Friday, February 5, 2010

14 Pesanan dan Wasiat Imam al-Syafie...


14 pesanan dan wasiat Imam al-Syafie rahimahullah mengenai prinsip beliau berhubung dengan persoalan bermazhab di dalam agama, antaranya:

PERTAMA:
قَلَ اْﻻِمَامُ الشَافِعِي: مَنْ قَلَّدَ مُعَيَّنًا فِى تَحْرِيْمِ شَيْءٍ اَوْ تَحْلِيْلِهِ وَقَدْ ثَبَتَ فِى الْحَدِيْثِ الْصَّحِيْحِ عَلى خِلاَفِهِ وَمَنِعْهُ التَّقْلِيْدِ عَنِ الْعَمَلِ بِالسُّنَّةِ فَقَدْ إِتَّخَذَ مَنْ قَلَّدَهُ رَبًّا مِنْ دُوْنِ اﷲ تَعَالَى.
“Berkata Imam al-Syafie: Sesiapa yang bertaklid (mengikut membuta tuli –pen) pada pengharaman sesuatu atau penghalalannya sedangkan telah nyata hadis sahih yang bertentangan dengannya dan menegah dari bertaklid kerana telah diperintahkan (diwajibkan) beramal dengan sunnah, maka dia telah mengambil orang yang ditaklidkan sebagai tuhan selain Allahu Ta’ala.”

KEDUA:
Imam al-Syafie rahimahullah juga menyatakan di dalam kitabnya, al-Umm (II/248):
وَإِذَا ثَبَتَ الْخَبَرُ عَنَ النَّبِيِّ؛ لَمْ يَجُزْتَرْكُهُ لِشَيْءٍ.
“Apabila telah sahih hadis dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam , maka tidak boleh untuk ditinggalkan kerana sebab apapun juga.”

KETIGA:
Imam Ibn Abi Hatim al-Razi rahimahullah telah meriwayatkan di dalam kitabnya, Adab Syafie wa Manaqibuhu (ms. 67-68 & 93), bahawa Imam al-Syafie rahimahullah pernah menyatakan:
كُلُّ مَا قُلْتُ: وَكَانَ عَنَ النَّبِيِّ خِلاَفَ قَوْلِيْ مِمَّا يَصِحُّ، فَحَدِيْثُ النَّبِيِّ أَلَى وَلاَ تُقَلِّدُوْنِيْ
“Setiap apa yang telah aku ucapkan, padahal telah datang dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih yang bertentangan dengan ucapanku itu, maka mengambil hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam itulah yang utama, dan janganlah kamu bertaklid kepadaku!.”

KEEMPAT:
Imam al-Hakim rahimahullah telah meriwayatkan di dalam Tarikh Naisabur bahawa Imam al-Syafie rahimahullah menyatakan kepada seseorang yang mempertentangkan hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan perkataan para ulamak:
أَنَا أَقُوْلُ لَكَ قَالَ رَسُوْلِ اﷲ، وَأَنْتَ تَقُوْلُ: قَالَ عَطَاءُ، وَطَاعُوْسُ، وَمَنْصُوْرُ، وَإِبْرَاهِيْمُ، وَالْحَسَنُ، وَهَؤُلاَءِ لاَ يَرَوْنَ ذَلِكَ؛ هَلْ لأَِ حَدٍ مَعَ رَسُوْلِ اﷲِ حُجَّةٌ ؟!
“Aku (Imam al-Syafie) berkata kepadamu bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda demikian, tetapi kemudian kamu justeru berkata: Imam ‘Atha’ telah berkata demikian, Thawus berkata demikian, Manshur telah berkata demikian, dan Ibrahim (al-Nakha’i) telah berkata demikian, dan Hasan (al-Basri) telah berkata demikian. Padahal para Imam itu tidak membolehkan sama sekali untuk mempertentangkan hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan perkataan mereka, apakah ada seorang manusia yang perkataannya dapat dipertentangkan dengan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam?!.”

