Saturday, February 27, 2010

Nurse ~~Oh~~ Nurse


Baru-baru ini saya terbaca di dalam forum kerjaya laman web ‘iluvislam.com”tentang isu pemakaian uniform jururawat di malaysia. Terdetik di hati saya untuk menulis sesuatu mengenai itu. Isunya adalah tentang seorang akhwat meluahkan perasaanya untuk menceburi bidang nurse namun beliau mengalami masalah dengan syarat pemakaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau di dalam dilema kerana beliau sangat-sangat meminati bidang kejururawatan namun akibat pemakaian nurse yang agak tidak menutup aurat menyebabkan hasrat beliau terkubur begitu sahaja.

Termenung panjang saya setelah selesai membaca artikel tersebut. Fikiran saya melayang kembali kepada 2 tahun lepas. Di mana ketika itu saya juga mengalami masalah yang sama dengan beliau.Saya dapat rasakan apa yang dirasai oleh akhwat tersebut.Tatkala itu saya juga buntu dalam mencari keputusan,namun alhamdulillah ada seorang saudara saya memberitahu supaya melakukan solat istikharah. Katanya keputusan manusia bercampur dengan nafsu,jadi seelok-eloknya kita meminta petunjuk dari ALLAH..Alhamdulillah,selepas itu saya mendapat jawapan yang saya cari..

Kini, saya telah pun bergelar student nurse. 2 tahun telah meninggalkan saya. Terasa sangat cepat masa berlalu. Terasa seolah-olah baru semalam saya mendaftar di Kolej Kejururawatan ini. Tidak disangka,meskipun terlalu banyak ujian dan dugaan sepanjang bergelar student nurse ini,namun semuanya saya mampu lalui. Walaupun terkadang saya hampir tersungkur dan tidak mampu lagi meneruskan kehidupan ini,namun kasih sayang ALLAH,sokongan keluarga membuatkan saya kembali bangkit. Syukur kepadaMu ya ALLAH...Saya yakin inilah takdir saya.. Mengikut perancangan ALLAH,di sinilah patut saya berada. Walaupun susah,walaupun perit namun inilah ketentuanNya.. So,kita sebagai hambaNya,hanya perlu teruskan sahaja perjalanan yang telah disediakan oleh ALLAH...Tutup mata,redah jeeee....

Kembali kepada isu tadi.. Sememangnya,saya sendiri berasa sangat-sangat tidak selesa dengan syarat pemakaian yang telah ditetapkan. Namun,after all saya suka berfikir,adakah kerana faktor pemakaian semata-semata menyebabkan saya terus melupakan sahaja hasrat untuk menjadi seorang jururawat yang sememangnya telah menjadi cita-cita saya semenjak di darjah 3? Tidak.. Itu bukan jalan penyelesaianya. Kerana bagi saya pekerjaan jururawat itu tidak salah,namun kita yang menjadikannya salah... Jika kena gayanya jadi nurse ni sangat senang nak dapat pahala dan sangat senang nak dapat dosa,so kitalah sendiri penentu kemana jalan yang kita nak lalui..

Tp terus terang saya katakan,bila ada di antara sahabat-sahabat berminat nak join bidang nurse ni,anda semua kena kuat.. terlalu banyak dugaanya.. antaranya:
1) Elaun nurse Rm 600++ setiap bulan membuatkan kita mudah leka.. mybe sebab poket selalu berisi kot.. so,mudah je duit tu nak disalurkan ke arah yang tak septtnya..

2) Bila masuk wad terdedah dengan pergaualan yang agak bebas.. antara patient lelaki dan staff hospital(lelaki).. so,kena jaga hati..di situ lah kita kena kuat,. ujian yang paling besar... confirm,mesti ada yang nak menyunting sahabat2 jadi special kawan mereka,tapi di situlah ALLAH nk uji kita yang sebenar2nya... saya dah ada banyak pengalaman dengan perkara-perkara ni(kebanyakkannya berlaku pada kawan-kawan saya sendiri)..namun,alhamdulillah
setakat ni saya masih kuat,dan semoga kekuatan ni menjadi milik saya smpai bila-bila..

Bab pakaian..?
Secara peribadi saya rasa everything's depend 100% to ourself.. sebagai student tajaan kementerian kesihatan malaysia,kitaorang memang dah diberi kain.. so,boleh jahit sendiri.. then,masa jahit tu cakaplah tak nak ketat dan nak labuh melepasi punggung..tak pernahnya ada masalah.. memang ada masalah sebab agak tak menjaga aurat,tambah-tambah lagi ketika di dalam wad kerana terpaksa menyingsing lengan baju(nak maintain sterility) tapi nak buat macam mana...doktor-doktor perempuan yang jauh lebih wara’ pun terpaksa juga wat macam tu.. Ini untuk kebaikan patient. Kena ingat satu benda,masuk wad sebab nak tolong orang... memang niat tak menghalalkan cara,tapi saya rasa pekerjaan yang kita buat ni bukan haram..(kita tak merompak,kita tak tuang arak,kita tak makan riba) so takde apa yang perlu dibimbangkan... ALLAH knows!!

Honestly,saya rasa bab2 pakaian ni bukan topik utama yang perlu dibincang,tapi macam mana kita nak lahirkan nurse yang berperibadi muslim itu yang perlu dibincangkan..maksud saya yang menepati masa,jujur ketika merawat pesakit,melayan pesakit sebaik mungkin,tak marah-marah pesakit dan staff yang lain dan yang paling penting tidak mengumpat ketika di kaunter jururawat.. itu lah yang perlu kita titik beratkan... apa guna kita memakai pakaian yang sopan, namun masih tidak jujur dengan perkerjaan kita.. Fikirkan berapa ramai nurse di malaysia ni yang pergi pada patient tanya sama ada patient tu dah solat belum? berapa ramai nurse di malaysia yang boleh ajar patient tatacara solat orang sakit? berapa ramai nurse kat Malaysia ni yang betul-betul menjaga aib pesakit means yang tidak pernah mengumpat semasa dikaunter? tepuk dada tanya iman...

saya rasa,yang paling penting sahabat2 yang nak jadi nurse ni perlu perlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu itu ,then barulah kita layak digelar seorang jururawat muslim yang sejati..( bukan faktor pakaian 100% yang perlu dinilai)

After all,hanya kita yang boleh tentukan baik buruknya kerja jururwat ni.. kena gayanya,ia boleh menjadi platform paling bagus untuk sampaikan dakwah islamiah..ingatlah waktu yang paling manusia dekat dengan ALLAH,adalah ketika mereka sakit...So,di situlah peranan kita untuk dekatkan pesakit-pesakit kita pada ALLAH..iye kan??

Sejujurnya,saya juga masih dalam proses pembelajaran..Sememanya saya akui sekarang(as a student nurse) agak terbatas untuk saya mengaplikasi apa yang tulis di atas.. Namun,insyaALLAH,bila bergelar staff nurse kelak,saya akan cuba pastikan saya menjadi seorang staff nurse yang bukan sahaja menjaga kebajikan pesakit namun dalam masa yang sama memberikan sesuatu kepada mereka tentang ilmu akhirat... InsyaALLAH.. Semoga ALLAH permudahkan jalan saya..
Be a good muslim and you'll be a good nurse..

Friday, February 19, 2010

Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab A.K.A WaHaBi..


