Sunday, August 30, 2009

The Wedding Of The Year...


Adoi..naik pening kepala saya melihat betapa excited nye umi dan abah membuat persiapan untuk majlis perkahwinan kak ely pada raya ke3 nanti.. Tersenyum lebar saya di buatnya melihat telatah mereka. Umi nak buat itu..abah nak buat ini... Sampai saya yang memandang ni pun boleh semput..Mujurlah saya sekarang sedang bercuti bolehlah tolong apa yang patut. Abah sibuk dengan mengecat rumah dan umi pula sibuk dengan barang-barang hantaran dan ke sana ke mari edar kad kahwin. Satu petang,semasa saya dan umi sedang membuat persiapan berbuka puasa saya sempat berbual panjang dengan umi tentang masjlis yang akan berlangsung nanti..
"Umi,besar sangat ke majlis kita nak buat ni?" tanya saya. Umi tersenyum..
"Tak tahu lah kak aini..Hajat nak buat kecik-kecik jah tak tahu lah gano boleh jadi besar pulak..."
Tergelak kecil saya...
"Susah jugak nak kawin ni kan umi..?"
"Ish..ingat senang ke? Nak buat persiapan kahwin dah satu hal.. Tu yang tanggungjawab lepas kahwin tu lagi susah..lagi besar.."
Saya hanya mengangguk memberi laluan untuk umi terus berbicara. Kini sesi nasihat telah bermula.
" Kita ni kak aini...walau hebat macam mana pun,tinggi mana pun kedudukan kita,kita mesti selalu hormat suami. Hormat pada suami yang paling penting. Memang mudah kita nak sebut,tapi bila dah kahwin esok-esok tahulah macam mana susahnya. Nak jaga hati suami,keluarga dia..ish bukan senang. Tambah lagi anak-anak umi semuanya berkerjaya. Umi takut sangat kalau anak-anak umi tak hormat pada suami sebab semua dah ada pendapatan sendiri, tak bergantung sangat pada suami,tapi ingat... kalau suami tak redha dengan kerja yang kita buat, duit gaji yang kita dapat tiap-tiap bulan tu tak akan berkat.."
Glup!! saya telan air liur. ish umi ni bagi nasihat macam aku je yang nak kahwin... detik hati kecil saya.
"Yelah umi... Aini lambat lagi la umi.. 4 tahun lagi paling awal.." balas saya selamba.
"Tahu..umi saja nak bagi nasihat awal-awal.. Dengan kak ely pun umi oyak gitu..dengan kak ja pun umi oyak gini jugok.."
"InsyaALLAH umi,anak-anak perempuan umi akan selalu hormat pada suami dia.." ujar saya..Sekadar mahu menyedapkan hati umi.
"Umi,betul ke abah nak tempah dikir barat malam bersanding nanti..?" tanya saya. Kembali kepada topik utama.
" A'ah..abah oyak ada dikir barat baru meriah. Oloh sekali sekala kak aini. Nikoh kak ely jelah boleh buat dikit barat,bersanding. Umi tahu doh,nikoh kak aini ngan kak ja mana nak buat semua-semua tu.."
Saya hanya diam. Tidak berani menidakkan atau mengiyakan. Merajuk ke umi? Mintak jauh la... Yang sebenarnya saya sendiri tak pernah terfikir lagi pasal semua tu..
" Mintak-mintak la majlis hok kita rancang ni berjalan lancar,kan umi.. Mesti malam tu grand habis.." saya menghidupkan kembali suasana.
Umi mengangguk sambil tersenyum. Alhamdulillah.
"Tulah..InsyaALLAH.." mata umi bercahaya. Dapat saya lihat umi begitu tidak sabar melihat anak perempuan sulungnya naik pelamin. Ibu mana yang tak excited melihat anak perempuan sulung anggun bersimpuh di atas pelamin? Saya yakin,perasaan itu hanya boleh dirasai bila kita telah menjadi ibu. Naluri keibuan bak kata orang..

Bagi saya..tiada salahnya jika umi dan abah membuat majlis perkahwinan yang agak meriah.. Selagi kami mampu..Apasalahnya kan? Ibu bapa mana yang tidak ghairah menyambut majlis perkahwinan yang pertama di dalam family?.. Sebenarnya saya juga tidak sabar menanti saat itu.. Menyambut kedatangan seorang ahli baru di dalam keluarga saya.. Yang pasti bagi kami sekeluarga,majlis kahwin kak ely nanti akan menjadi best wedding of the year dalam malaysia....




Solat Terawih: Antara Kualiti dan Kuantiti.

Alhamdulillah, bulan Ramadhan kembali menemui kita. Banyak ilmu yang perlu kita ulangkaji berkenaan amalan-amalan di dalam bulan Ramadhan, agar kita dapat memperoleh manfaat dan ganjaran yang sepenuhnya pada bulan yang mulia ini.

Justeru pada peluang ini, saya ingin mengajak para pembaca sekalian untuk mengulangkaji ilmu berkenaan Solat Terawih. Berkenaan keutamaan solat ini, Abu Hurairah r.a. menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. menganjurkan pada malam Ramadhan dengan anjuran yang bukan berupa perintah yang tegas. Baginda bersabda: “Sesiapa beribadah pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.” [Shahih Muslim, no: 759]

Hukum Solat Terawih.

Solat Terawih hukumnya sunat mu’akad, iaitu amalan sunat yang amat dituntut. Rasulullah s.a.w. telah menganjurkannya dengan arahan yang tidak tegas, bererti hukumnya adalah sunat dan tidak wajib. Oleh kerana ia adalah amalan sunat, maka apabila bertembung antara Solat Terawih dengan sesuatu amalan lain yang wajib hukumnya, maka hendaklah diutamakan amalan yang wajib hukumnya. Sebagai contoh, jika anda memiliki kuliah fakulti pada waktu malam Ramadhan, maka menghadiri kuliah hendaklah diutamakan kerana menuntut ilmu hukumnya wajib berbanding Solat Terawih yang hukumnya sunat.

Waktu Perlaksanaan Solat Terawih.

Rasulullah s.a.w. bersabda, sebagaimana hadis di atas: “Sesiapa beribadah pada malam Ramadhan…”. Berdasarkan hadis ini, tempoh perlaksanaan Solat Terawih ialah sesudah masuk waktu solat Isyak sehingga sebelum masuk waktu solat Subuh. Berdasarkan tempoh perlaksanaan yang luas ini, sesiapa yang tidak dapat melaksanakannya pada awal malam boleh melaksanakannya pada pertengahan atau akhir malam.

Kembali kepada contoh pelajar yang perlu menghadiri kuliah pada waktu malam, dia masih boleh melaksanakan Solat Terawihnya sesudah kuliah. Jika keletihan, dia boleh tidur sebentar kemudian bangun untuk melaksanakan Solat Terawih. Waktu perlaksanaan Solat terawih tidak terbatas kepada selepas solat Isyak sahaja.

Cara Perlaksanaan Solat Terawih.

Solat Terawih boleh dilaksanakan secara berjamaah atau bersendirian. Berjamaah adalah lebih afdal merujuk kepada anjuran Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya sesiapa yang bersolat (Terawih) bersama imam sehingga selesai maka Allah Menulis baginya (ganjaran seumpama) bersolat sepanjang malam.” [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 1604]

Namun jika menghadapi kesempitan untuk melaksanakannya secara berjamaah, maka dibolehkan melaksanakannya secara bersendirian. Rasulullah s.a.w. sendiri pada zaman baginda adakala melaksanakannya secara berjamaah dan adakala secara bersendirian. Ini bagi memberi kelapangan bagi umat, seandainya mereka menghadapi kesempitan masa atau tenaga.

Maka jika anda keletihan pulang dari kerja misalnya sehingga tak terdaya melaksanakannya secara berjamaah di masjid, maka boleh melaksanakannya secara bersendirian di rumah setelah berehat secukupnya.