KELIMA:
Imam al-Syafie rahimahullah juga berkata:
أَجْمَعَ الْمُسْلِيْموْنَ عَلَى أَنَّ مَنِ اسْتَبَانَ لَهُ سُنَّةٌ عَنْ رَسُوْلِ اﷲ؛ لَمْ يَحِلَّ لَهُ أَنْ يَدَعَهَا لِقَوْلِ أَحَدٍ.
“Kaum muslimin telah ijmak (bersepakat) bahawa sesiapa sahaja yang telah jelas baginya sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (yang sahih), maka haram baginya meninggalkan sunnah yang telah jelas di hadapannya itu hanya lantaran (terpengaruh dengan) pernyataan seseorang sahaja.”

KEENAM:
Imam Abu ‘Abdillah al-Hakim rahimahullah – penulis kitab al-Mustadrak – meriwayatkan dengan sanadnya yang sampai kepada Imam Rabi, bahawa dia berkata: Saya pernah mendengar Imam al-Syafie rahimahullah mengatakan:
مَا مِنْ أحَدٍ إِلاَّ وَتَذْهَبُ عَلَيْهِ سُنَّتةٌ لِرَسُوْلِ اﷲ، وَتَعْزبُ عَنْهُ فَمَهْمَا قُلْتُ مِنْ قَوْلٍ أَوْ أَصَّلْتُ مِنْ أَصْلٍ، فِيْهِ عَنْ رَسُوْلِ اﷲ خِلاَ فَ مَا قُلْتُ: فَا لْقَوْلُ مَا قَالَ رَسُوْلِ اﷲ وَهُوَ قَوْلِيْ.
“Tidak ada seorang pun melainkan ia pernah menyelisihi sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, dan menyimpang jauh darinya. Maka apa pun yang pernah aku nyatakan atau pokok (ushul) apa pun yang telah aku letakkan, padahal di sisi lain telah datang dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keterangan yang bertentangan (bercanggah) dengan apa yang telah aku nyatakan itu, maka yang harus (wajib) diambil adalah apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, kerana pada hakikatnya apa yang menjadi ketetapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam itulah (juga) pendapatku (yang sebenarnya).”

KETUJUH:
Imam al-Baihaqi rahimahullah telah meriwayatkan di dalam kitabnya, Manaqib Syafie (1/473) bahawa Imam al-Syafie rahimahullah juga mengatakan kepada seorang muridnya Imam Rabi’ bin Sulaiman al-Muradi rahimahullah:
كُلُّ مَسْأَلَةٍ تَكَلَّمْتُ فِيْهَا صَحَّ الْخَبَرُ فِيْهَا عَنِ النَّبِيِّ عِنْدَ أَهْلِ النَّقْلِ بِخِلاَفِ مَاقُلْتُ، فَأَنَا رَاجِعٌ عَنْهَا فِيْ حَيَاتِيْ وَبَعْدَ مَوْتِيْ.
“Setiap masalah yang telah aku ucapkan, padahal telah sahih hadis dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menurut para ulamak hadis yang bertentangan dengan apa yang telah aku ucapkan itu, maka aku akan selalu ruju’ (menarik kembali) dari pendapatku yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam itu, baik saat aku masih hidup mahupun setelah aku mati.”

KELAPAN:
Imam al-Baihaqi rahimahullah telah meriwayatkan dalam kitab Manaqib Syafie (1/485), bahawa Imam al-Syafie rahimahullah pernah mengatakan:
مَنْ تَبِعْسُنَّةَ رَسُوْلِ اﷲ؛ وَافَقْتُهُ، وَمَنْ غَلَطَ، فَتَرَا كَهَا، خَالَفْتُهُ، صَاحِبِي الَّذِيْ أُفَارِقُهُ، اللاَّزِمُ الثَابِتُ عَنْ رَسُوْلِ اﷲ، وَإِنْ بَعُدَ، وَ الَّذِيْ أُفَارِقُ لَمْ يَقْبَل ْسُنَّةَ رَسُوْلِ اﷲ وَإِنْ قَرُبَ.
“Siapa sahaja yang mengikuti sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, maka aku akan menyetujuinya dan bersepakat dengannya, sedangkan orang yang meninggalkan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, maka aku akan menyelisihinya dan tidak akan bersepakat dengannya. Adapun teman yang tidak aku tinggalkan adalah orang yang selalu berpegang dengan hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih walaupun dia berada jauh dariku. Sedangkan mereka yang aku tinggalkan dan pisahkan dariku adalah orang tidak menerima sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, walaupun dia berada dekat denganku.”

