannya, hadis ini akan menjadi lesen manusia berbuat berbagai kesalahan, lalu dia diampunkan dengan sedikit bantuan dan sedekah yang dihulurkan. Tidak begitu!

Perkara yang utama yang menentukan nilai dan harga setiap amalan adalah apa yang terkandung dalam jiwa atau jantung hati pengamalnya. Inilah perkara paling sukar hendaklah dicapai dan dijaga. Keikhlasan dan kejujuran. Ia tersimpan dalam jantung hati insan. Allah mengetahuinya. Tiada ruang berpura-pura dalam jiwa. Ia melahir diri yang insaf dan tawaduk kepada Allah.

Amalan yang sama mempunyai nilai berbeza di sisi Allah disebabkan berbezanya keikhlasan dan kekusyukan jiwa pengamal-pengamalnya. Nilai solat dua rakaat setiap kita, mungkin tidak sama di sisi Allah berdasarkan kekusyukan pengamalnya. Bahkan solat dua rakaat yang seseorang lakukan dari masa ke semasa juga tidak sama di sisi Allah disebabkan perbezaan keikhlasan dan kekusyukan ketika mengamalkannya. Maka dua orang yang berada dalam saf solat yang sama, belum tentu mendapat ganjaran yang sama. Boleh jadi beza antara mereka bagaikan langit dan bumi.

Demikianlah amalan baik sesama manusia atau terhadap haiwan dan alam, Allah mengetahui hakikat yang tersimpan dalam jantung hati setiap yang melakukan amalan itu. Perbuatan mungkin kelihatan sama, namun nilai kejujuran dan penyerahan jiwa kepada Allah, tidak semestinya sama. Menderma, berbudi bahasa, tolong menolong dan seumpamanya adalah amalan yang baik pada zahirnya. Nilaian di sisi Allah pada keikhlasan dan keinsafan diri pengamalnya. Sebab setiap pembuat kebaikan itu tidaklah semestinya sama kadar kejujuran yang ada dalam jiwa mereka.


BANYAK DAN SEDIKIT
Bahkan kadang-kala mungkin ada amalan yang sedikit tapi nilaiannya lebih besar dari amalan yang banyak. Ini disebabkan apa yang terkandung dalam jiwa pengamalnya. Seorang miskin yang menderma RM 10, mungkin akan mendapat ganjaran yang lebih dari seorang kaya yang menderma RM1000. Sekalipun nilainya cuma RM10, tetapi itulah kadar yang dia termampu. Kadar itu pula besar bagi dirinya yang hanya bergaji 10 atau 15 ringgit sehari.

Dia mengeluarkan RM 10 dengan penuh erti dan berat, sekalipun mungkin lekeh bagi orang lain. Dia keluarkannya dengan penuh ikhlas dan insaf terhadap kurniaan Allah. Sudah pasti derma seperti itu berbeza di sisi Allah dibandingkan derma RM1000 yang dikeluarkan oleh seorang berharta dengan kesombongan, atau kurang keikhlasan, atau ada tujuan tertentu; tanpa rasa insaf dan mengharap ganjaran Allah. Sekalipun RM10 lebih kecil, tetapi ia lebih bernilai di sisi Allah. Namun, jika kadar yang besar dikeluarkan dengan jiwa yang luhur, pastilah ganjarannya lebih.


TIDAK SAMPAI AJARAN
Demikian juga pelacur tadi, perbuatannya mungkin nampak ringkas iaitu memberi minum kepada seekor anjing, namun mungkin jiwanya penuh dengan insaf dan mengharapkan kurniaan Tuhan kepadanya atas perbuatan baik itu, maka dia pun diampun, dan dibuka jalan kebaikan. Mungkin juga perbuatan lacur yang dilakukan selama ini kerana keadaan yang memaksanya, atau kehidupan yang mendesaknya, atau suasana yang mengheretnya begitu. Allah tahu tentang dirinya, Allah tahu tentang nilai-nilai luhur yang ada dalam jiwanya. Memberi minum kepada anjing yang kehausan itu satu bukti dari nilai baik dalam dirinya itu. Allah ampuninya. Demikian Allah akan ampuni hamba-hambaNya yang baik yang berada dalam suasana yang sama.