Bilangan Rakaat Solat Terawih.

Solat Terawih boleh dilaksanakan dalam jumlah lapan atau dua puluh rakaat, diiikuti dengan Solat Sunat Witir. Kadangkala timbul persoalan berkenaan jumlah rakaat Solat Terawih yang sepatutnya dilaksanakan, lapan atau dua puluh rakaat? Sebenarnya lapan atau dua puluh, setiapnya memiliki dalil dan hujah di sebaliknya sehingga boleh diamalkan kedua-dua jumlah rakaat mengikut kecenderungan dan pilihan masing-masing.

Antara Kualiti dan Kuantiti.

Saya yakin para pembaca sekalian mengetahui bahawa kualiti adalah lebih penting daripada kuantiti. Maka terhadap Solat Terawih, pastikan ia dilaksanakan secara baik (kualiti) dan tidak sekadar mengejar rakaat yang banyak (kuantiti). Antara aspek kualiti yang sering ditinggalkan ialah:

1-Meninggalkan bacaan al-Qur’an secara tartil, iaitu sebutan kalimah-kalimah al-Qur’an secara jelas berdasarkan disiplin tajwid yang betul. Allah s.w.t. memerintah kita: “Dan bacalah al-Qur’an dengan tartil.” [Surah al-Muzammil, ayat 4]
2-Meninggalkan bacaan doa iftitah sebelum al-Fatihah dan bacaan surah-surah selepas al-Fatihah. Ini satu kerugian kerana bacaan-bacaan itu memberi ganjaran pahala yang amat besar.
3-Mengabaikan thama’ninah, iaitu kekal di dalam sesuatu posisi solat seperti rukuk, iktidal, sujud dan duduk di antara dua sujud. Tempoh kekal di dalam sesuatu posisi ialah sehingga bacaan dalam posisi itu dapat dilengkapkan dengan betul dan sempurna jumlahnya. Pernah ada seorang lelaki yang bersolat tanpa thama’ninah pada zaman Rasulullah s.a.w.. Melihat cara solat lelaki itu, Rasulullah s.a.w. memerintahkan beliau untuk mengulanginya [Shahih al-Bukhari, no: 757]. Tindakan baginda menyuruh lelaki itu mengulangi solat menunjukkan thama’ninah ialah syarat sah solat. Sesiapa yang meninggalkannya bererti solatnya, sama ada Solat Terawih atau selainnya, adalah tidak sah.
4.Meringkaskan bacaan selawat. Ada pendapat yang membahagikan bacaan selawat ketika duduk tasyahud sebagai wajib dan sunat. Bahagian awal selawat: “Allahumma sholli ‘ala Muhammad” dikatakan wajib manakala seterusnya dikatakan sunat. Maka atas tujuan meringkaskan Solat Terawih, hanya bahagian awal selawat yang dibaca. Ini adalah satu kesalahan kerana pembahagian selawat ketika duduk tasyahud kepada wajib dan sunat tidak berasal daripada petunjuk al-Qur’an dan hadis. Selawat wajib dibaca keseluruhannya, selengkapnya.

Berdasarkan poin-poin di atas, ayuh kita jadikan Solat Terawih pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang dilaksanakan berdasarkan kualiti dan bukannya kuantiti.

-Artikel dipetik dari www.hafizfirdaus.com-

Wednesday, August 19, 2009

Saya..Kak Ja dan DIA..



Mata saya terkebil-kebil memandang kipas yang tidak pernah jemu berpusing. Hujan lebat di luar di tambah lagi dengan kipas yang di pasang pada kelajuan 4 menyebabkan saya menarik selimut rapat ke dada.Suasana malam makin menjengah ke pagi.. Adoi,kenapalah mata ni susah sangat nak lelap? Pusing kanan tak keruan,pusing kiri lagi x kena. Mata..pejamlah..esok ada class ni.. bisik hati saya. Tangan mencapai handphone di sebelah.. hampir 3 pagi. Alamatnya memang esok tersengukla dalam kelas.. adoii..

Fikiran melayang jauh.. Yang pasti melayang balik ke rumah.. Ya ALLAH,rindu pada umi,abah,adik memamg dah xleh nak cakap apa.. Memang parah separah parahnya dah.. Tambah lagi bila dpt tahu kak ja pun ada kat umah,menghabiskan saki baki cuti konvonya yang ada..menyebabkan perasaan ni makin sayu..

Hati kecil ni tiba-tiba terdetik,bestnya kalau bleh jadi macam kak ja.. Dia ada semua.. Rupa,pelajaran,dan yang paling penting dia adalah seorang muslimah yang sangat-sangat mencintai agamanya..Tak keterlaluan jika saya katakan,saya sangat berbangga menjadi adiknya. Sepanjang 22 tahun saya hidup di atas muka bumi ini dia banyak mengajar saya mengenal diri.. Terlalu banyak.. Sehinggakan tidak mampu saya senaraikan..
Cerita zaman persekolahan saya tidaklah seindah yang disangka.. Terus terang saya katakan semasa zaman sekolah menegah, saya agak sosial orangnya atau mungkin juga boleh dikatakan agak ‘nakal’. Bila teringatkan semua kenangan itu saya akan tersenyum sendiri tetapi jauh di sudut hati biaralah ia selama-lamanya menjadi kenangan.. Tidak mungkin akan berlaku ulang tayang. Biarlah selamanya ia menjadi sejarah,saya tidak mungkin menjadi ‘aini’ yang itu.. InsyaALLAH.

Mengimbau tentang sejarah lama…fuh,dasyat.. biasalah, tu kan zaman enjoy..hehe for sure,sesiapa yang kenal saya masa kat sekolah dulu akan mula pandang dua kali bila first time tengok akan perubahan saya..nak tergelak saya dibuatnya bila tengok mata mereka membulat dan mulut mereka ternganga.. kelakar sungguh!! Sehinggakan ada salah seorang kawan saya bertanya…”aini,ko ada sejarah hitam ke sampai berubah macam ni? ke ko dah kawin..” tergelak besar saya dibuatnya… Soalan tu saya tak jawab..biarlah hanya ALLAH yang tahu kenapa saya berubah..

Kenapa saya berubah? hehe.. Hidayah ALLAH? Of course la tu jawapannya yang paling tepat,rajih dan kuat.. Tiada jawapan lain yang lebih tepat selain itulah jawapannya.. Tapi..bila fikirkan balik tentang tu semua..rasa sayu sangat hati.. Saya tak rasa saya layak menerimanya.. TERRRRLALU banyak kesalahan yang saya buat.. Tidak sangka ALLAH begitu sayang pada saya,sehinggakan meskipun saya seringkali melupakaNYA,namun DIA tidak pernah melupakan saya. Terima Kasih Ya ALLAH..

Teringat saya kata-kata nasihat dari kak ja sebelum saya melangkah kaki ke kolej matrikulasi. “ Aini,aini tak pernah ke fikir apa yang aini buat selama ni salah? Kak Ja yakin,aini pun tahu kan? Aini sayang,kak ja jadi kakak aini dah hampir 18 tahun. Kak ja faham sangat perangai aini. Walau buruk macam mana pun, aini tetap cantik di mata kak ja. Walau jahat macam mana sekalipun aini tetap baik di mata kak ja. Berubahlah aini.. Belum terlambat. Tak salah kalau kita menjadi manusia bersyukur. Yang lepas tu lepas la. Yang penting sekarang,kak ja nak aini jadi aini yang baru. Aini yang pandai jaga aurat,aini yang jaga pergaulan antara lelaki dan yang paling penting aini yang hormat pada umi dan abah.. Boleh kan sayang? Guna peluang yang ALLAH beri ni sebaik mungkin…” lirih suara lembut itu menyapa telinga saya. Dan seperti biasa sesi kaunseling begitu akan di akhiri dengan satu dakapan dan tangisan yang panjang.