KESEMBILAN:
Al-Hafiz al-Zahabi rahimahullah menyebutkan dalam kitabnya, Siyar A’lamin Nubala’ (X/35), bahawa Imam al-Syafie rahimahullah pernah berkata:
إِذَا صَحَّ الْحَدِيْثُ، فَهُوَا مَذْهَبِيْ، وَا ضْرِبُوا بِقَوْلِيْ الْحَا ئِطَ.
“Apabila telah sahih sebuah hadis, maka itulah mazhabku, dan buanglah perkataanku (yang menyelisihi hadis tersebut) ke arah tembok!.”

KESEPULUH:
Imam Ibn Abi Hatim al-Razi rahimahullah meriwayatkan di dalam kitabnya Adab Syafie, ms. 93-94, bahawa Imam Abu Tsaur rahimahullah – iaitu salah seorang murid kepada Imam al-Syafie – berkata: Saya pernah mendengar Imam al-Syafie rahiamhullah menyatakan:
كُلُّ حَدِيْثٍ عَنِ النَّبِيِّ، فَهُوَ قَوْلِيْ، وَإِنْ لَمْ تَسْمَعُوْهُ مِنِّيْ.
“Setiap hadis yang bersumberkan dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam itulah pernyataanku (pendapatku) walaupun kamu sendiri tidak (pernah) mendengarnya daripadaku.”

KESEBELAS:
Imam al-Syafie rahimahullah juga menegaskan di dalam kitabnya, ms. 598-599:
وَأَمَّا أَنْ نُخَالِفُ حَدِيْثًاعَنْ رَّسُوْلِ اﷲ صَلَّى اﷲُعَلَيْهِ وَسلَّمْ ثَابِتًا عَنْهُ فَارْجُوْا أَنْ لاَ يُؤْ خَذُ ذَلِكَ عَلَيْنَا إِنْ شَاءَ اﷲ وَلَيْسَ ذَلِكَ لاَحَدٍ وَلَكِنْ قَدْ يَجْهَلُ الرَّجُلُ السُنَّةَ فَيَكُوْن لَه قَوْلٌ يُخَالِفُهَا لاَ أَنَّهُ عَمَدَ خِلاَفهَا، وَقَدْ يَغْفُلُ الْمَرْءُ وَيُخْطِىءُ فِى التَاْوِيْلِ.
“Adapun untuk kita menyalahi hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang nyata (jelas) dari baginda, maka saya mengharapkan dari kamu tidak akan berlaku seperti itu (yakni menyelisihi hadis atau sunnah Rasulullah) ke atas kita, insya’ Allah. Tidaklah terjadi seperti itu ke atas seseorang kecuali kerana kejahilan seseorang itu terhadap sunnah sehingga ia memperkatakan apa yang menyalahinya. Bukan lantaran ia sengaja menyalahinya, tetapi adakalanya berpunca kerana kebodohan seseorang itu sehingga melakukan kesalahan dalam mentakwilkan (mensyarahkan)nya.”

KEDUA BELAS:
Imam al-Syafie rahimahullah mengatakan dalam ar-Risalah, ms. 289 (no. 667):
وَهَكَذَا يَجِبُ عَلَى مَنْ سَمِعَ شَيْئاً مِنْ رَّسُوْلِ اﷲ صَلَّى اﷲُعَلَيْهِ وَسلَّمْ أَوْثَبَتَ لَهُ عَنْهُ أَنْ يَقُوْلَ بِمَا سَمِعَ حَتَّى يَْلمَ غَيْرَةُ.
“Dan begitulah, wajib hukumnya bagi sesiapa sahaja yang telah mendengar satu hadis dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam atau telah sahih satu hadis dari baginda, untuk berkata/berpendapat seperti yang terkandung dalam hadis tersebut, sehingga ia mendapati hadis yang lainnya (dari sunnah baginda).”