Sejak akhir-akhir ini antara istilah popular yang disebut oleh kebanyakkan orang ialah “Wahabi”. Istilah ini biasanya dinisbahkan kepada gerakan dakwah yang dijalankan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, walaupun pada asalnya gelaran ini diberikan kepada golongan lain. Peliknya, istilah ini tidak pernah pun diisytiharkan oleh tuan empunya badan, tetapi dilontarkan oleh pihak musuh, lalu menimbulkan seribu satu persoalan.

Di Malaysia, ada yang menyebut-menyebut istilah ini dengan tujuan ingin mencari kebenaran. Kurang selesa dengan pelbagai pandangan yang berkeliaran, lantas terus dicari dan dikaji melalui sumber yang dipercayai. Tidak kurang juga mereka yang tiba-tiba sengaja menggembar gemburkan istilah ini, dengan tujuan keburukan. Bukan fakta dan hujah yang diberikan, tetapi kata-kata nista dan fitnah yang dihamburkan. Malah, sampai tahap sanggup menyesatkan dan mengkafirkan. Apakah punca semua ini? Mungkin kejahilan yang telah menipu mereka, atau kedengkian yang menghiasi mereka.

Persoalannya, apakah benar segala dakwaan negatif yang dilontarkan kepada gerakan ini? Sesungguhnya hanya orang yang bijak dan mampu menilai dengan akal yang waras sahaja yang mampu menilai kebaikan gerakan dakwah yang dijalankan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Sebab itulah, ramai tokoh-tokoh Islam terkemuka dunia yang telah menzahirkan pujian dan sokongan mereka terhadap usaha dakwah yang telah dijalankan oleh beliau.

Antara tokoh-tokoh tersebut ialah:

1. Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi telah menyatakan pandangannya terhadap Syeikh Muhammad bin Abd Wahab di dalam beberapa buah kitab, antaranya:

a) Fiqh al-Awlawiyat:

“Al-Imam Muhammad bin Abd Wahab yang berada di semenanjung tanah Arab telah menjadikan akidah sebagai keutamaan disisinya, bagi memelihara tauhid daripada unsur-unsur syirik dan khurafat yang mencemarkan kesuciannya. Dia telah mengarang beberapa buah kitab dan risalah-risalah tentang perkara ini. Dengan kemampuannya, dia telah menggerakkan dakwah dan amal dalam memusnahkan segala gambaran-gambaran syirik”.

b) Thaqafat al-Daa‘iyah:

“Hendaklah diberi perhatian kepada gerakan-gerakan pembaikan dan tajdid yang telah tercatat di dalam sejarah Islam, dan dengan tokoh-tokoh gerakan tajdid yang telah dibangkitkan oleh Allah di kalangan umat ini dari masa ke semasa bagi melakukan tajdid terhadap agamanya, tidak kira dari latar belakang mana sekalipun mereka itu. Diantara mereka ialah para khulafa’ seperti Umar bin Abd al-Aziz, atau dari kalangan raja dan pemerintah seperti Nuruddin dan Salahuddin, atau para fuqaha’ dan pendakwah seperti al-Syafie, al-Ghazali, Ibn Taimiyah dan Ibn Abd al-Wahab. Dan yang dikatakan mujaddid itu boleh jadi samada individu tertentu atau sebuah jamaah atau pusat pengajian yang jelas nyata tujuannya di dalam melakukan pembaikan…”

c) Haqiqat al-tauhid: Di dalam kitab ini Syeikh Yusof al-Qaradhawi telah menggelarkan Syeikh Muhammad bin Abd Wahab dengan gelaran “Syeikh al-Islam”.

d) Al-Sahwat al-Islamiyah, di bawah tajuk Harakat al-Tajdid wa al-Da’wah wa Atharuha fi al-Sahwat, al-Qaradhawi berkata:

“…sesungguhnya kebangkitan ini merupakan pembaharuan kepada gerakan-gerakan Islam dan pusat-pusat pemikiran dan amal yang telah didirikan sebelum ini, sebahagiannya telah lenyap dan sebahagiannya masih wujud berdiri dengan bentuk yang sama atau bentuk yang lain sehingga ke hari ini. Gerakan-gerakan ini telah didirikan oleh para tokoh yang benar. Masing-masing berusaha untuk melakukan pembaharuan (tajdid) agama atau menghidupkan kembali ummah di satu tempat yang tertentu atau di pelbagai tempat daripada tanah air Islam…Sejarah telah mencatatkan bahawa diantara mereka itu ialah mujaddid kepulauan tanah arab, pencetus kepada dakwah salafiyah, tokoh keluaran madrasah Hanbali, iaitulah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab yang mana negara Saudi telah didirikan di atas asas dakwahnya”.

2. Pandangan Syeikh Muhammad Qutb di dalam kitabnya “Halummu nakhruj min al-zhulumat”:

“Sesungguhnya kebangkitan yang benar lagi sejati itu tidak dapat dimasuki oleh unsur-unsur kristianisasi, maka sesungguhnya gerakan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab ialah satu berita gembira yang hakiki kepada kebangkitan ummah ini daripada kelalaiannya…”

“Sesungguhnya gerakan yang telah dipelopori oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab bagi menjernihkan kembali akidah adalah satu gerakan yang hakiki dalam menggerakkan kebangkitan dunia Islam…”

Di dalam kitab “Kaifa Naktub al-Tarikh al-Islami” Syeikh Muhammad Qutb menyatakan bahawa:

“Manusia menyangkakan bahawa Islam ini telah berakhir dengan berakhirnya Daulah Umawiyah, zamannya telah tamat dengan tamatnya zaman Abbasi, dan akhirnya manusia juga menyangkakan bahawa Islam ini telah lenyap dengan lenyapnya zaman Khilafah Uthmaniyah dan jadilah Islam itu sebahagian daripada lagenda sejarah…tetapi semua sangkaan mereka ini tidak benar sama sekali. Islam tidak akan berakhir dalam mana jua keadaan getir yang dihadapinya, walaupun keadaan getir yang melanda tersebut seolah-olah telah menghancurkannya. Ini kerana Allah swt telah menetapkan bahawa Islam ini akan terus kekal di atas muka bumi ini sehingga hari Kiamat…dan diantara penyebab yang dijadikan Allah bagi mengekalkan Islam ini setelah menghadapi suasana getirnya ialah dengan kebangkitan Islam. Benarlah bahawa gerakan utama kepada kebangkitan ini ialah gerakan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab di kepulauan tanah Arab…”

3. Pandangan Syeikh Muhammad al-Ghazali di dalam kitabnya “al-Da’wah al-Islamiyah Tastaqbil Qarnuha al-Khamis ‘asyar” :

“…sesungguhnya kami menyatakan bahawa satu-satunya gerakan yang telah membangkitkan kembali umat Arab bagi memperbaiki semula akidah dan ibadah dan yang seumpama dengannya daripada segala bentuk penyelewengan…yang kami maksudkan itu ialah gerakan pembaharuan yang telah diasaskan oleh Muhammad bin Abd Wahab di kepulauan tanah Arab…”