Mungkin,berkat nasihat kak ja itulah saya mulai berubah. Walaupun bukan secara drastik,namun inilah aini yang sekarang. Inilah diri saya seadanya. Walaupun saya perlu mengambil masa hampir 1 tahun untuk mencari diri yang baru alhamdulillah saya ketemui cintaNYA jua akhirnya. Saya sangat berterima kasih dengan teguran daripada kak ja tersayang. Namun,setiap kali ucapan terima kasih dihulur,kak ja dengan senang hati akan menjawab..’ I do nothing sayang..semuanya dari ALLAH..’ yup.. betul kak ja..tapi mungkin melalui Kak ja.. I love u sis.. Only ALLAH know how much i love you… Thanks Kak ja..

Monday, August 10, 2009

“Bersederhanalah Dalam Beragama”




Disediakan oleh : Mohd Hairi Nonchi (Pendidikan Dengan Sains Sosial, UMS)

Dalam sebuah riwayat daripada Ibn 'Abbas r.a, katanya: Pada pagi hari 'Aqabah (musim haji) Rasulullah bersabda kepadaku ketika baginda berada di atas kenderaannya: 'Kutipkan untukku (batu-batu kecil untuk melontar jamrah al-'Aqabah)'. Aku pun mengutip batu-batu kecil untuk baginda yang kesemuanya sebesar biji kacang. Apabila aku meletakkannya ke dalam tangan baginda, baginda pun bersabda: ' (ya!) sebesar ini! Jauhilah kamu melampau dalam agama (al-Ghulu) kerana sesungguhnya al-Ghulu telah membinasakan mereka yang sebelum kamu

Maksud al-Ghulu.

Perkataan al-ghulu dalam bahasa arab bermaksud al-‘rtifa’ wa mujaawazatul qadr fi kulli syaik, iaitu melebihi kadar dalam setiap sesuatu. Adapun ghulu dalam beragama seperti kata Ibnu Athir (w.606H) bermaksud, at-Tsyaddud fiihi wa mujaawazatul had, iaitu terlalu keras berpegang dengannya dan melampaui batas. Justeru, sesuai dengan konsep kesederhanaan (al-wasathiyyah) yang dianjurkan oleh Islam, maka Islam menggalakkan umatnya agar mereka sentiasa berpegang teguh dengan ajarannya, disamping isiqamah dalam mengamali sikap bersederhana ketika melaksanakan perintah suruhannya serta tidak terlalu melampau sehingga melebihi batasan yang digariskan oleh al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Termasuk dalam perbuatan melampaui batasan dalam beragama adalah melakukan sesuatu amal ibadah yang tidak bertsabitan dengan petunjuk al-Qur’anul Karim dan al-sunnah Rasulullah s.a.w.

Al-Ghulu Juga Pernah Berlaku Pada Zaman Nabi s.a.w

Al-Ghulu dalam bergama bukanlah suatu yang baru, malah sejak baginda s.a.w masih hidup lagi perkara ini telah pun terjadi. Keadaan ini dapat dilihat menerusi sebuah hadis di mana pada suatu ketika Rasulullah s.a.w mendengar ada di kalangan para sahabat yang cuba beribadah melebihi apa yang telah diajar dan dicontohkan oleh baginda s.a.w. Dalam riwayat tersebut dikatakan bahawa beberapa orang sahabat telah datang kepada isteri Rasulullah s.a.w untuk bertanya berkenaan amalan baginda s.a.w. Lalu kerana ingin beribadah melebihi baginda, sebahagian daripada mereka berazam untuk tidak bernikah, sebahagian lagi enggan memakan daging dan sebahagian lagi enggan menyentuh tilam (tidur). Mendengar azam sedemikian, maka Rasulullah s.a.w keluar, memuji Allah dan bersabda yang bermaksud:

“Apa terjadi ? kenapa orang-orang ini berkata sedemikian dan sedemikian? Padahal aku bersolat dan juga tidur, aku berpuasa dan juga berbuka dan aku juga mengahwini wanita. Maka sesiapa yang berpaling daripda sunnahku, maka dia bukan daripada (umat) aku!”

Hadis yang tertera di atas memberi beberapa pengajaran yang amat bernilai kepada kita, antaranya :

i) Hadis tersebut telah membatalkan alasan yang lazim digunakan oleh ahli bid’ah bagi menjustifikasikan amalan-amalan mereka yang melampaui batas, di mana mereka sering beralasan “Apa salahnya, walaupun Nabi tak pernah buat tetapi Nabi tak kata apa yang kami buat ini dilarang!”. Jika diperhatikan, orang-orang yang bertanya kepada isteri Rasulullah s.a.w juga ingin “menambah” amal dan mereka menganggapnya sebagai sesuatu yang baik, apalagi Nabi s.a.w tidak pernah melarangnya. Walau bagaimanapun, keinginan mereka itu telah mendapat penentangan daripada baginda, malah lebih daripada itu baginda s.a.w mengkategorikan perbuatan seperti itu boleh menyebabkan seseorang itu termasuk dalam kalangan “..bukan daripada (umat) aku! ..”

ii) Hadis di atas juga menunjukkan sikap yang benar dalam mengikuti sunnah Rasulullah ialah melakukan apa yang dilakukan oleh baginda (sunnah fi’liyyah) dan meninggalkan apa-apa amalan yang tidak pernah dilakukan (ditinggalkan) oleh baginda s.a.w (sunnah tarkiyyah).
iii) Hadis tersebut juga membatalkan kaedah yang dibuat-buat oleh para pencinta bid’ah kononnya “Apa yang didiamkan oleh Rasulullah s.a.w tidak bererti dilarang”. Sedangkan kaedah yang benar adalah “Setiap ibadah adalah dilarang melainkan terdapat pentunjuk daripada al-Qur’an dan al-Sunnah (yang sahih) yang membolehkannya, manakala setiap urusan dunia adalah dibolehkan melainkan terdapat petunjuk daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang melarangnya”

Salah Faham Terhadap Konsep Penerimaan Amal Di Sisi Islam Melahirkan Sikap al-Ghulu

Dalam kalangan sebahagian umat Islam, mereka amat yakin dan percaya bahawa sesuatu amalan itu tetap dikira sah dan diterima di sisi Allah hanya dengan berdasarkan kepada niat yang ikhlas dan tujuan yang baik semata-mata. Lantaran dari salah faham ini, maka tidak hairanlah apabila lahirnya pelbagai bentuk amalan bid’ah dalam agama yang melampaui batasan petunjuk al-Sunnah, serta perlecehan terhadap tuntutan agama untuk mengikuti tunjuk ajar atau kaedah baginda s.a.w. Sebenarnya, inilah adalah tanggapan yang salah. Apa yang benar, menurut ajaran Islam, sesuatu amalan itu hanyalah dianggap sah dan diterima disisi Allah hanya apabila ia memenuhi dua syarat [1] ikhlas kerana mengharapkan kerdhaan Allah semata-mata dan [2] Ia dilakukan dengan cara yang bersesuaian dengan petunjuk al-sunnah Rasulullah s.a.w. Dalam hal ini Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyebut: "Seorang muslim dalam ibadahnya mengikut batasan yang ditentukan untuknya. Tidak mencukupi hanya sekadar bertujuan (ikhlas) untuk keredhaan Allah semata, bahkan hendaklah ibadah itu dilakukan dalam bentuk yang disyariatkan Allah, dengan kaifiyyat (cara) yang diredhai-Nya. Janganlah ibadah seorang muslim itu ialah apa yang yang direka oleh manusia berdasarkan hawa nafsu dan sangkaan."