KETIGA BELAS:
Imam al-Syafie rahimahullah berkata dalam kitabnya, ar-Risalah, ms. 432 (no.1165-1166):
وَدَلاَلَةٌ عَلَى أَنَّهُ لَوْ مَضَ أَيْضًا عَمَلُ أَحَدٍ مِنَ اْلأَئِمَّةِ، ثُمَّ وَجَدَ خَبَرًا عَنِ النَّبِيَّ صَلَّى اﷲُعَلَيْهِ وَسلَّمْ يُخَالِفُ عَمَلَهُ: لَتَرَكَ عَمَلَهُ لِخَبَرِ رَسُوْلِ اﷲ صَلَّى اﷲُعَلَيْهِ وَسلَّمْ. وَدَلاَلَةٌ عَلَى أَنَّ حَدِيْثَ رَسُوْلِ اﷲِ يُثْبِتُ نَفْسَه،ُ لاَ بِعَمَلِ غَيْرِهِ بَعْدَهُ.
“(Hal ini) juga menjadi dalil bahawa bila telah diketahui suatu amalan dari seorang ulamak Islam, kemudian didapati satu hadis dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang bertentangan dengan apa yang telah diamalkan olehnya itu, maka (seandainya) ulamak itu (mengetahui hal itu, pastilah dia) akan meninggalkan amalannya (yang bertentangan dengan hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam) demi menghormati hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Dan hal itu juga menjadi dalil bahawa hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam itu berdiri sendiri (dan dapat menjadi hukum agama dengan sendirinya), dan ketetapan hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam itu tidaklah terikat dengan satupun pengamalan orang yang datang setelah baginda.”

KEEMPAT BELAS:
Imam al-Syafie rahimahullah mengatakan dalam kitabnya, ar-Risalah, ms. 360 (no. 905):
وَإِذَا ثَبَتَ عَنْ رَسُوْلِ اﷲ صَلَّى اﷲُعَلَيْهِ وَسلَّمْ، فَهُوَ اللاَّزِمُ لِجَمِيْعِ مَنْ عَرَفَهُ، لاَيُقَوِّيْهِ وَلاَ يُوْ هِنُهُ شَيْءٌ غَيْرُهُ، بَلِ الْفَرْضُ الَّذِيْ عَلَى النَّاسِ إِتِّبَاعُهُ، وَلَمْ يَجْعَلْ ِلأَ حَدٍ مَعَهُ أَمْرًا يُخَالِفُ أَمْرَهُ.
“Dan bila telah sabit (sahih) dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, maka itulah yang wajib untuk diikuti oleh setiap orang yang mendengarinya, dan hal itu tidak memerlukan penguat dari yang lainnya, dan hal itupun tidak dapat dibatalkan kerana sesuatu yang lainnya. Bahkan yang diwajibkan atas manusia adalah mengikuti baginda (ittiba’). Dan tidak diperbolehkan sama sekali menjadikan ketetapan seseorang manusia untuk membatalkan ketetapan baginda.”
Berdasarkan kepada wasiat-wasiat Imam al-Syafie rahimahullah di atas, maka dapatlah dikesimpulkan bahawa pegangan Imam al-Syafie rahimahullah yang sebenar dalam persoalan bermazhab adalah seperti berikut:

PERTAMA:
Imam al-Syafie rahimahullah mengecam sesiapa sahaja yang mempertentangkan perkataan atau hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih dengan perkataan seseorang tanpa mengira sesiapa pun jua. Malah, jauh dari itu beliau juga menyifatkan orang-orang seperti ini termasuk dalam golongan yang menjadikan orang yang ditaklidinya itu sebagai "tuhan" setanding Allah Subhanahu wa Ta’ala.

KEDUA:
Beliau amat melarang keras umat Islam daripada bertaklid (mengikut membuta tuli) kepada apa-apa jua pandangan yang beliau kemukakan tanpa mahu mengambil kira sama ada pendapat yang beliau utarakan itu adalah sesuatu yang selaras dengan petunjuk al-Sunnah atau hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih atau pun sebaliknya.