Di dalam kitabnya “Mi‘ah sual ‘an al-Islam”, Syeikh Muhammad al-Ghazali berkata: “Syeikh Muhammad bin Abd Wahab telah mengangkat syiar tauhid, dan benarlah yang dia telah melakukannya. Dia telah mendapati dirinya berada di dalam suasana yang mana kubur disembah, mereka memohon kepada yang telah mati perkara-perkara yang tidak boleh dipohon kecuali daripada Allah swt…”

4. Pandangan Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili di dalam kitabnya “Taathur al-da’wat al-islahiyah al-Islamiyah bida’wah al-Syeikh Muhammad bin Abd al-Wahab”:

“Sesungguhnya yang paling jelas suara kebenarannya, yang paling besar seruan ke arah pembaikan, dan jihad bagi mengembalikan keperibadian Islam dengan berpegang kembali dengan manhaj salaf al-soleh ialah dakwah Syeikh Muhammad bin Abd Wahab pada kurun ke-12 hijrah, bagi melakukan pembaharuan (tajdid) terhadap suasana kehidupan Islam, selepas didapati berlakunya ditengah masyarakat pelbagai khurafat, bidaah dan penyelewengan. Maka Muhammad Abdul Wahab adalah benar, seorang ketua kepada kebangkitan dan pembaikan agama yang ditunggu-tunggu, yang telah membetulkan semula neraca akidah Islam dan menjelaskan hakikat tauhid yang suci kepada Allah Azza wa Jalla…”.
5. Pandangan Syeikh Ali al-Tantawi di dalam kitabnya “Muhammad bin Abd al-Wahab”:

“…manusia beri’tikad segala manfaat dan mudharat bergantung kepada Rasul dan para solehin, dengan kubur dan pokok-pokok, mereka memohon daripadanya segala hajat, mereka mengembalikan urusan mereka dikala kesusahan kepadanya, bernazar dan menyembelih kepadanya dan mereka sangat membesarkan orang yang telah mati…Dalam suasana begini, muncullah Muhammad bin Abdul Wahab rahimahullah…dan Allah mengkehendaki baginya kebaikan, maka ditakdirkan bahawa dialah diantara salah seorang yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah sesungguhnya mereka itu diutuskan bagi melakukan tajdid terhadap agama, dan Allah telah menetapkan bahawa di tangannyalah bumi Najd ini telah kembali kepada tauhid yang sahih dan al-din yang benar, dan kembali wujudnya kesatuan selepas daripada perselisihan dan perpaduan selepas daripada perpecahan…”

6. Pandangan Syeikh Muhammad Abduh terhadap Syeikh Muhammad bin Abd wahab seperti yang dinukilkan oleh Syeikh Hafiz Wahbah di dalam kitabnya “50 ‘aam fi jazirat al-arab”, bahawa Syeikh Muhammad Abduh semasa sessi mengajar di al-Azhar telah memuji Syeikh Muhammad bin Abd Wahab, dan dia telah menggelarkannya sebagai “reformis yang agung”.

7. Pandangan Al-Sayyid Muhammad Rasyid Ridha di dalam pendahuluan kitab “Siyanat al-Insan”:

“Setiap kurun daripada kurun-kurun yang banyak berlaku padanya perkara-perkara bidaah tidak akan pernah sunyi daripada ulamak rabbani; yang melakukan tajdid terhadap umat ini berkaitan urusan agama mereka, dengan melakukan dakwah, pengajaran dan contoh ikutan yang baik, dan (ia juga tidak akan sunyi) daripada mereka yang adil yang melakukan penentangan terhadap penyelewengan golongan yang melampau, dakwaan bohong golongan yang batil dan takwil golongan yang jahil, seperti yang disebutkan di dalam hadis.

Sesungguhnya Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab al-Najdi adalah dari kalangan mereka yang adil, mujaddid yang telah bangun menyeru ke arah pemurnian tauhid dan ikhlas beribadah hanya kepadaNya, dengan apa yang telah disyariatkan di dalam kitabNya dan daripada lisan RasulNya s.a.w dan seruan ke arah meninggalkan segala perkara bidaah dan maksiat serta menghidupkan semula syiar Islam yang telah ditinggalkan…”

8. Pandangan Syeikh Muhammad Abu Zahrah:

“Munculnya gerakan al-Wahabiyah di tengah-tengah bumi sahara Arab ini merupakan tindak balas daripada sikap melampau dalam memuliakan tokoh-tokoh tertentu dan mengambil berkat daripada mereka, begitu juga dengan menziarahi mereka dengan tujuan ingin menghampirkan diri (taqarrub) kepada Allah. Ia juga merupakan kesan daripada tersebarnya banyak amalan bidaah yang bukan daripada agama, yang mana ia berlaku ketika musim-musim tertentu yang ada kaitan dengan agama dan dalam amalan-amalan keduniaan. Maka datanglah gerakan al-Wahabiyah untuk menentang semua ini dan menghidupkan kembali mazhab Ibn Taimiyah”.

9. Pandangan Dr. Taha Hussain:

“Gerakan ini, iaitu gerakan al-Wahabiyyin yang telah diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahab, seorang alim daripada ulamak Najd…sesungguhnya gerakan ini baru tetapi hakikatnya telah lama, ia baru jika dinisbahkan kepada generasi terkemudian ini, tetapi ia telah lama kerana seruannya tidak lain tidak bukan kecuali kepada Islam yang tulen, suci dan bersih dari sebarang unsur syirik dan penyembahan yang lain. Ia adalah dakwah kepada Islam seperti mana yang telah dibawa oleh Nabi s.a.w tulus suci hanya kerana Allah dan menghapuskan semua perantaraan di antara manusia dan Allah…”

10. Pandangan Syeikh Salman bin Fahd al-Awdah di dalam kitabnya “Jazirat al-Islam”:

“Sesungguhnya di semenanjung tanah Arab ini terdapatnya ilmu, para ulamak, tajdid dan para mujaddid yang merentasi setiap zaman. Kebanyakan ahli ilmu pula terdapat di Mekah atau pun Madinah. Sedikit sekali untuk di dapati orang alim kecuali mereka berada di bumi Mekah atau Madinah ini. Mudah-mudahan kesudahan yang baik ialah dakwah yang telah dilakukan oleh mujaddid Muhammad bin Abdul Wahab rahimahullah yang telah dikurniakan Allah kepada bumi Arab ini dan menghidupkan (tajdid) kembali agama di bumi ini”.

11. Pandangan Prof. Dr. Hafiz Wahbah di dalam “Jazirat al-Arab fi al-qarn al-‘isyrin”:

“Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab itu bukanlah nabi seperti yang dianggap oleh Neibhar al-Denmarki, tetapi dia adalah seorang reformis dan mujaddid yang menyeru supaya kembali kepada agama yang benar. Syeikh Muhammad tidak mempunyai ajarannya yang khas, tidak juga pendapatnya yang tersendiri tetapi setiap apa yang diamalkan di bumi Najd itu apa yang telah dilakukan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, dan di dalam perkara akidah pula dia mengikuti fahaman yang telah dibawa oleh golongan salaf al-soleh dan menentang sesiapa yang bercanggah dengannya. Pegangan akidah dan ibadah yang mereka praktikkan adalah sama seperti mana yang ditulis oleh Ibn Taimiyah dan anak-anak muridnya di dalam kitab-kitab mereka…”.