Selain itu, Dr. ‘Abd al-Karim Zaidan pernah berpesan dengan katanya: "Amalan soleh ialah apa yang sahih dan ikhlas kepada Allah. Apa yang sahih itu ialah yang menepati syarak, maka membuat bid’ah dalam agama dengan menambah atau mengurangkannya adalah sesuatu yang tidak dibolehkan dan tiada pahala bagi pengamalnya sekalipun dengan niat beribadah kepada Allah. Bid’ah itu lebih buruk daripada maksiat. Ini kerana bid’ah itu mengubah agama serta menghukum dan mentohmah syarak sebagai cacat, berhajatkan kepada penyempurnaan, pengurangan dan mengubahan. Ini adalah perkara yang sangat besar yang tidak boleh kita beriktikad atau beramal dengannya. Untuk itu al-Rasul s.a.w memberi amaran mengenai bid’ah, sabdanya: (terjemahan) "Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan dalam agama, kerana setiap yang diada-adakan itu bid’ah, dan setiap yang bid’ah di dalam neraka". Maka segala kebaikan apa yang bawa oleh syarak dan berpada dengannya."

Syaikh al-Islam ibn Taimiyah (w.728H) berkata: “Sesungguhnya agama Allah ini adalah pertengahan antara yang melampaui dan yang meninggalkannya. Allah tidak memerintahkan hamba-hamba-Nya sesuatu melainkan syaitan akan mengganggunya dengan dua cara. Syaitan tidak kisah (dengan cara) yang mana satu dia berjaya, iaitu sama ada secara ifrat (melampaui batasan yang sepatutnya dalam bergama) atau tafrit (cuai terhadap agama). Justeru, Islam adalah agama Allah yang tidak boleh diambil ajarannya daripada sesiapapun selain-Nya. Maka syaitan mengganggu kebanyakan mereka yang mengaku mengikut ajaran Islam. Sehingga syaitan berjaya mengeluarkan mereka daripada syariat. Bahkan syaitan telah berjaya mengeluarkan (menyesatkan) banyak puak umat ini (umat Islam) yang terdiri daripada mereka yang kuat beribadah dan warak. Sehingga menjadikan mereka terkeluar daripada agama sepertimana melurunya anak panah daripada busurnya”

Demikianlah betapa kejinya sikap al-Ghulu dalam beragama. Justeru, hendaklah kita berwaspada agar tidak terjerat dalam perangkap syaitan sehingga melampaui batas dalam melaksanakan perintah suruhan agama. Sikap bersederhana dalam melaksanakan apa juga perintah Allah s.w.t dan Rasul-Nya hendaklah disemai dalam diri, disamping memastikan setiap amalan yang kita lakukan itu benar-benar termasuk dalam amalan-amalan yang tsabit dari petunjuk al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Sebagai penutup risalah ini, renungilah kata-kata ‘Abd Allah bin Mas’ud r.a berikut: "Sederhana dalam sesuatu (amalan yang menepati) sunnah lebih baik daripada bersungguh-sungguh dalam sesuatu bid’ah."

Saturday, August 8, 2009

Ayang,abang nak kawin lain....!!


Surat rasmi - Cara minta kawin lagi..
Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang
merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.


5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.


"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"


Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

Lelaki Idaman Saya?



Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman

Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah

Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam

Yang sentiasa haus dengan ilmu Yang sentiasa dahaga akan pahala

Yang solatnya adalah maruah dirinya

Yang tidak pernah takut untuk berkata benar

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah

lelaki yang menjaga tuturkatanya

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya

Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya

Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga

Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga

Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju rumah akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam

Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah

Yang boleh diajak berbincang dan berbicara

Yang menjaga matanya dari berbelanja

Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa

Matanya kepenatan kerana penat membaca Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir

Tidurnya lena dengan cahaya keimanan

Bangunnya subuh penuh kecergasan Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematanganLelaki idaman saya sentiasa mengingati mati

Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat

Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga

Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia Kerana dia mengimpikan syurga Di situlah rumah idamannya Dan dia ingin membawa saya bersama

Dialah lelaki idaman saya .... Namun layakkah sy?

Tapi... yakinlah... jadi solehah,dapat soleh...

Wednesday, August 5, 2009

Satu Minggu Yang Membosankan


Sekarang dah hampir 1 minggu kami di kuarantin sebab H1N1.. Fuh!! Boring memang tak leh nak cakap apa. Even tak ada satu ayat pun yang boleh gambarkan perasaan keboringannya. Bayangkan 1 minggu terperap di dalam bilik. Hanya boleh keluar ke cafe je tuk makan. Tu pun tak sampai 20 langkah dari asrama. Ya ALLAH... fikiran rasa tertutup rapat. Blur and blank..

Dari tingkap bilik yang menghadap bangunan ward,hati ni rasa terdetik.. Macam ada something yang tak kena. Tapi apa? Yup!! Memang ada yang tak kena.. Semenjak 1 mimggu di kuarantin ,iman ni rasa futur sangat. Mungkin kerana sehari suntuk duduk di bilik, menghadap laptop dan buku-buku menyebabkan diri ini terlalu senang. Tak ada ujian pun. Bangun pagi, mandi,makan,study,then tidur balik pastu bangun balik,tengok tv....tu jelah.. Rasa memang betul-betul tak berkembang. Dengan erti kata lain rasa x best.. Tapi tak tau macam mana nak describe kan perkataan tak best tu.. Maybe kawan-kawan yang sudi baca artikel ni bleh tolong describe kan.. hehe.. But for sure, saya rindukan kehidupan yang ada ujian.. Yup.. that's the conclusion...

Monday, August 3, 2009

Bacalah dan Hayati Setiap Baris Kata Cerita Dibawah..


Syahdunye Adik dan Palestin Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk,walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.

Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga,lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik. Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.

Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar,tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengala mi peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid,kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud. Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi.

Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Wali d dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!" Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan.

Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. AAdik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nam pak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.Adik tanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk. "Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum. Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk. Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menanggis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang,cium abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik,usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana" tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara. Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil." terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah. Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak a kan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya. Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh. "Ummi, kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ker ummi?" adik tanya lagi. Ummi senyum. "Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad. Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran. "Bismillahirrahmanirrahim.." Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tig a tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran. Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar. "Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid"muncul Mak Cik Fatima di depan rumah. "Anakmu,anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar. Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil.bukan..Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang. Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan. Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri org munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupa nya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid,kemudian abang dan akhirnya Jamal. Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memud ahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad..Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar di wajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba..... "Muhammad!!!!!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit. "Ummi.adik rasa mengantuk,adik nak tidur.Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk,berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran.Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.

Kesempurnaan insan lahir dari hati yang tulus dan suci.Hiasilah diri dgn permata keimanan dan gilaplah ia dengan mutiara ketaqwaan

Adakah Cara Solat Kaum Wanita Dan Kaum Lelaki Berbeza??



Ada sebahagian ulama’ berpendapat bahawa cara melaksanakan solat antara lelaki dan wanita berbeza. Mereka mengemukakan banyak hadith untuk menyokong pendapat itu. Tetapi kesemua hadith itu dha’if dan tidak boleh dijadikan sandaran hujah. Pendapat yang terpilih adalah tidak wujud perbezaan cara solat antara kaum lelaki dengan kaum wanita, sama ada ketika sujud, duduk dan sebagainya. Hal ini berdasarkan keumuman sabda Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam yang memerintahan agar setiap kaum muslim (merangkumi kaum lelaki dan kaum wanita) solat seperti mana baginda mengerjakannya. Hadith yang dimaksudkan :

“Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat (tata cara) aku solat” (Hadith riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya , no: 631)

Dalam pada itu, dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah, Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam juga bersabda : “Kau wanita duduk dalam solat sebagaimana duduknya kaum lelaki” (Al-Mushannaf, no: 2788)

Syaikh Nashiruddin al-Albani rahimahullah (1420H) berkata: “Semua hadith yang menyebut tentang sifat solat Nabi menunjukkan solat lelaki dan wanita sama sahaja. Tidak wujud hadis yang menerangkan bahawa wanita dikecualikan daripada sebahagian pergerakan solat itu. Bahkan lafaz hadith yang umum itu merangkumi lelaki dan wanita” (Sifat Solat Nabi, ms. 189)