KETIGA:
Selain itu, Imam al-Syafie rahimahullah juga secara tegas menyatakan pendiriannya untuk “berlepas tangan” daripada tindakan mana-mana pihak yang taksub terhadap apa jua pandangannya yang jelas menyelisihi petunjuk al-Sunnah atau hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Dengan perkataan lain, beliau sekali-kali tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa jua fahaman dan amalan yang bertentangan dengan kehendak al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih, sekalipun kefahaman dan amalan tersebut adalah masyhur disandarkan ke atas nama mahupun mazhabnya.

KEEMPAT:
Terakhir sekali, Imam al-Syafie rahimahullah juga turut menyatakan tentang prinsipnya yang sentiasa bersikap terbuka dalam menerima kritikan ilmiah daripada mana-mana para ilmuan terhadap pandangan beliau yang dilihat tidak sejalan dengan petunjuk al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih. Pada waktu yang sama, beliau tanpa teragak-agak dan segan silu sentiasa bersiap sedia untuk menarik semula (ruju’) apa-apa kenyataan atau pandangan yang telah beliau kemukakan apabila telah terbukti ianya menyelisihi nas-nas yang sahih, sama ada ketika beliau masih hidup mahupun ketika sesudah beliau meninggal dunia.

-artikel dipetik dari buku Mohd Hairi Bin Nonchi (Siapakah Pengikut Imam al-Syafie Dan Mazhab Syafie Yang Sebenar?) Terbitan Jahabersa.. Dapatkan di pasaran segera..

Wednesday, February 3, 2010

Facebook: Anda penentu haram halalnya..


Laman jaringan sosial Facebook atau singkatannya FB, kini terus menjadi fenomena bagi pengguna internet di Malaysia.

Penggunanya dikatakan bukan sahaja sahaja merangkumi peringkat usia kanak-kanak, remaja dan dewasa malah sehingga golongan berumur lebih dari 50 tahun.

Menurut laporan statistik terkini yang dikeluarkan syarikat Facebook, mereka kini mempunyai 350 juta pengguna aktif diseluruh dunia.

Dari jumlah itu, seramai 1.1 peratus atau 3.85 juta penggunanya adalah rakyat negara Malaysia dan sebilangan darinya adalah pengguna Islam.

Manakala lebih daripada 65 juta juta pengguna aktif Facebook juga mengakses melalui peranti mobile mereka.

Facebook produk Yahudi?

Hukum penggunaan Facebook ini pernah menjadi pertikaian di kalangan pengguna Islam apabila terdapat maklumat yang mendedahkan pengasasnya, Mark Zuckerberg adalah seorang Yahudi sekaligus meletakkan bahawa ianya adalah produk bangsa itu.

Malah lebih berat lagi apabila maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya menyebut Mark Zuckerberg menggunakan perniagaan Facebooknya membiayai Israel menyerang umat Islam di Gaza, Palestin tersebar luas di kalangan pengguna Islam.

Polemik itu juga telah menyebabkan ada kumpulan tertentu melancarkan kempen boikot dengan menyeru orang Islam tidak lagi menggunakan jaringan Facebook kerana didakwa boleh membawa kepada haram akibat menguntungkan Yahudi.

Namun menjadi persoalan adakah betul jika pengharaman dibuat atas asas bahawa ianya hanya produk Yahudi?

Nabi Muhammad SAW diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu:

أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

Ianya menjelaskan bagaimana Islam membenarkan umatnya membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.

Bila Facebook menjadi Haram

Hukum mengguna dan membuka akaun Facebook pada asasnya adalah 'Harus' atau dibenarkan selagi tidak melanggar batas syariat Islam.

Malah jika ia digunakan untuk kemaslahatan (kebaikan) Islam, maka ia menjadi sangat digalakkan.

Namun ianya boleh menjadi haram jika kemudahan jaringan sosial ini disalahguna bergantung kepada matlamat seseorang.

Facebook sepatutnya dijadikan sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, medan perbincangan, ruang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.

Malangnya ada diantara kita membuka akaun Facebook hanya untuk suka-suka, betul-betul untuk 'bersosial' tanpa ada sebarang tujuan bermanafaat.