Demikianlah pandangan yang adil dari sebahagian tokoh-tokoh dan bijak pandai dunia Islam kini terhadap Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dan gerakan dakwahnya. Pujian dan penilaian yang baik yang telah diberikan oleh mereka, tidaklah menafikan kekurangan dan kelemahan yang ada pada gerakan dakwah tersebut. Tetapi, ia tidaklah seperti gambaran jahat dan menyeleweng yang dihebahkan oleh sekelompok manusia yang butakan kebenaran kerana telah ditutupi oleh hasad kedengkian. Nilailah dengan neraca yang adil, hindari taksub yang merosakkan. Hanya orang bijak yang kenal kebenaran.

Sumber:http://abdulrazak.com/ (iluvislam.com)

Thursday, February 18, 2010

aku tidak ingin membuatnya lupa...


Sudah lama rasanya ruangan ‘cinta’ ini tidak ter’update’. Sebab tak ada masa? tak kot...masa ada,cuma sibuk dengan benda lain..tambahan lagi ,bagi saya,sahabat-sahabat tentunya tidak berasa selesa jika asyik-asyik bab cinta yang saya bincangkan..
So,kali ni saya ada bahan yang ingin dikongsi bersama anda yang sudi berkunjung ke teratak ini..simple je isunya kali ini...cinta membuatkan kita mudah lupa... benarkah begitu? Novel Tautan Hati karya Fatimah Syarha benar-benar membuatkan saya kagum akan bakat penulis muda itu. Tidak keterlaluan jika saya katakan novel tersebut adalah antara novel terbaik yang pernah saya baca. Gaya bahasa yang bersahaja namun olahan ayat yang cukup indah membuatkan sesiapa sahaja yang membacanya akan mengulangi pembacaan untuk beberapa kali. Sememangnya ia sangat berguna untuk kita para remaja. Berbagai unsur terselit di sana,dari dakwah,akidah,percintaan,persahabatan dan banyak lagi.. Memandangkan enteri kali ini adalah mengenai cinta jadi saya mahu berkongsi apa yang di paparkan oleh penulis di dalam novel tersebut mengenai percintaan. Untuk pembacaan seterusnya saya rasa ada baik sahabat semua dapatkan di pasaran..
Ia mengisahkan tentang seorang lelaki atau mungkin layak dipanggil ustaz telah berubah apabila menjejakkan kaki ke universiti. Di zaman sekolahnya dahulu,dia sangat terkenal dikalangan pelajar sebagai seorang lelaki yang wara’,menjaga pandangan dan sangat zuhud dengan dunia dan apa yang lebih membanggakan beliau adalah ketua pelajar di sekolahnya. Di zaman sekolahnya dahulu,dia telah tertarik dengan seorang gadis yang juga layak dipanggil ustazah. Namun,apakan daya cintanya tidak terlafaz... Bukan tiada keberanian tapi dia yakin jika ada jodoh dengan gadis itu tentunya tidak akan ke mana. Namun,sayang seribu kali sayang,apabila menjejakkan kaki ke dunia baru,dunia universiti yang penuh dengan ujian dan cabaran,dia tewas.Tewas dengan dugaan dunia dan yang lebih haru apabila dia tewas dengan pujuk rayu seorang gadis yang tidak pernah sekalipun terdetik di hatinya untuk memiliki seorang gadis seperti itu. Perkenalan dengan gadis itu meneyebabkan dia semakin jauh. Hujung minggunya tidak lagi diisi dengan program keilmuaan tetapi dia lebih senang keluar tengok wayang,makan-makan dan window shopping dengan si pujaan hati.

Secara kebetulannya,wanita yang menjadi pujaan hati lelaki tersebut ketika di sekolah dahulu turut menuntut di universiti yang sama. Dia melihat dengan mata sendiri perubahan yang berlaku pada lelaki yang penah menjadi seorang yang sangat dikaguminya sewaktu sekolah dahulu. Pernah suatu hari ada seorang sahabat yang menyatakan lelaki itu berubah kerana dia tidak membalas cintanya.. Bolehkah begitu? Patutkah begitu..? Sememangnya jauh disudut hati wanita itu,dia turut menyintai lelaki itu,namun apakan daya,mereka masih bergelar seorang pelajar. Terlalu banyak perkara lain yang harus didahulukan. Tambahan lagi,mereka sama-sama pasti,mereka belum bersedia untuk ke arah perkahwinan. Jadi apa yang harus dilakukan? Couple? Subhanallah,itu tidak mungkin berlaku.. Ia haram!! Mereka berdua tahu akan haikat itu.. Namun mengapa hati lelaki itu terlalu rapuh? Tidak kah dia tahu,hati ini harus di jaga dari perkara-perkara maksiat..kita sama-sama tahu akan hakikat itu.. Ya ALLAH,kembalikan lah mujahid ini ke jalan yang lurus.. Untuk jalan cerita seterusnya sila dapatkan buku ini di pasaran yee..hehe

Itulah diantara kisah yang boleh saya ceritakan. Saya mengaup wajah.. Novel ini benar-benar telah membuatkan saya berfikir. Betapa mulianya hati wanita itu. Dia tidak ingin membuatkan seorang anak adam itu lupa kepada ALLAH semata-mata kerana menyintainya.. Saya mahu menjadi wanita sebaik ini,saya mahu menjadi sri kandi semulia ini.. Meskipun ini hanyalah watak yang dihidupkan oleh penulis,namun saya yakin masih ada wanita sebegini di alam nyata. Hanya jumlahnya sahaja yang teramat sedikit. Dan jika di beri peluang saya mahu menjadi salah seorang dalam jumlah yang sedikit itu.. InsyaALLAH..

Saya masih ingat,sewaktu di UMS dahulu,ada seorang sahabat saya telah melangsungkan perkahwinannya pada usia yang cukup muda. 2 hari selepas hari perkahwinan beliau,kami sempat berkumpul dan berbual panjang. Namun,antara kata-kata yang tidak akan saya lupakan..
“Kamu semua tahu tak apa yang suami akak bagitahu selepas kami diijab Kabul?”
Kami hanya tesenyum sambil memberi laluan kepada akak itu terus berbicara..
“Awak hanya menumpang je dihati saya. Hanya sedikit ruang yang saya tempatkan awak di hati ini.. Yang selebihnya adalah untuk ALLAH swt dan Rasulullah saw..”

Lebih kurang macam tulah kata kakak itu.. Adoiii,sayunya saya... Dan memang itulah yang sepatutnya kan..? Tapi bila dengar lagu-lagu sekarang yang sanggup mengabadikan cinta kepada manusia ibarat segala-galanya,sehinggakan mereka tidak mungkin boleh teruskan hidup tanpa kehadiran insan yang tersayang.. dan banyak lagi lirik-lirik lagu sekarang yang terlalu mengagungkan cinta sesama makluk hingga lupa kepada cinta kepada DIA yang menciptakan cinta itu....lihatlah betapa jauhnya manusia sekarang...betapa lalainya mereka.. Ampunilah dosa-dosa kami Ya ALLAH..
>
Berbalik kepada cerita tadi,saya meletakkan tekad di hati,ingin menjadi seorang seperti wanita itu.. Saya tidak mahu menjadi seorang wanita yang membuatkan seorang hamba ALLAH itu mecintai saya sehinggakan membuatkan dia lupa pada hakikat sebenar cinta kepada ALLAH.. Saya tidak ingin menyebabkan dia menaruh harapan yang terlalu tinggi pada saya. Sememangnya saya akui,sejak kebelakangan ini saya dihidang dengan beberapa ujian dari ALLAH untuk menguji sejauh mana saya mampu berpegang kepada tekad itu. Saya tidak mahu dia lalai kerana saya.. Jika dia benar-benar menyintai saya,seharusnya dia meletakkan cintanya itu kepada ALLAH dan Rasulullah terlebih dahulu. Kerana saya yakin dengan mencintai ALLAH,dia akan menyintai saya keranaNYA..dan jika dia menyintai Rasulullah dia akan tahu bagaimana Rasulullah mecintai isteri-isterinya tanpa berpaling sedikit pun dari mencintai ALLAH..