Selanjutnya, bagi menguatkan pendapat beliau yang menafikan adanya perbezaan tata cara solat antara kaum lelaki dengan kaum wanita, Syaikh Nashiruddin al-Albani rahimahullah juga membawa sebuah riwayat dari al-Bukhari dalam kitabnya, al-Tarikh al-Saghir, muka surat 95 dari ‘Ummu Darda yang berbunyi:
“Sesungguhnya (Ummu Darda) dalam solat, duduk seperti cara duduk lelaki, padahal beliau seorang perempuan yang ahli (pakar) fiqh” (Sifat Solat Nabi, ms. 240)

Selain itu, dalam sebuah hadith yang berbentuk umum juga, Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam bersabda:

“Kaum wanita adalah saudara kembar bagi kaum lelaki”

Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud (no:204) dan at-Tirmizi (no:105) daripada Siti Aisyah. Manakala riwayat ad-Darimi (no:764) pula daripada Anas. Al-‘Aljuni rahimahullah berkata: “Ibn al-Qattan berkata bahawa hadith riwayat Aisyah di atas adalah dha’if (lemah), sedangkan riwayat Anas pula sahih” (Kasyfu al-Khafa’, jil. 1, ms. 248)

Al-Khittabi rahimahullah berkata: “Dalam memahami hadith, kebiasaannya apabila terdapat satu perintah yang ditujukan kepada kaum lelaki, ia juga (sebenarnya) merangkum wanita kecuali jika ada dalil khusus kepada kaum wanita. Sebahagian ulama’ berkata wanita tidak boleh duduk seperti lelaki. Hal ini berdasarkan kepada dua hadith dha’if”

Al-Baihaqi rahimahullah berkata: “Dalam masalah ini (yakni larangan kaum wanita menyerupai cara solat kaum lelaki -pent) terdapat dua hadith dha’if dan kedua-duanya tidak boleh dijadikan hujah. Pertama, menurut Atha’ bin al-‘Ajlan, Abu Nadhrah pernah mendengar Abu Sa’id al-Khudri radhiallahu-‘anhu meriwayatkan bahawa sahabat Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam berkata:
“Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam memerintahkan kaum lelaki supaya merenggangkan anggota tubuh mereka ketika sujud dan baginda memerintahkan kaum wanita merapatkan dan merendahkan tubuh ketika sujud. Baginda juga memerintahkan agar kaum lelaki menyimpuhkan kaki kiri dan menegakkan kaki kanan ketika tahiyat. Sebaliknya, baginda memerintahkan kaum wanita duduk bersilang kaki di bawah paha”

Al-Baihaqi rahimahullah berkata: “Hadith ini Mungkar”

Kedua, menurut Abu Muti’ al-Hakam bin Abdullah al-Bakhi, Umar bin Dzar pernah mendengar Mujahid meriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa beliau berkata bahawa Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam bersabda:



“Apabila seorang wanita duduk dalam solat, kemudian meletakkan pahanya di atas yang sebelahnya. Apabila sujud, dia merapatkan perutnya kepada kedua-dua pahanya seperti lazimnya dia menutup dirinya. Allah berkata: Wahai para malaikat-Ku, saksikanlah, sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosa-dosa wanita itu” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi)

Hadith ini dha’if kerana di dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bernama Abu Muti’ al-Bakhi. Ibnu Hajar rahimahullah berkata:

”Ibn Ma’in berkata bahawa hadith ini tidak boleh dikira sebagai hujah. Dalam masa yang lain pula, beliau berkata hadith ini dha’if. Al-Bukhari juga sependapat dengan beliau dan menambah bahawa perawinya merupakan seorang Ahli Ra’yi. Demikian juga komen al-Nasaa’i” (Lisan al-Mizan, jil. 2, ms. 334)

Ketiga, Yazid bin Abu Habib berkata bahawa Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam pernah melewati dua orang wanita yang sedang mengerjakan solat. Kemudian baginda bersabda:

“Ketika kamu sujud, rapatkanlah sebahagian anggota ke tanah. Dalam keadaan itu, wanita tidak sama kaum lelaki” (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Baihaqi)

Hadith di atas adalah Mursal dan termasuk dalam hadith dha’if. Ibn Abi Syaibah menyebutkan bebrapa atsar daripada sebahagian ulama’ salaf mengenai perbezaan duduk antara lelaki dan wanita.
Hujahnya berdasarkan firman Allah dan sabda Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam. Kemudian, beliau menyebut daripada sebahagian ulama’ salaf yang lain bahawa cara mengerjakan solat bagi lelaki dna wanita adalam sama. (Al-Mushannaf, jil. 1, ms. 242)

Selain itu, Syaikh Muhammad bin Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah juga turut menolak hujah yang membezakan cara solat kaum wanita dengan kaum lelaki. Menurutnya, kenyataan bahawa wanita tidak boleh merenggangkan tubuhnya di dalam solat sebaliknya hendaklah dirapatkan, boleh disanggah dalam beberapa aspek :

i) Alasan yang dikemukakan tidak dapat menolak kekuatan nas yang menyatakan bahawa wanita dan lelaki adalah sama dari segi mengamalkan hukum. Lebih-lebih lagi Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam pernah menyuruh semua umat Islam mendirikan solat seperti baginda mendirikannya. Perintah ini berbentuk umum, merangkumi lelaki dan wanita.
ii) Kenyataan di atas boleh dibatalkan ketika seorang wanita mengerjakan solat bersendirian. Wanita dituntut mengerjakan solat bersendirian di rumahnya tanpa kehadiran kaum lelaki. Ketika itu, dia tidak perlu merapatkan tubuhnya kerana tidak dilihat oleh lelaki.
iii) Mereka mengatakan bahawa wanita mesti mengangkat kedua-dua tangan ketika bertakbir. Sedangkan perbuatan itu lebih memalukan berbanding merenggangkan tubuh.

Pendapat yang tepat, wanita boleh melalukan setiap perkara yang dilakukan oleh lelaki dalam solat. Dia mesti mengangkat tangan dan merenggangkan anggota tubuhnya. Dia mesti meluruskan tulang belakang ketika rukuk dan menjauhkan sedikit perut daripada kedua-duabelah pahanya. Begitu juga meninggikan kedua-dua belah paha daripada kedua lutut ketika sujud. Dia juga perlu bersimpuh di atas lantai (tawarruk) ketika tahiyat akhir. (Al-Syarh al-Mumti’, jil. 3, ms. 303-304)

Jika seorang wanita mengerjakan solat di tempat yang boleh disaksikan oleh kaum lelaki (tempat yang terbuka) seperti di Masjid al-Haram atau di tempat awam kerana terdesak, dia hanya perlu menjaga auratnya agar tidak terbuka, bukan merapatkan anggotanya. Al-Imam al-Nawawi rahimahullah dalam kitabnya, al-Majmu’, jil. 3, ms. 455, menyebut wanita berbeza daripada lelaki dalam hal mengerjakan solat hanyalah dalam perkara-perkara berikut :

i) Wanita tidak wajib solat berjemaah di masjid.Berbeza dengan lelaki, dia diperintahkan berjemaah di masjid.
ii) Kedudukan saf imam wanita sama dengan lelaki, iaitu sebaik-baiknya, imam berdiri di tengah antara saf makmum.
iii) Makmum wanita hendaklah berdiri di belakang makmum lelaki, bukannya sama saf dengan lelaki.
iv) Saf paling belakang lebih afdhal daripada saf paling depan apabila wanita mengerjakan solat bersama-sama lelaki.