Apatah lagi, Facebook kini juga dilengkapi aplikasi 'third party' seperti kuiz dan permainan online.

Keasyikannya kadang-kadang mampu menjadikan pengguna itu ketagih dan hanyut dalam dunia sendiri sehingga melupakan dunia luar.

Maka tidak hairanlah jika kajian Facebook sendiri menyebut rata-rata penggunanya menghabiskan lebih dari 55 minit sehari mengadap laman ini.

Islam melihat mereka yang menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, boleh menjadi haram sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

Malah lebih teruk lagi jika penggunaannya membuahkan fitnah menyebabkan institusi keluarga, masyarakat dan negara menjadi porak peranda.

Dalam satu kes yang berlaku 24 Januari 2009, seorang pemuda, Edward Richardson yang berasal dari London, dihukum penjara 18 tahun kerana membunuh isterinya Sarah, setelah mengetahui isterinya itu menukar status 'maried' kepada 'single' pada profile Facebooknya.

Beberapa kes lain juga berlaku termasuk dalam negara ini sehingga terdapat kes seseorang individu itu disiasat oleh pihak berkuasa kerana komen-komennya dalam blog yang berbaur hasutan dan ancaman yang didakwa boleh mewujudkan ketegangan.

Maka persoalan haram dan halal berhubung perkara ini wajar dipulangkan kepada pengguna masing-masing.

Hanya anda tahu bagaimana anda menggunkan kemudahan jaringan sosial ini sama ada memberikan banyak manfaat atau mudarat.

Tepuk dada tanya Iman..

--------------------------------------------------------------------------------
Sumber:
1- http://www.facebook.com/facebook?ref=pf#/press/releases.php?p=133917
2- http://www.alexa.com/siteinfo/facebook.com
3- http://www.zaharuddin.net
4- http://saifulislam.com/?p=6714

-Harakahdaily-

Saturday, January 30, 2010

The Moral Of The Story Is?



Hehe,setiap kali teringat akan peristiwa ni saya pasti akan tergelak sendiri. Meskipun peristiwa ni berlaku lama dah..masa bulan pose tahun lepas,tapi macam-macam mana pun,aura dia tetap terasa sampai sekarang...
Masa bulan pose yang lepas,saya selalu gak bukak pose ngan kak ja(kakaku yang tercayang) maklumlah kitaorang kan duduk dekat.. Tak sampai pun 5 minit dari asrama saya ke tempat kak ja.. So.setiap kali ada masa lapang saya ngan kak ja pasti akan keluar bukak pose sama-sama..

Nak dibuatnya cerita,petang tu macam biasa kitaorang plan nak bukak pose sama-sama. Kali ini destinasi kitaorang adalah di restaurant fast food kat Kuantan Prade.. So,jam 5++ kitaorang bertolak dari lobi hospital (HTAA).. jalan je,maklumlah dekat je.. Dalam 10 minit dah sampai.. Dah sampai sana,teruslah kitaorang menuju ke destinasi yang dirancang.. Tanpa berfikir panjang,masuk dan terus order.. Boleh dikatakan hari tu kitaorang agak makan besar.. Maklumlah dah hampir seminggu tak bukak pose sama2..(Sebab kak ja busy memanjang..huh..huh..huh..) order punya order..tetiba masa nak bayar,kak ja membisikkan sesuatu ke telinga saya..

“Aini ada duit tak? Kak ja ada ni je.. Lupa nak cucuk tadi..”
Ha!! Biar betulllll... Saya buka dompet.. Ya ALLAH..
“Jaaa..aini pun ada ni je..” saya tunjuk beberapa keping note berwarna
merah kat kak ja.. Automatik kitaorang gelak.. aiii,macam mana boleh tak ingat nak cucuk ni...Hailllaaa...haru biru sungguh..Kakak yang kat depan ni dah pandang semacam.. Makanan dah order..tak kan xnak bayar.. Kalau bulan pose,memang makanan boleh order dulu,kiranya booking tuk berbuka laa..tapi kena lah bayar terus...