Suatu hari nanti,saya pasti,jika panjang umur dan betemu jodoh yang sesuai,saya akan menjadi isteri kepada seorang lelaki. Bagi saya,saya tidak kisah siapa lelaki itu. Cukuplah sekadar dia mempunyai keimanan yang kuat dan ada pekerjaan yang boleh menyara keluarga. Tidak perlu dia mempunyai pekerjaan yang terlalu bagus,wang yang bertimbun jika dia tidak dapat menjaga saya dan mengajak saya mencontohi wanita semulia Siti Khadijah dan sehebat Aisyah Umairah.. Saya tidak kisah untuk hidup sederhana jika itu yang akan membahagiakan saya sehingga ke akhir hayat. Kata orang,suami isteri yang bercinta kerana ALLAH akan kembali bercinta di akhirat nanti. Saya ingin kasih sayang kami kekal sehingga ke sana nanti.

Oleh itu,sebagai kesimpulan,untuk memiliki cinta seperti itu bukannya mudah. Namun,ia tidak mustahil untuk dimiliki... Yang pasti,jauh disudut hati saya, saya berjanji tidak akan sesekali membuat seorang anak Adam itu lupa kepada ALLAH semata-mata kerana saya. Tidak berbaloi.. Lelaki yang hebat,tidak akan tunduk pada cinta seorang wanita, tetapi dia akan membuat wanita itu tunduk kepada cintanya melalui didikan dan bersulamkan benih-benih cinta hanya kepada ALLAH dan Rasulullah.. Itulah lelaki yang hebat.... Semoga saya ketemuinya suatu hari nanti...

Wednesday, February 10, 2010

Eeee...Tak sabarnyee...


Sudah lama sebenarnya saya menyimpan hasrat untuk menyediakan satu enteri tentang ini. Alhamdulillah,akhirnya ALLAH memberi juga saya kesempatan dan masa.. Perasaan saya sejak kebelakangan agak berbunga riang... =).. Berita dari kakak saya yang sulung (kak ely) berjaya mengisi hari-hari saya dengan senyuman. Yang pasti berita itu sedikit sebanyak menjadi penawar untuk saya tatkala ini. Pagi itu,selesai sahaja menunaikan solat subuh,saya mendapat SMS dari kak ely..
“Aini,Alhamdulillah..kak ely pregnant.. aini bakal dapat anak saudara.. Doakan semuanya selamat deh...”

Serta merta menitis air mata saya.. Feeling habis!! Ni baru dapat anak saudara,nanti bila dapat anak sendiri tak taulah macam mana..! hehe...Nombor handphone kak ely segera ditekan dan kami berbual panjang. Gelak tawa kak ely jelas menunjukkan betapa gembiranya dia... Kata-kata syukur tidak lekang dari mulut kami. Saya tahu betapa tingginya harapan kak ely dan abe ze(suaminya) dengan kehadiran cahaya mata ini.. Saya tahu betapa kak ely tidak sabar untuk bergelar ibu..Dan saya tahu tidak terhitung banyaknya doa yang telah dipanjatkan mereka untuk ini...dan Alhamdulillah,sesungguhnya ALLAH itu maha penyayang..DIA tidak pernah melupakan hamba-hambaNYA yang berharap padaNYA...


Yang pasti umi dan abah adalah orang yang paling gembira menerima berita ini. Dapat saya bayangkan bagaimana lebarnya senyuman umi apabila mendengarnya.. She will become a grandma already...cepatnya masa berlalu...hehe.. Tidak sabar rasanya menunggu kedatangan ‘orang baru’ di dalam family kami. Jika mengikut perkiraan insyaALLAH bulan Ogos ni kak ely dijangka bersalin..Namun,segalaanya hanya ALLAH yang tahu. Kita hanya mampu berdoaa semoga diselamatkan segala-galanya..

Sejak itu,setiap kali berbual dengan kak ely di telefon,pasti topik ini yang akan kami bicarakan. Macam kelakar pulak dengar cerita dan pengalaman kak ely ..Ada je cerita yang mahu dia kongsi.. Tapi,kesian juga bila dia beritahu dia alami morning sickness yang agak teruk.. Dan sebagai seorang adik yang merangkap jururawat saya mampu memberi beberapa nasihat dan cara untuk mengatasinya..hehe..berguna juga rupanya ilmu yang dipelajari ni... hehe..Saya tahu,tatkala ini dorongan emosi dari suami dan ahli keluarga amat penting bagi kak ely.. Ibu di awal kehamilan emosinya agak terganggu. Oleh sebab itulah,kami perlu sentiasa bersamanya di mana jua dia berada.. Cewah...(macam iklan DIGI lah pulak) hehe.. InsyaALLAH..kami akan sentiasa bersama kak ely walau apa pun yang berlaku..


Jauh disudut hati saya,saya rasakan kak ely amat bertuah.. Menjadi seorang ibu adalah impian setiap wanita.. bagi saya apabila telah bergelar ibu,kehidupan kita sebagai seorang wanita telah lengkap. Seorang anak yang dilahirkan ibarat hamparan kain putih.. Ibulah pencoraknya..Ibulah yang mewarnainya... Tugas mendidik,mengasuh anak dari buaian hinggalah mereka menjejakkan kaki ke peringkat tertinggi adalah hadiah yang tidak ternilai. Melihat anak yang diasuh dan dijaga dari kecil hingga dewasa menjadikan hidup seorang ibu itu sudah lengkap sepenuhnya.. Namun akhirnya saya tersedar.. jauhnya saya berangan..hehe.. Yang pasti,perasaan ini saya perlu simpan jauh dilubuk hati.. Belum masanya lagi aini.. saya pujuk diri sendiri.. Utamakan apa yang lebih penting dahulu... InsyaALLAH,jika ada masa,umur yang panjang,rezeki dan rahmat dari ALLAH,masa saya akan tiba juga.. Berdoalah agar semuanya dipermudahkan ALLAH...

Lastly,saya berharap agar sahabat-sahabat mendoakan agar kak ely dan kandungannya sentiasa selamat dan diberkati ALLAH.. Tak sabar rasanya menanti seorang khalifah yang bakal menyerikan kehidupan kami sekeluarga..InsyaALLAH...