Demikian secara ringkas penjelasan mengenai persoalan perbezaan cara mengerjakan solat antara kamu wanita dengan kaum lelaki. Apa yang benar, tidak wujud sebarang perbezaan yang ketara antara kedua-duanya melainkan dalam perkara-perkara tertentu sahaja yang sangat terpencil sebagaimana yang telah dijelaskan oleh al-Imam al-Nawawi rahimahullah di atas. Semoga risalah ini dapat memberikan manfaat kepada sidang pembaca, khasnya bagi para muslimah. Wallahu-a’lam.

Sekian, wassalam.

Sunday, August 2, 2009

Jangan Mengubah Suai Agama...




Pernahkah kita bertanya kepada diri kita sendiri, adakah ibadah yang saya amalkan selama ini sesuatu yang tulen lagi murni sebagaimana amalan Baginda s.a.w dan para sahabatnya suatu ketika dahulu ? Bagaimanakah reaksi kita setelah kita menyedari bahawa segelintir amalan yang kita lakukan selama ini didapati sudah tidak lagi menepati ajaran yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w? Lazimnya, sesetengah daripada kalangan kita akan menepis persoalan-persoalan ini dengan alasan-alasan yang mudah lagi tidak ilmiah seperti “Ahh.. itu perkara keci saja, lagipun bukankah amalan yang aku buat itu kelihatan baik? ” Risalah pada kali ini akan memaparkan kepada sidang pembaca sekalian mengenai beberapa riwayat hadis dan atsar para sahabat yang mengisahkan tindakan segelintir umat Muhammad yang sengaja cuba bertindak menukar-nukar ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Menarik untuk diperkatakan di sini, jika diamati riwayat-riwayat tersebut, maka akan kita dapati bahawa hampir kesemua perkara yang diubahsuai oleh mereka itu hanyalah melibatkan perkara yang remeh-temeh sahaja. Malah, jika dinilai dari sudut lojik akal, apa yang mereka lakukan itu adalah sesuatu yang dipandang baik lagi rasional. Walau bagaimanapun timbul persoalan, mengapakah tindakan mereka yang kelihatan “seremeh” dan “sebaik” itu mendapat tentangan dari pihak yang berpegang teguh kepada sunnah Rasulullah? Hadis, atsar dan penerangan para ulama’ yang mengkutinya di bawah ini merupakan hujah yang paling tepat bagi menjawab persoalan ini:

Ibnu al-Arabi bercerita dari al-Zubair bin Bakkar bahawa dia mendengar Imam Malik bin Anas r.h telah didatangi seorang lelaki, lalu orang itu berkata: "Wahai Abu ‘Abdulah, dari mana aku harus melakukan ihram?". Imam Malik menjawab: "Dari Dzil Hulaifah, sebagaimana Rasulullah s.a.w (memulakannya). Lalu orang itu berkata: "Sesungguhnya aku ingin berihram dari masjid ini (Masjid Nabawi di Madinah)." Imam Malik berkata: "Jangan anda lakukan sedemikian". Orang itu berkata: "Sesungguhnya aku ingin melakukan ihram dari masjid ini dari sisi kuburan (Rasulullah s.a.w). Imam Malik berkata: "Jangan lakukan seperti itu. Sesungguhnya aku khuatir fitnah yang bakal menimpa anda." Orang itu berkata : "Fitnah apa? Aku hanya menambahkan beberapa mil (batu) sahaja". Imam Malik berkata: "Fitnah apa lagi yang lebih besar dari keyakinan (seolah-olah anda merasakan bahawa) anda mendapat keutamaan melebihi keutamaan yang ditetapkan oleh Rasulullah. Aku mendengar Allah berfirman: "Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya (Rasulullah agar mereka) beringat serta berjaga-jaga jangan (sampai) mereka ditimpa bala’ bencana atau ditmpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya”
[1]

Daripada Nafi’ beliau meriwayatkan bahawa pada suatu ketika seorang lelaki telah bersin di sisi Ibn 'Umar r.a lalu lelaki tersebut berkata: "Alhamdulillah Wassalam 'ala Rasuulillah" (Puji-pujian bagi Allah dan salam sejahtera ke atas Rasul-Nya). (Mendengarkan yang demikian) berkatalah Ibnu 'Umar: "(Adakah) saya mengucapkan "Alhamdulillah Wassalam 'ala Rasuulillah" ? Bukanlah ucapan seperti ini (yang diajar oleh Rasulullah s.a.w kepada kami selepas bersin). (Akan tetapi) Rasulullah s.a.w telah mengajarkan kepada kami ucapan ini : "Alhamdulillah 'ala kulli haal” (Puji-pujian bagi Allah pada semua keadaan)”
[2].

Dalam riwayat yang lain : Daripada Said ibn al-Musayyib, bahawasanya dia telah melihat seorang lelaki solat setelah terbit fajar lebih daripada dua rakaat. Lelaki itu memperbanyakkan rukuk dan sujud dalam solatnya itu. Lalu beliau pun melarang lelaki itu berbuat sedemikian. Maka lelaki itupun berkata kepadanya: “Wahai Abu Muhammad! Adakah Allah mengazabku di atas solat yang aku kerjakan ini? Beliau menjawab: Tidak!, akan tetapi Allah mengazabmu kerana perlakuanmu ini menyelisih sunnah (cara Nabi)”
[3]

Dalam kitabnya, Irwa’ al-Ghalil, jilid 2, halaman 236, Syaikh Nashiruddin al-Albani r.h ketika mengulas hadis di atas telah berkata: “Ini adalah jawapan yang sangat baik daripada Said ibn al-Musayyib dan merupakan senjata yang paling tajam terhadap ahli bid’ah yang sering menganggap baik perbuatan bid’ah dengan label zikir dan solat, kemudian mereka mengingkari ahli sunnah yang mengingkari perbuatan mereka dan menuduh ahli sunnah mengingkari zikir dan solat. Padahal, ahli sunnah sebenarnya hanya mengingkari penyimpangan mereka dari sunnah dalam tata-cara dan perlaksanaan zikir, solat dan amalan yang seumpama”
[4]
Diriwayatkan oleh al-Barra’ bin ‘Azib r.a, di mana beliau telah berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda : “Jika engkau memasuki tempat tidurmu, berwuduklah seperti wuduk ketika ingin mengerjakan solat. Kemudian berbaring ke sebelah kanan sambil membaca: “ Ya Allah, aku serahkan diriku kepada-Mu dan aku tundukkan wajahku kepada-Mu. Aku tundukkan wajahku kepada-Mu dan aku serahkan urusanku kepada-Mu. Aku sandarkan tulang belakangku kepada-Mu kerana berharap dan takut kepada-Mu. Tiada tempat sandaran dan tempat keselamatan melainkan kepada-Mu. Ya Allah, aku beriman kepada kitab suci-Mu yang telah Engkau turunkan dan Nabi-Mu yang telah Engkau utuskan” Sambung baginda lagi: “Jika engkau meninggal dunia pada malam itu, engkau berada dalam keadaan fitrah suci dan jadikanlah doa itu sebagai akhir perkataanmu. Al-Barra’ berkata: “Kemudian aku membacanya di hadapan Nabi s.a.w. Apabila tiba pada perkataan: “ Ya Allah aku beriman kepada kitab suci-Mu yang telah Engkau turunkan …” aku (telah mengubah lafaz ‘Nabi-Mu’ lalu) menyebut “dan Rasul-Mu” baginda bersabda: “Jangan engkau baca seperti itu (yakni lafaz ‘Rasul-Mu’), tetapi bacalah “dan Nabi-Mu yang telah Engkau utuskan”
[5]