Pastu dengan selamba kak ja berkata..
“Kak,boleh tak saya nak cucuk duit dulu..Takpe,adik saya tunggu kat sini..”
Nasib baik kakak yang cun tu bersetuju..So,kak ja pun segera menuju ke ATM yang ada kat dalam KP tu.. Dan saya pulak dengan muka yang dah beberapa inci ketebalannya duduk menunggu kat meja. Perasan,ada 2 3 orang yang tengok semacam..tapi saya buat dek je... hehehe

Kak Ja datang balik..
“Aini gano ni,tak leh cucuk lah.. Maybank ngan BSN kat sini tak leh transfer duit dari CIMB.. Kita kena cari CIMB jugak ni...”
“Kat KP tak de CIMB la ja..”
“Pastu,kat mana ada?”
Saya berfikir sejenak..
“Kat teruntum ada rasanya..”
“Jauh ke?”
Saya berfikir lagi..
“Jauh kot.. Aini pun tak tahu tahu.. Kita naik teksi jelah..”
“Aii,demo ni..2 tahun duk kuatan pun tak tahu?”
Saya termalu sendiri.. Failed jadi orang kuantan..hehe

Lepas slow talk dengan kakak tu,nasib baik dia setuju bagi kiteorang keluar kejap.. Walaupun pada mulanya dia macam tak confident je ngan kitaorang,tapi Alhamdulillah,dia bagi.. Mungkin tengok kitaorang memang ‘bersungguh’ sungguh!!

Dah tu,kitaorang pun cepat2 lah ke tempat teksi..
“Nak gi mana dik?”
“Teruntum pakcik..”
“Teruntum????” Pakcik tu pelik... Aiii,apasal pulak pakcik ni? Rasanya betul dah saya sebut tadi.. Teruntum.. Bukannya Mengkutum ke...Sekuntum ke...
“Dekat sangat tu dik.. Jalan ikut pintu belakang KP je..”
Aiii..pakcik ni...
“Kitaorang nak cepat pakcik...”
Hehe..yang sebenarnya...kitaorang tak tahu...cover line sikit..malu beb..
“Haaa..marilah..”

Hehehe..Rupanya betul laa..tak sampai pun 5 minit,dah sampai.. Betul lah kata pakcik ni..Dekat je.. Bukan dekat je..tapi tersangat-sangat-sangat la dekatnya.. Dari bangunan ni,kitaorang boleh nampak pintu belakang KP.. Adoilah..Umi,abah...malunya kat pakcik ni.. Dan kak ja sudah menampakkan aura kemarahannya pada saya..Ups!! Sorry sis...heheh..=)

Lepas cucuk duit,kitaorang pun balik semula..Naik teksi jugak... Yelah,dah alang-alang tu.. Naik jelah teksi... Sampai kat KP balik...
Tanpa berfikir panjang,kitaorang terus hulur RM 10 kat pakcik tu..
“Ehh,banyak sangat ni dik..”
“Takpelah,pakcik ambil la..Kalau pakcik tak ada tak tahulah macam mana kitaorang ni..”

Muka pakcik tu bercahaya.. Happy sunggguh nampaknya dia..
So,kitaorang pun cepat-cepat balik semula ke restaurant tu tadi.. Lega sangat bila tengok makanan dah terhidang kat atas meja.. Syukur Alhamdulillah,akak tu percaya kat kitaorang.. Yelah,buatnya dia tak buat makanan yang kitaorang order tadi nampak gayanya berbuka dengan air kosong jelah.. Lepas je bayar,kita orang pun duduk.. Fuh..lega+penat+kelakar.. Saya ngan kak ja tak habis-habis gelak.. 5 minit lepas tu azan pun kedengaran.. Alhamdulillah rezeki kitaorang masih ada.. Makanlah dengan sepuas hatinya..Yum..Yum..Yum..

So,the moral of the story is..
1) Jangan sesekali makan banyak sangat..berala kadar la dalam semua hal.. Kalau
tak order banyak mesti duit tu dah cukup

2) Kena ambil tahu juga benda-benda yang nampak tak berapa penting.. Jangan ambil
mudah dalam semua hal..Contohnya bangunan teruntum dekat je dengan KP..
walaupun benda tu nampak simple tapi percayalah ia amat berguna untuk kita
bila dalam kesusahan..