Friday, February 5, 2010

14 Pesanan dan Wasiat Imam al-Syafie...


14 pesanan dan wasiat Imam al-Syafie rahimahullah mengenai prinsip beliau berhubung dengan persoalan bermazhab di dalam agama, antaranya:

PERTAMA:
قَلَ اْﻻِمَامُ الشَافِعِي: مَنْ قَلَّدَ مُعَيَّنًا فِى تَحْرِيْمِ شَيْءٍ اَوْ تَحْلِيْلِهِ وَقَدْ ثَبَتَ فِى الْحَدِيْثِ الْصَّحِيْحِ عَلى خِلاَفِهِ وَمَنِعْهُ التَّقْلِيْدِ عَنِ الْعَمَلِ بِالسُّنَّةِ فَقَدْ إِتَّخَذَ مَنْ قَلَّدَهُ رَبًّا مِنْ دُوْنِ اﷲ تَعَالَى.
“Berkata Imam al-Syafie: Sesiapa yang bertaklid (mengikut membuta tuli –pen) pada pengharaman sesuatu atau penghalalannya sedangkan telah nyata hadis sahih yang bertentangan dengannya dan menegah dari bertaklid kerana telah diperintahkan (diwajibkan) beramal dengan sunnah, maka dia telah mengambil orang yang ditaklidkan sebagai tuhan selain Allahu Ta’ala.”

KEDUA:
Imam al-Syafie rahimahullah juga menyatakan di dalam kitabnya, al-Umm (II/248):
وَإِذَا ثَبَتَ الْخَبَرُ عَنَ النَّبِيِّ؛ لَمْ يَجُزْتَرْكُهُ لِشَيْءٍ.
“Apabila telah sahih hadis dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam , maka tidak boleh untuk ditinggalkan kerana sebab apapun juga.”

KETIGA:
Imam Ibn Abi Hatim al-Razi rahimahullah telah meriwayatkan di dalam kitabnya, Adab Syafie wa Manaqibuhu (ms. 67-68 & 93), bahawa Imam al-Syafie rahimahullah pernah menyatakan:
كُلُّ مَا قُلْتُ: وَكَانَ عَنَ النَّبِيِّ خِلاَفَ قَوْلِيْ مِمَّا يَصِحُّ، فَحَدِيْثُ النَّبِيِّ أَلَى وَلاَ تُقَلِّدُوْنِيْ
“Setiap apa yang telah aku ucapkan, padahal telah datang dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih yang bertentangan dengan ucapanku itu, maka mengambil hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam itulah yang utama, dan janganlah kamu bertaklid kepadaku!.”

KEEMPAT:
Imam al-Hakim rahimahullah telah meriwayatkan di dalam Tarikh Naisabur bahawa Imam al-Syafie rahimahullah menyatakan kepada seseorang yang mempertentangkan hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan perkataan para ulamak:
أَنَا أَقُوْلُ لَكَ قَالَ رَسُوْلِ اﷲ، وَأَنْتَ تَقُوْلُ: قَالَ عَطَاءُ، وَطَاعُوْسُ، وَمَنْصُوْرُ، وَإِبْرَاهِيْمُ، وَالْحَسَنُ، وَهَؤُلاَءِ لاَ يَرَوْنَ ذَلِكَ؛ هَلْ لأَِ حَدٍ مَعَ رَسُوْلِ اﷲِ حُجَّةٌ ؟!
“Aku (Imam al-Syafie) berkata kepadamu bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda demikian, tetapi kemudian kamu justeru berkata: Imam ‘Atha’ telah berkata demikian, Thawus berkata demikian, Manshur telah berkata demikian, dan Ibrahim (al-Nakha’i) telah berkata demikian, dan Hasan (al-Basri) telah berkata demikian. Padahal para Imam itu tidak membolehkan sama sekali untuk mempertentangkan hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan perkataan mereka, apakah ada seorang manusia yang perkataannya dapat dipertentangkan dengan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam?!.”

KELIMA:
Imam al-Syafie rahimahullah juga berkata:
أَجْمَعَ الْمُسْلِيْموْنَ عَلَى أَنَّ مَنِ اسْتَبَانَ لَهُ سُنَّةٌ عَنْ رَسُوْلِ اﷲ؛ لَمْ يَحِلَّ لَهُ أَنْ يَدَعَهَا لِقَوْلِ أَحَدٍ.
“Kaum muslimin telah ijmak (bersepakat) bahawa sesiapa sahaja yang telah jelas baginya sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (yang sahih), maka haram baginya meninggalkan sunnah yang telah jelas di hadapannya itu hanya lantaran (terpengaruh dengan) pernyataan seseorang sahaja.”

KEENAM:
Imam Abu ‘Abdillah al-Hakim rahimahullah – penulis kitab al-Mustadrak – meriwayatkan dengan sanadnya yang sampai kepada Imam Rabi, bahawa dia berkata: Saya pernah mendengar Imam al-Syafie rahimahullah mengatakan:
مَا مِنْ أحَدٍ إِلاَّ وَتَذْهَبُ عَلَيْهِ سُنَّتةٌ لِرَسُوْلِ اﷲ، وَتَعْزبُ عَنْهُ فَمَهْمَا قُلْتُ مِنْ قَوْلٍ أَوْ أَصَّلْتُ مِنْ أَصْلٍ، فِيْهِ عَنْ رَسُوْلِ اﷲ خِلاَ فَ مَا قُلْتُ: فَا لْقَوْلُ مَا قَالَ رَسُوْلِ اﷲ وَهُوَ قَوْلِيْ.
“Tidak ada seorang pun melainkan ia pernah menyelisihi sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, dan menyimpang jauh darinya. Maka apa pun yang pernah aku nyatakan atau pokok (ushul) apa pun yang telah aku letakkan, padahal di sisi lain telah datang dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keterangan yang bertentangan (bercanggah) dengan apa yang telah aku nyatakan itu, maka yang harus (wajib) diambil adalah apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, kerana pada hakikatnya apa yang menjadi ketetapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam itulah (juga) pendapatku (yang sebenarnya).”

KETUJUH:
Imam al-Baihaqi rahimahullah telah meriwayatkan di dalam kitabnya, Manaqib Syafie (1/473) bahawa Imam al-Syafie rahimahullah juga mengatakan kepada seorang muridnya Imam Rabi’ bin Sulaiman al-Muradi rahimahullah:
كُلُّ مَسْأَلَةٍ تَكَلَّمْتُ فِيْهَا صَحَّ الْخَبَرُ فِيْهَا عَنِ النَّبِيِّ عِنْدَ أَهْلِ النَّقْلِ بِخِلاَفِ مَاقُلْتُ، فَأَنَا رَاجِعٌ عَنْهَا فِيْ حَيَاتِيْ وَبَعْدَ مَوْتِيْ.
“Setiap masalah yang telah aku ucapkan, padahal telah sahih hadis dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menurut para ulamak hadis yang bertentangan dengan apa yang telah aku ucapkan itu, maka aku akan selalu ruju’ (menarik kembali) dari pendapatku yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam itu, baik saat aku masih hidup mahupun setelah aku mati.”

