Saturday, July 25, 2009

my first wrote in this simple blog

Ini adalah hasil tulisan yang pertama. Setelah hampir setahun terdetik di dalam hati nak ada blog sendiri,alhamdulillah akhirnya ALLAH mudahkan jua. Inilah hasilnya. Walaupun rumah saya ni simple sangat tapi inilah yang seadanya. Sesuai sangatlah dengan tuan rumahnya yang sememangnya jua sangat simple... Terlalu banyak sebenarnya yang bermain di kepala.. Banyak sangat benda yang nak ditulis.. Tapi bila tangan ni mula je nak menaip,semua tu hilang. X taulah sama ada semua tu hilang sebab blur ataupun sebab otak x sempat nak menafsir dek kerana terlampau banyak sangat benda yang berlegar-legar di kepala. Trafic jem di buatnya...=)


Setelah hampir 22 tahun hidup menumpang di atas bumi TUHAN yang terlalu indah ini..banyak tersangat sangat perkara yang berlaku. Ada yang manis,pahit,masam,payau,kelat dan yang seangkatan dengannya. Menjadi seorang khalifah di atas muka bumi ini bukanlah sesenang kita menyebutnya. K.H.A.L.I.F.A.H....


Terdetik di hati,sepanjang menjadi khalifah di atas bumi ini apa sumbangan yang pernah saya buat? Especially untuk islam. Gerun bila pikir balik. Mungkin tak keterlaluan jika saya kata,saya lebih banyak meminta daripada memberi.. Ya.. Lebih banyak meminta dari ALLAH daripada memberi sesuatu untuk agamaNya.. Sedih dan pilu terasa bila teringatkan segala nikmat yang DIA berikan.. Badan yang sihat,family yang terbaik,kawan-kawan yang sentiasa susah senang bersama dan berbagai lagi..Tapi setakat mana saya menabur sesuatu untuk membantu agamaNYA? Ya ALLAH....
Pernah suatu hari sy terfikir,sy perlu lakukan sesuatu.. Tapi bila fikir-fikir balik,mampu ke? Mampu ke kalau sy sorang yang nak bawa masyarkat kembali kepada islam yang benar. Islam yang tulen versi salafu soleh..Mampu ke? Sedangkan ilmu sy pun tak sehebat mana.. Tapi,kata-kata seorang sahabat suatu hari telah menyedarkan saya... 'Aini.. kat sana nanti,ALLAH tak akan tanya apa kejayaan yang awak dah bawa untuk islam,tapi ALLAH akan tanya apa yang pernah awak buat untuk islam...' berderau darah saya bila mendengarnya.. Benarlah.. Dulu,sy pernah putus asa yang teramat sangat apabila kita buat sesuatu tetapi hasilnya bukan seperti yang kita harapkan...


Sekarang barulah saya faham... Kita mesti berusaha setakat mana yang mampu,tapi akhirnya kita kena serahkan segalanya kepada ALLAH... Dia adalah penentu segalanya...
So,start from this time.. saya berjanji pada diri saya sendiri..saya akan cuba lakukan sesuatu untuk agamanya.. Berjuang selagi mana ALLAH berikan peluang untuk berjuang. Pantang menyerah sebelum berjuang. Buat sesuatu bukan untuk mendapatkan hasil tetapi buat sesuatu untuk mendapatkan keredhaanNYA dan tanda sayang dan berterima kasih kepada ALLAH yang satu... Inilah hidup.. Hidup tak akan best tanpa ujian. Ujian mematangkan kita. Ujian tanda ALLAH sayangkan kita. Bila ujian tu kita adaptasi dengan cara yang baik,dengan cara yang sepatutnya itulah tiket percuma yang ALLAH bagi pada kita untuk masuk ke syurgaNya.. So kepada sesiapa yang sudi singgah di teratak saya ni dan sekali gus sudi baca sampai habis,mehlah kita pakat muhasabah diri.. sepanjang hidup ni,apa yang pernah kita buat untuk agamaNYA. Tangggungajwab kita sebagai seorang khilafah... Tepuk dada tanya iman...



24459077963181l -Hidup tak kan best tanpa ujian-

No comments:

Post a Comment