Berapa ramai orang-orang bukan muslim yang sangat baik kepada masyarakat manusia, haiwan dan tumbuhan-tumbuhan. Malangnya, umat Islam atas kelemahan dan kegagalan menjadi contoh yang baik menyebabkan Islam tidak sampai kepada mereka dengan cara yang sebenar lagi meyakinkan. Saya percaya Allah akan mengampuni mereka, sekalipun ada kelemahan pada diri mereka. Namun, kebaikan yang mereka tunjukkan, yang dilakukan dengan jiwa yang luhur, ada nilai di sisi Allah. Apatah lagi menyebut:

“Kami tidak akan mengazab, sehinggalah Kami mengutuskan rasul” (Surah al-Isra; ayat 15).

Maksudnya, sehingga ajaran rasul atau utusan Allah itu sampai kepada seseorang, barulah dia dikira bersalah jika enggan mengikutnya. Ajaran Islam yang sebenar gagal disampaikan kepada kebanyakan masyarakat manusia di dunia ini. Selain media Barat yang memburukkan wajah Islam, umat Islam sendiri pun tidak berdakwah dan gagal menjadi contoh yang baik. Ramai manusia hidup atas nilai-nilai kebaikan yang ada dalam jiwa mereka tanpa berpeluang menikmati tauhid yang benar. Semoga Allah mengampuni mereka. Bahkan mungkin mereka lebih mendapati keampunan Allah, dibandingkan kita yang mengetahui ajaran para rasul, tetapi gagal menanamkan nilai-nilai luhur dan jujur dalam jiwa.


INSAFI DIRI
Hadis ini juga mengingatkan kita agar jangan memandang hina kepada orang lain. Ya, perbuatan yang salah memang dihukum salah, dosa tetap dosa. Namun, kedudukan pelakunya di sisi Allah, hanya Allah Yang Maha Tahu. Mungkin satu hari mereka mendapat keampunan melebihi orang lain. Ini semua kerana keikhlasan dan keinsafan jiwa setiap insan tidaklah sama. Mungkin seseorang kelihatan baik kerana lahir dalam suasana yang baik. Seseorang lain mungkin menjadi jahat kerana keadaan hidup yang melingkunginya. Namun, jika pada dalam jantung hatinya keikhlasan, kejujuran dan keinsafan diri, dia akan menemui jalan keampunan Tuhan Yang Maha Adil Lagi Penyayang. Semoga kita semua tawaduk serta insaf terhadap kelemahan diri sendiri dan kelebihan yang mungkin dimiliki oleh orang lain, sehingga dia mungkin disayangi Allah lebih daripada kita! Dengan keinsafan dan perasaan tawaduk itu, diharapkan kita juga mendapat keampunan Allah

Saturday, July 24, 2010

Tentang Kesahihan Amalan Dan Fadilat Syaaban



Disiarkan pada Jul 23, 2010 dalam kategori Fatwa (www.drmaza.com)

Soalan: al-Fadil Dr Asri yang dikasihi, sekarang kita berada dalam Bulan Syaaban. Apakah amalan yang patut kita lakukan. Saya dengar macam-macam pendapat. Ada kata banyak amalan Bulan Syaaban yang dibuat orang itu tidak ada dalil. Contohnya malam Nisfu Syaaban. Ada kata palsu. Ada kata memang ada dalil. Saya baca di internet pun macam-macam pandangan. Saya ingin beramal dengan amalan yang betul. Bolehkah Dr Asri huraikan?
Anisah, Bangi.


Jawapan Dr MAZA: Saudari Anisah yang dikasihi, sikap saudari yang ingin memastikan ketepatan amalan amat dipuji. Agama ini bukan diikuti tanpa dipastikan kesahihan, atau diikuti tanpa faham. Agama berpaksikan dalil yang diiktiraf. Sesuatu yang tidak berasaskan sumber yang sah iaitu al-Quran dan hadis-hadis yang sabit (authentic) tidak boleh disandarkan kepada Islam. Dalam masa yang sama, tidaklah pula kita mudah menafikan sesuatu perkara dengan menyatakan ia bukan dari ajaran Islam, sebelum kita benar-benar pasti memang tidak wujud dalil dalam hal tersebut. Mengenai soalan saudari, saya jawab berdasarkan perkara-perkara berikut;

1. Hadis-hadis yang berhubung kelebihan atau amalan pada Bulan Syaaban, ada yang sabit dan ada yang tidak. Bahkan terdapat juga amalan-amalan Bulan Syaaban yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat itu, hanya ikutan yang tidak mempunyai apa-apa sumber. Ini seperti amalan sesetengah masyarakat yang membuat juadah khas Bulan Sya’ban dan seumpamanya. Banyak buku-buku yang dijual tentang kelebihan Rejab dan Syaaban itu tidak berasaskan hadis-hadis yang sahih.