Al-Mubarakfuri r.h dalam kitabnya, Tuhfah al-Qahwazi telah pun menerangkan beberapa hikmah yang terkandung di sebalik pelarangan baginda terhadap tindakan sahabat daripada menukar kalimah “rasul” kepada “nabi” tersebut : “ Para ulama’ telah mengemukakan beberapa alasan menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w melarang mengubah doa yang diajar oleh Baginda daripada “nabiyyika” (dan Nabi-Mu) kepada “warasulika” (dan Rasul-MU). Al-Hafiz Ibn Hajar r.h berkata bahawa alasan utamanya ialah kerana bacaan zikir adalah bersifat taufiqiyah (menerima tanpa dipersoalkan). Ia tidak boleh disamakan antara satu sama lain. Oleh itu, wajib membacanya seperti lafaz yang sedia ada. Ini adalah pendapat yang dipilih oleh al-Mundziri. Beliau berkata bahawa seseorang mesti membaca setiap huruf dalam zikir seperti yang diriwayatkan. Ada kalanya pahala bacaan itu berkait dengan huruf-huruf itu. Mungkin baginda menerima wahyu yang memerintahkan agar membaca doa dan zikir itu. Jadi, wajib membacanya mengikut apa yang diriwayatkan”
[6]

Menerusi kitabnya, Shahih at-Targhib wat Tarhib, jilid 1, muka surat 388, Syaikh Nashiruddin al-Albani r.h (w.1420H) pula berkata: “Di dalam hadith ini terdapat peringatan yang sangat tegas, bahawa wirid-wirid dan zikir-zikir itu taufiqiyah. Tidak boleh dirubah, baik dengan (berbentuk) tambahan, pengurangan atau hanya dengan merubah lafaz yang tidak mengubah erti. Kerana lafaz “Rasul” lebih umum dari “Nabi”, tetapi Rasulullah s.a.w tetap membetulkannya”
[7]

Daripada keterangan hadis dan huraian para ulama’ di atas, maka jelaslah kepada kita bahawa perbuatan mengubah suai atau menukar-nukar ajaran Islam, sama ada dengan cara menambah atau mengurangi sesuatu yang datang daripada baginda s.a.w – walaupun yang diubah suai itu kelihatan remeh-temeh dan dipandang baik di sisi akal manusia – ia adalah merupakan salah satu perbuatan yang tercela di sisi syara’. Justeru, sebagai umat Nabi Muhammad, hendaklah kita mengelakkan diri daripada mengubah suai apa-apa yang telah diajarkan olehnya kepada kita. Marilah kita beramal dengan amalan yang murni lagi tulen yang berasal daripada amalan baginda s.a.w dan para sahabat r.a agar segala amalan kita diterima di sisi Allah s.w.t dan mendapat kemuliaan di sisi baginda s.a.w pada hari Kiamat kelak. Semoga, hadis di bawah ini dapat dijadikan sumber pengajaran dan pedoman buat kita bersama :

“Abu Hurairah r.a berkata: “Di suatu ketika Rasulullah s.a.w telah melalui sebuah kawasan perkuburan, seraya bersabda: “Salam sejahtera ke atas kamu, wahai perkampungan orang-orang beriman! Kita akan menyusul bersama kamu. Insya’Allah, aku berharap aku dapat melihat saudara-saudaraku”. Bertanya para sahabat yang hadir ketika itu: “Wahai Rasulullah! Bukankah kami ini saudara kamu?”. Rasulullah s.a.w menjawab: “Tidak, kamu adalah sahabat-sahabat aku. Saudara-saudaraku adalah mereka yang akan datang di kemudian hari (selepas kewafatanku) dan aku memimpn mereka ke telaga Hawdh”.

Para sahabat bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah kamu akan mengenali umat-umat yang akan datang selepas (kewafatan) kamu?”. Rasulullah s.a.w menjawab: “Tidakkah seseorang yang memiliki seekor kuda yang berkaki putih di kalangan beberapa ekor kuda yang hitam dapat mengenali yang mana satukah kudanya?” (Jawab para sahabat) “Sudah tentu ya Rasulullah!”. Rasulullah meneruskan: “Sesungguhnya mereka (umat Islam selepas kewafatan Rasulullah) akan datang di hari Kebangitan (Kiamat) dengan tanda-tanda keputihan di dahi, tangan dan kaki mereka disebabkan oleh kesan-kesan wudhu’, dan aku akan memimpin mereka ke arah telaga Hawdh. Akan tetapi, ada di antara mereka yang akan dihalau daripada telaga Hawdh seperti unta-unta berkeliaran. Lalu aku memanggil-manggil akan mereka: “ Datanglah ke mari! (sebanyak 3 kali)”. Dan ketika itu seseorang (atau suatu suara) yang akan berkata: “Mereka itu adalah orang-orang yang telah menukar-nukar perkara (agama) selepas engkau”. Lalu aku akan berkata pula: “Jikalau begitu pergilah mereka, pergilah mereka, pergilah mereka!”
[8]

Penulis artikel : Mohd Hairi Nonchi (Pendidikan Dengan Sains Sosial)

[1] Dinukil daripada buku Fahaman Wahhabi Menular: Satu Analisis Terhadap Dakwaan Yang Ditimbulkan Oleh Akhbar Utusan Malaysia, Mohd Yaakub bin Mohd Yunus, terbitan Jahabersa, Johor Bahru, ms. 72-73
[2] Dikeluarkan oleh at-Tirmidzi dalam Kitab al-Isti'zan wa al-Adab, jld. 8, ms.8 (no:2882) dan al-Hakim dalam al-Mustadrak, Kitab al-Adab, jld 4, ms. 295, no: 7691
[3] Dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam Kitab al-Solat: Bab : Man lam yusolli ba’dal fajri illa rak’atainil fajri, jld. 2, ms. 654, no: 4445. Syeikh Ali Hassan berkata : Sanadnya sahih. Lihat ‘Ilmu ‘Usul al-Bida’, ms. 71
[4] Sebagai contoh dalam hal ini ialah berkenaan dengan amalan berzikir selepas solat-solat fardhu di mana pada kebanyakan masjid sering kelihatan segolongan umat Islam yang mengamalkan zikir-zikir yang jelas menyimpang dari apa yang telah diajar atau dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w seperti menyaringkan suara secara keterlaluan sehingga mengganggu orang lain yang masih beribadah, mengamalkan lafaz/kalimah zikir dan bilangan yang tidak warid (diambil) dari sunnah yang sahih dan pelbagai lagi bentuk penyimpangan dari al-sunnah atau cara Rasulullah s.a.w. Malangnya, apabila ada pihak yang menegur perbuatan tersebut, mereka serta merta melenting lalu menganggap teguran tersebut sebagai mengingkari amalan berzikir. Sedangkan yang diingkari oleh ahli sunnah –sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Albani di atas – hanyalah penyimpangan dari aspek tata-cara tertentu sahaja, bukan mengingkari amalan berzikir secara total. Andaikata para penggemar amalan bid’ah ini meluangkan masa sedikit sahaja untuk mengkaji, meneliti dan mempelajari dari kitab-kitab yang menerangkan kaifiat sebenar amalan berzikir menurut sunnah Rasulullah s.a.w yang sahih, nescaya mereka akan dapat melihat penyimpangan-penyimpangan tersebut. Insya’ Allah.
[5] Hadis riwayat al-Bukhari (bersama Fath al-Baari) jld. 1, ms. 357, hadis no: 247 dan Muslim, hadis no: 2710.
[6] Dinukil daripada buku Fatwa Panduan Solat Dari Takbiratulihram Sehingga Salam, Selenggaraan Abu Ruwais Al-Subrawi, Karya Bestari, Shah Alam, Selangor, cetakan pertama , 2005, ms. 133.
[7] Dinukil daripada buku Keajaiban Zikir Pagi Dan Petang, Majdi bin ‘Abdil Wahhab Ahmad, terbitan Media Tarbiyah, Jawa Barat, Indonesia, cetakan 2007, ms. 13
[8] Imam Malik, Al Muwwatha’, hadis no: 2.6-29. Dinukil daripada buku Zikir-zikir Selepas Solat Fardhu Sebagaimana Yang Diajarkan & Dilakukan Oleh Rasulullah s.a.w, Hafiz Firdaus Abdullah, Syarikat Jahabersa, Johor, cetakan kedua, 2005, ms. 1-3.