KELAPAN:
Imam al-Baihaqi rahimahullah telah meriwayatkan dalam kitab Manaqib Syafie (1/485), bahawa Imam al-Syafie rahimahullah pernah mengatakan:
مَنْ تَبِعْسُنَّةَ رَسُوْلِ اﷲ؛ وَافَقْتُهُ، وَمَنْ غَلَطَ، فَتَرَا كَهَا، خَالَفْتُهُ، صَاحِبِي الَّذِيْ أُفَارِقُهُ، اللاَّزِمُ الثَابِتُ عَنْ رَسُوْلِ اﷲ، وَإِنْ بَعُدَ، وَ الَّذِيْ أُفَارِقُ لَمْ يَقْبَل ْسُنَّةَ رَسُوْلِ اﷲ وَإِنْ قَرُبَ.
“Siapa sahaja yang mengikuti sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, maka aku akan menyetujuinya dan bersepakat dengannya, sedangkan orang yang meninggalkan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, maka aku akan menyelisihinya dan tidak akan bersepakat dengannya. Adapun teman yang tidak aku tinggalkan adalah orang yang selalu berpegang dengan hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih walaupun dia berada jauh dariku. Sedangkan mereka yang aku tinggalkan dan pisahkan dariku adalah orang tidak menerima sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, walaupun dia berada dekat denganku.”

KESEMBILAN:
Al-Hafiz al-Zahabi rahimahullah menyebutkan dalam kitabnya, Siyar A’lamin Nubala’ (X/35), bahawa Imam al-Syafie rahimahullah pernah berkata:
إِذَا صَحَّ الْحَدِيْثُ، فَهُوَا مَذْهَبِيْ، وَا ضْرِبُوا بِقَوْلِيْ الْحَا ئِطَ.
“Apabila telah sahih sebuah hadis, maka itulah mazhabku, dan buanglah perkataanku (yang menyelisihi hadis tersebut) ke arah tembok!.”

KESEPULUH:
Imam Ibn Abi Hatim al-Razi rahimahullah meriwayatkan di dalam kitabnya Adab Syafie, ms. 93-94, bahawa Imam Abu Tsaur rahimahullah – iaitu salah seorang murid kepada Imam al-Syafie – berkata: Saya pernah mendengar Imam al-Syafie rahiamhullah menyatakan:
كُلُّ حَدِيْثٍ عَنِ النَّبِيِّ، فَهُوَ قَوْلِيْ، وَإِنْ لَمْ تَسْمَعُوْهُ مِنِّيْ.
“Setiap hadis yang bersumberkan dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam itulah pernyataanku (pendapatku) walaupun kamu sendiri tidak (pernah) mendengarnya daripadaku.”

KESEBELAS:
Imam al-Syafie rahimahullah juga menegaskan di dalam kitabnya, ms. 598-599:
وَأَمَّا أَنْ نُخَالِفُ حَدِيْثًاعَنْ رَّسُوْلِ اﷲ صَلَّى اﷲُعَلَيْهِ وَسلَّمْ ثَابِتًا عَنْهُ فَارْجُوْا أَنْ لاَ يُؤْ خَذُ ذَلِكَ عَلَيْنَا إِنْ شَاءَ اﷲ وَلَيْسَ ذَلِكَ لاَحَدٍ وَلَكِنْ قَدْ يَجْهَلُ الرَّجُلُ السُنَّةَ فَيَكُوْن لَه قَوْلٌ يُخَالِفُهَا لاَ أَنَّهُ عَمَدَ خِلاَفهَا، وَقَدْ يَغْفُلُ الْمَرْءُ وَيُخْطِىءُ فِى التَاْوِيْلِ.
“Adapun untuk kita menyalahi hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang nyata (jelas) dari baginda, maka saya mengharapkan dari kamu tidak akan berlaku seperti itu (yakni menyelisihi hadis atau sunnah Rasulullah) ke atas kita, insya’ Allah. Tidaklah terjadi seperti itu ke atas seseorang kecuali kerana kejahilan seseorang itu terhadap sunnah sehingga ia memperkatakan apa yang menyalahinya. Bukan lantaran ia sengaja menyalahinya, tetapi adakalanya berpunca kerana kebodohan seseorang itu sehingga melakukan kesalahan dalam mentakwilkan (mensyarahkan)nya.”

KEDUA BELAS:
Imam al-Syafie rahimahullah mengatakan dalam ar-Risalah, ms. 289 (no. 667):
وَهَكَذَا يَجِبُ عَلَى مَنْ سَمِعَ شَيْئاً مِنْ رَّسُوْلِ اﷲ صَلَّى اﷲُعَلَيْهِ وَسلَّمْ أَوْثَبَتَ لَهُ عَنْهُ أَنْ يَقُوْلَ بِمَا سَمِعَ حَتَّى يَْلمَ غَيْرَةُ.
“Dan begitulah, wajib hukumnya bagi sesiapa sahaja yang telah mendengar satu hadis dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam atau telah sahih satu hadis dari baginda, untuk berkata/berpendapat seperti yang terkandung dalam hadis tersebut, sehingga ia mendapati hadis yang lainnya (dari sunnah baginda).”

KETIGA BELAS:
Imam al-Syafie rahimahullah berkata dalam kitabnya, ar-Risalah, ms. 432 (no.1165-1166):
وَدَلاَلَةٌ عَلَى أَنَّهُ لَوْ مَضَ أَيْضًا عَمَلُ أَحَدٍ مِنَ اْلأَئِمَّةِ، ثُمَّ وَجَدَ خَبَرًا عَنِ النَّبِيَّ صَلَّى اﷲُعَلَيْهِ وَسلَّمْ يُخَالِفُ عَمَلَهُ: لَتَرَكَ عَمَلَهُ لِخَبَرِ رَسُوْلِ اﷲ صَلَّى اﷲُعَلَيْهِ وَسلَّمْ. وَدَلاَلَةٌ عَلَى أَنَّ حَدِيْثَ رَسُوْلِ اﷲِ يُثْبِتُ نَفْسَه،ُ لاَ بِعَمَلِ غَيْرِهِ بَعْدَهُ.
“(Hal ini) juga menjadi dalil bahawa bila telah diketahui suatu amalan dari seorang ulamak Islam, kemudian didapati satu hadis dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang bertentangan dengan apa yang telah diamalkan olehnya itu, maka (seandainya) ulamak itu (mengetahui hal itu, pastilah dia) akan meninggalkan amalannya (yang bertentangan dengan hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam) demi menghormati hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Dan hal itu juga menjadi dalil bahawa hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam itu berdiri sendiri (dan dapat menjadi hukum agama dengan sendirinya), dan ketetapan hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam itu tidaklah terikat dengan satupun pengamalan orang yang datang setelah baginda.”

KEEMPAT BELAS:
Imam al-Syafie rahimahullah mengatakan dalam kitabnya, ar-Risalah, ms. 360 (no. 905):
وَإِذَا ثَبَتَ عَنْ رَسُوْلِ اﷲ صَلَّى اﷲُعَلَيْهِ وَسلَّمْ، فَهُوَ اللاَّزِمُ لِجَمِيْعِ مَنْ عَرَفَهُ، لاَيُقَوِّيْهِ وَلاَ يُوْ هِنُهُ شَيْءٌ غَيْرُهُ، بَلِ الْفَرْضُ الَّذِيْ عَلَى النَّاسِ إِتِّبَاعُهُ، وَلَمْ يَجْعَلْ ِلأَ حَدٍ مَعَهُ أَمْرًا يُخَالِفُ أَمْرَهُ.
“Dan bila telah sabit (sahih) dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, maka itulah yang wajib untuk diikuti oleh setiap orang yang mendengarinya, dan hal itu tidak memerlukan penguat dari yang lainnya, dan hal itupun tidak dapat dibatalkan kerana sesuatu yang lainnya. Bahkan yang diwajibkan atas manusia adalah mengikuti baginda (ittiba’). Dan tidak diperbolehkan sama sekali menjadikan ketetapan seseorang manusia untuk membatalkan ketetapan baginda.”
Berdasarkan kepada wasiat-wasiat Imam al-Syafie rahimahullah di atas, maka dapatlah dikesimpulkan bahawa pegangan Imam al-Syafie rahimahullah yang sebenar dalam persoalan bermazhab adalah seperti berikut:

PERTAMA:
Imam al-Syafie rahimahullah mengecam sesiapa sahaja yang mempertentangkan perkataan atau hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih dengan perkataan seseorang tanpa mengira sesiapa pun jua. Malah, jauh dari itu beliau juga menyifatkan orang-orang seperti ini termasuk dalam golongan yang menjadikan orang yang ditaklidinya itu sebagai "tuhan" setanding Allah Subhanahu wa Ta’ala.