2. Dalam sejarah ilmu hadis, ramai pemalsu hadis memang gemar membuat hadis-hadis palsu yang berkaitan dengan fadilat-fadilat. Ini seperti mereka mengada-adakan fadilat-fadilat bulan tertentu, surah tertentu dan seumpamanya. Mereka akan mengaitkannya pula dengan amalan tertentu seperti solat khusus, doa khusus, puasa khusus pada hari atau bulan yang dikaitkan dengan fadilat itu. Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H) menyebut:

“Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”.( Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadis, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir).


3. Antara hadis palsu yang direka mengenai bulan-bulan:

“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).

Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab( lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5/173, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):

“Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).


4. Namun tidak boleh dinafikan bahawa di sana juga terdapat hadis-hadis yang sahih mengenai kelebihan Bulan Sya’ban. Antaranya apabila bertanya Usamah bin Zaid Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab:

“Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai, dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah 4/522).

Aisyah r.aha juga menyebut:

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


5. Hadis-hadis yang disebut di atas dan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan kita amat digalakkan berpuasa sunat pada Bulan Syaaban. Perbuatan berpuasa pada Bulan Syaaban adalah sunnah yang sabit daripada Nabi s.a.w. Amalan sebahagian masyarakat yang suka berpuasa pada Bulan Syaaban adalah amalan soleh.


6. Adapun Nisfu Syaaban, atau pertengahan Syaaban (15 haribulan), terdapat hadis yang sahih tentang kelebihannya di samping banyak hadis palsu mengenainya. Juga tidak terdapat hadis yang sabit mengenai amalan khusus seperti solat khas pada malam tersebut. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam kitabnya yang masyhur al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab:

“Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib iaitu dua belas rakaat ditunaikan antara Maghrib dan Isyak pada Jumaat pertama Bulan Rejab, juga Solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat; kedua-dua solat ini bidah lagi mungkar yang jelek. Jangan kamu terpengaruh disebabkan keduanya disebut dalam Kitab Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din. Jangan juga terpengaruh dengan hadis yang disebut dalam dua kitab berkenaan kerana kesemuanya palsu. Jangan kamu terpengaruh dengan sesetengah imam yang keliru mengenai kedudukan hadis-hadis kedua solat berkenaan” (4/56. Beirut: Dar al-Fikr).

Al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H) menyebut dalam al-Fawaid al-Majmu’ah fi al-Ahadith al-Maudu’ah:

“Telah diriwayatkan mengenai solat malam Nisfu Syaaban dari pelbagai riwayat, kesemuanya batil lagi palsu” (ms 72. Mekah: Maktabah Mustafa Baz).


7. Pun begitu tidak dinafikan ada hadis yang sahih Nabi s.a.w menyebut:

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 3/135).

Maka, sewajarnya apabila hal ini diberitahu oleh Nabi s.a.w, maka kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci. Syirik dan permusuhan antara muslim adalah sebab seseorang itu tidak diampunkan. Selain itu dua dosa tersebut, mudah-mudahan kita semua diampunkan.


8. Dr Yusuf al-Qaradawi ada mengulas tentang amalan malam Nisfu Syaaban dengan katanya:

“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nas-nas (al-Quran dan Sunnah) serta bercanggahan dan bertentangan pula isi kandungannya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidah, dan setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha, Beirut).


9. Namun begitu, janganlah kita terlalu cepat menghukum. Apa yang disebut oleh Dr al-Qaradawi itu adalah kaedah umum. Sesuatu masyarakat atau seseorang individu mungkin mempunyai keuzuran yang tersendiri. Kemungkinan mereka tidak tahu, atau mereka dihalang ilmu untuk sampai kepada mereka dan seumpamanya. Kemungkinan besar jika mereka tahu, mereka tidak akan melakukan hal yang demikian. Tujuan mereka baik, cuma cara sahaja yang wajar dibaiki. Galakan berdoa dan memohon keampunan pada malam Nisfu Syaaban ada asasnya. Penentuan cara sedemikian itu, tidak ditunjukkan oleh nas yang sahih.