Nurse!!


“Dah fikir masak-masak ke?”
“Jangan menyesal tau.. Awak ada 1 tahun setengah je lagi nak grad..Apa kata awak habiskan dulu..” itulah kata-kata seorang sahabat sewaktu saya kemukakan hasrat saya untuk berhenti universiti dan join nursing. Kata-kata itu saya sambut dengan satu senyuman..

Sekarang,sudah hampir 2 tahun saya bergelar nursing student. Dengan izinNYA semua berjalan dengan lancar. Walaupun terkadang saya hampir tersungkur,namun alhamdullilah,kekuatan yang ALLAH berikan sentiasa membantu saya untuk terus bangkit berdiri..

Saya percaya mungkin ada di antara rakan-rakan yang bertanya kenapa mesti nurse,nurse ni bukannya glamour pun. Tapi jawapannya mudah..Sebab minat.. Ya,saya memamg minat nak jadi nurse sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Pelik kan? tapi,itulah hakikatnya.

Saya masih teringat,pada hari pertama saya memasuki kolej kejururawatan. Sewaktu sesi suai kenal,ada pengajar kami bertanya siapa di sini yang benar-benar minat menjadi nurse.. Saya amat terkejut bila mana dari 72 pelajar yang mendaftar,tidak sampai 10 orang pun yang mengangkat tangan. Rupanya,rakan-rakan saya yang lain kemari hanya kerana di paksa ibu bapa dan kerana sudah tidak ada peluang untuk menyambungkan pelajaran. Pilu saya di buatnya… Tidak kah mereka tahu betapa mulianya di sebalik perkerjaan jururawat? Jika kena gayanya terlalu mudah untuk membantu orang. Kata-kata umi pada suatu hari saya akan pegang sampai bila-bila… “Jadi nurse ni kak aini,paling senang nak dapat dosa dan paling senang nak dapat pahala.. Terserahlah pada kak aini nak pilih jalan yang mana…”

Inilah peluang untuk saya berbakti kepada masyarakat. Sungguh!! Saya tidak ada peluang lain lagi untuk berbakti kepada masyarakat selain inilah caranya. Saya berjanji kepada diri saya untuk menjadi seorang nurse yang sabar dan bertanggungjawab bukan sahaja terhadap kebajikan pesakit tetapi juga terhadap tuntutan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang khalifah di atas muka bumi ALLAH ini. Mungkin iniah peluang yang ALLAH berikan kepada saya untuk berdakwah kepada masyarakat. InsyaALLAH I will take this opportunity dengan sebaik mungkin. Itu janji saya..

Apabila memasuki bidang kejururawatan ini barulah saya sedar terlalu banyak harga yang perlu saya bayar untuk memenuhi cita-cita saya ini. Terlalu banyak.. Namun biarlah segala ujian yang tiba itu hanya saya dan DIA yang mengetahuinya. Yang pasti setiap ujian itu benar-benar telah mematangkan saya. Menjadikan saya seorang AINI SYAZWANI yang baru. Dari pengalaman yang lalu, tidak keterlaluan jika saya katakan,apabila dah join bidang nursing ni saya betul2 kena pandai jaga diri. Mungkin kerana kehidupan kami yang agak mewah dengan elaun tetap RM621 setiap bulan menyebabkan kami sedikit alpa. Benarlah,bila kta terlalu senang,kita akan mudah hanyut. Hanyut dengan dunia yang sering menipu kita. Sejujurnya saya juga hampir hanyut. Namun alhamdulillah berkat doa ibu bapa dan teguran dari rakan-rakan yang sefikrah membuatkan saya cepat tersedar. Alhamdulillah,akhirnya saya kembali semula kepada kehidupan lama saya. Insan hina yang sentiasa mendambakan keredhaan ALLAH..

Cita-cita saya terlalu tinggi. Saya berikan masa kepada diri saya hanya 2 tahun untuk menjadi staf nurse. Kemudian insyaALLAH saya akan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Bukan niat hendak membangga diri tetapi tidak salah jika kita jadikan ia sebagai motivasi untuk kita terus maju pada masa hadapan, bukan?

Melihat kepada dunai nursing sekarang,saya rasa ia perlukan perubahan ke arah yang lebih baik. Dalam erti kata lain ke arah yang lebih Islamic. bukan niat saya untuk mengatakan bahawa bidang nursing ini tidak Islamic tetapi kita sendiri boleh nampak. So,tak perlu rasanya saya huraikan perkara ini panjang lebar. Saya rasa saya perlu lakukan sesuatu. Kalau bukan saya,siapa lagi?

InsyaALLAH,selagi nyawa di kandung badan,selagi ALLAH permudahkan urusan saya,saya akan lakukan setakat mana yang termampu.Namun terkadang,terdetik jua di hati, mampu ke saya? Sejujurnya,saya juga tidak pasti mampu kah saya.. Tetapi saya yakin ALLAH maha tahu apa yang terbaik untuk saya..DIA adalah perencana yang terbaik.. Ya ALLAH,permudahkanlah perjalanan hambaMU yang hina ini.. Amin..AMin..AMinn..

Coretan buat 'mu'



Entah angin apa yang membuai hari ini, sehingga membuatkan aku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya ku khususkan buatmu sebelum tiba masanya.Aku telah di didik umi semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata umi, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi.

Sejak mejejakkan kaki di pusat pengajian tinggi sehinggalah sekarang,aku cuba sedaya upaya untuk menjaga pergaualan ku dengan lelaki bukan muhrim sebaik mungkin. Memang agak payah pada mulanya kerana perkerjaanku menutut aku berkomunikasi dengan terlalu ramai lelaki setiap hari. Tapi itu tidak pernah aku jadikan sebagai alasan untuk tidak membataskan pergaulan ku. Kerja tetap kerja dan batas pergaulan tetap di jaga. Aku yakin,aku perlu berlatih bermula dari sekarang. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, aku akan cuba menjaga suaraku dan tidak memandang terlalu lama. Akan ku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah“Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”. Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain,sudah tentu kau juga tidak mahu aku memandang lelaki lain,bukan? Oleh itu,untuk mendapat lelakin yang menundukkan pandangannya,aku terlebih dahulu yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntutAllah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku. Aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?Tidak ku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Dirimu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang hina ini sememangnya pernah di uji. Entah mengapa hatiku ini mudah benar terpedaya dengan keindahan seorang lelaki. Dengan sedaya kudrat yang ada,aku cuba pendamkan perasaan yang semakin tumbuh di hati. Puas ku pujuk hati ini agar melupakan sahaja perasaan itu. Namun,apa kan daya,aku tetap manusia biasa yang dilahirkan dengan seribu sejuta kelemahan. Yang pasti,aku tidak mahu menjadi hawa untuk membuat seseorang adam itu lupa kepada cinta DIA yang agung. Oleh itu,setelah segala perkara di timbang dan diukur,aku tekad mengundur diri. Perasaan ini perlu dibuang jauh dari kamus hidupku. Kerana aku tidak mahu cintaku ini terlebih dahulu diberikan kepada seseorang selain dirimu. Kerana aku tahu hanya engkau yang layak memiliki cintaku setelah ALLAH dan Rasul. Aku tertanya-tanya adakah aku berada ditebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kurasa seolah-olah dirimu wujud bersamaku. Entah mengapa,aku terlalu yakin,lelaki itu bukan dirimu. Alhamdulillah,jiwaku kini semakin tenang. Dia sudah tidak pernah menjengah lagi di dalam hidupku. Dan aku tekad tidak mahu memikirkan tentang cinta sehinggalah dirimu hadir ke dalam hidupku sebagai seorang yang layak dicintai …Sebagai suamiku.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku kearah tuju yang satu.Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk kau berpaut sewaktu dirimu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku.

Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku keranaNya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku ….“Kerana kau adalah suamiku, amirul firdaus buatku nanti…”