KEDUA:
Beliau amat melarang keras umat Islam daripada bertaklid (mengikut membuta tuli) kepada apa-apa jua pandangan yang beliau kemukakan tanpa mahu mengambil kira sama ada pendapat yang beliau utarakan itu adalah sesuatu yang selaras dengan petunjuk al-Sunnah atau hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih atau pun sebaliknya.

KETIGA:
Selain itu, Imam al-Syafie rahimahullah juga secara tegas menyatakan pendiriannya untuk “berlepas tangan” daripada tindakan mana-mana pihak yang taksub terhadap apa jua pandangannya yang jelas menyelisihi petunjuk al-Sunnah atau hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Dengan perkataan lain, beliau sekali-kali tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa jua fahaman dan amalan yang bertentangan dengan kehendak al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih, sekalipun kefahaman dan amalan tersebut adalah masyhur disandarkan ke atas nama mahupun mazhabnya.

KEEMPAT:
Terakhir sekali, Imam al-Syafie rahimahullah juga turut menyatakan tentang prinsipnya yang sentiasa bersikap terbuka dalam menerima kritikan ilmiah daripada mana-mana para ilmuan terhadap pandangan beliau yang dilihat tidak sejalan dengan petunjuk al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih. Pada waktu yang sama, beliau tanpa teragak-agak dan segan silu sentiasa bersiap sedia untuk menarik semula (ruju’) apa-apa kenyataan atau pandangan yang telah beliau kemukakan apabila telah terbukti ianya menyelisihi nas-nas yang sahih, sama ada ketika beliau masih hidup mahupun ketika sesudah beliau meninggal dunia.

-artikel dipetik dari buku Mohd Hairi Bin Nonchi (Siapakah Pengikut Imam al-Syafie Dan Mazhab Syafie Yang Sebenar?) Terbitan Jahabersa.. Dapatkan di pasaran segera..

Wednesday, February 3, 2010

Facebook: Anda penentu haram halalnya..


Laman jaringan sosial Facebook atau singkatannya FB, kini terus menjadi fenomena bagi pengguna internet di Malaysia.

Penggunanya dikatakan bukan sahaja sahaja merangkumi peringkat usia kanak-kanak, remaja dan dewasa malah sehingga golongan berumur lebih dari 50 tahun.

Menurut laporan statistik terkini yang dikeluarkan syarikat Facebook, mereka kini mempunyai 350 juta pengguna aktif diseluruh dunia.

Dari jumlah itu, seramai 1.1 peratus atau 3.85 juta penggunanya adalah rakyat negara Malaysia dan sebilangan darinya adalah pengguna Islam.

Manakala lebih daripada 65 juta juta pengguna aktif Facebook juga mengakses melalui peranti mobile mereka.

Facebook produk Yahudi?

Hukum penggunaan Facebook ini pernah menjadi pertikaian di kalangan pengguna Islam apabila terdapat maklumat yang mendedahkan pengasasnya, Mark Zuckerberg adalah seorang Yahudi sekaligus meletakkan bahawa ianya adalah produk bangsa itu.

Malah lebih berat lagi apabila maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya menyebut Mark Zuckerberg menggunakan perniagaan Facebooknya membiayai Israel menyerang umat Islam di Gaza, Palestin tersebar luas di kalangan pengguna Islam.

Polemik itu juga telah menyebabkan ada kumpulan tertentu melancarkan kempen boikot dengan menyeru orang Islam tidak lagi menggunakan jaringan Facebook kerana didakwa boleh membawa kepada haram akibat menguntungkan Yahudi.

Namun menjadi persoalan adakah betul jika pengharaman dibuat atas asas bahawa ianya hanya produk Yahudi?

Nabi Muhammad SAW diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu:

أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

Ianya menjelaskan bagaimana Islam membenarkan umatnya membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.

Bila Facebook menjadi Haram

Hukum mengguna dan membuka akaun Facebook pada asasnya adalah 'Harus' atau dibenarkan selagi tidak melanggar batas syariat Islam.

Malah jika ia digunakan untuk kemaslahatan (kebaikan) Islam, maka ia menjadi sangat digalakkan.

Namun ianya boleh menjadi haram jika kemudahan jaringan sosial ini disalahguna bergantung kepada matlamat seseorang.

Facebook sepatutnya dijadikan sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, medan perbincangan, ruang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.

Malangnya ada diantara kita membuka akaun Facebook hanya untuk suka-suka, betul-betul untuk 'bersosial' tanpa ada sebarang tujuan bermanafaat.

Apatah lagi, Facebook kini juga dilengkapi aplikasi 'third party' seperti kuiz dan permainan online.

Keasyikannya kadang-kadang mampu menjadikan pengguna itu ketagih dan hanyut dalam dunia sendiri sehingga melupakan dunia luar.

Maka tidak hairanlah jika kajian Facebook sendiri menyebut rata-rata penggunanya menghabiskan lebih dari 55 minit sehari mengadap laman ini.

Islam melihat mereka yang menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, boleh menjadi haram sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

Malah lebih teruk lagi jika penggunaannya membuahkan fitnah menyebabkan institusi keluarga, masyarakat dan negara menjadi porak peranda.

Dalam satu kes yang berlaku 24 Januari 2009, seorang pemuda, Edward Richardson yang berasal dari London, dihukum penjara 18 tahun kerana membunuh isterinya Sarah, setelah mengetahui isterinya itu menukar status 'maried' kepada 'single' pada profile Facebooknya.

Beberapa kes lain juga berlaku termasuk dalam negara ini sehingga terdapat kes seseorang individu itu disiasat oleh pihak berkuasa kerana komen-komennya dalam blog yang berbaur hasutan dan ancaman yang didakwa boleh mewujudkan ketegangan.

Maka persoalan haram dan halal berhubung perkara ini wajar dipulangkan kepada pengguna masing-masing.

Hanya anda tahu bagaimana anda menggunkan kemudahan jaringan sosial ini sama ada memberikan banyak manfaat atau mudarat.

Tepuk dada tanya Iman..

--------------------------------------------------------------------------------
Sumber:
1- http://www.facebook.com/facebook?ref=pf#/press/releases.php?p=133917
2- http://www.alexa.com/siteinfo/facebook.com
3- http://www.zaharuddin.net
4- http://saifulislam.com/?p=6714

-Harakahdaily-