3) Rezeki tu datangnya dari Allah..DIA boleh bagi pada sesapa yang DIA kehendaki..
Contohnya dalam kes pakcik tadi.. kami tergerak hati nak bayar pakcik tu RM 10
Rezeki pakcik tu nampaknya..

4) Kena plan betul-betul apa yang kita nak buat.. Sediakan payung sebelum hujan..
Cucuk duit sebelum masuk kedai...hehehe

5) Kalau kita buat baik dengan orang insyaALLAH,ALLAH akan buka pintu hati
orang lain untuk buat baik pada kita.. Contohnya dalam kes kakak kat kedai tu..
Dia terbuka hati tuk tolong kitaorang.. Walaupun tak bayar lagi,dia tetap buat
makanan yang kitaorang pesan.. Syukur alhamdulillah..

Thursday, January 28, 2010

MENCARI CINTA ITU...


Ya ALLAH,benarkan aku terus menumpang di sini,
Mencari cintaMu agar aku terus berdiri,
Agar aku sedar akan hakikat sebenar kehidupan ini,
Yang terkadang membuatkan aku ketawa,tersenyum dan menangis..

Ya ALLAH,benarkan aku terus mencari,
Mencari siapa aku sebenarnya disisiMu?
Mencari mengapa aku disini?
Mencari makna disebalik hembusan nafas ini,
Mencari erti setiap degupan jantung ini,
Mencari maksud disebalik kerdipan mata ini,
Benarkan aku terus mencari..

Ya ALLAH,benarkan aku terus mencari,
dengan pimpinan kasih dan sayangMu,
Ya ALLAH benarkan aku terus mencari,
dengan rahmat dan belai kasihMu,
Ya ALLAH,benarkan aku terus mencari,
dengan bekalan petunjuk dan hidayahMu,
Ya ALLAH,benarkan aku terus mencari,
dengan tuntunan AL Quran dan Sunnah NabiMu,
agar aku ketemui cinta itu,
dan agar kebenaran itu adalah milikku..

Ya ALLAH,benarkan aku terus mencari,
Mencari kekuatan cinta di atas paksi kebenaran,
Mencari harga sebuah kemenangan,
Mencari kenikmatan disebalik pengorbanan,
Mencari seutas kasih dari lautan kebencian,
Mencari kerdipan bintang di tengah kepekatan malam,
Mencari kebenaran di tengah kesesatan...

Ya ALLAH,benarkan aku terus mencari,
Agar rasa syukur itu menjadi miliku selamanya..
Bersyukur diatas segala-galanya...
kerana kesudahan ku ini hanya Engkau yang mengetahuinya..

nukilan~~aini syazwani abdullah..26/1/10@4.10Pm

Saturday, January 16, 2010

SERANGAN KE ATAS GEREJA



KENYATAAN DR MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN
www.drmaza.com

Tindakan merosakkan atau memusnahkan tempat ibadah agama lain tanpa alasan yang benar adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang murni. Ia tidak mungkin dilakukan oleh seorang muslim yang faham agamanya dalam ertikata yang sebenar. Tindakan seperti itu hanyak dilakukan oleh orang-orang jahil yang tidak faham bagaimana tabiat sebenar agama yang mulia ini. Merujuk kepada kejadian terbaru yang berlaku di Petaling, di mana ada gereja yang dibakar dengan dilontar bahan-bahan letupan, maka berikut adalah penegasan saya;

1. Kejadian ini mungkin ada kaitan dengan isu nama Allah yang sedang panas sekarang. Jika demikian, maka saya percaya perkara ini mungkin dilakukan oleh salah satu dari golongan berikut;
 Pihak yang fanatik di kalangan orang Islam yang tidak memahami disiplin Islam berhubung dengan tempat-tempat ibadah agama lain.
 Pihak yang fanatik di kalangan orang Kristian yang cuba menimbulkan provokasi.
 Pihak yang cuba mengambil kesempatan politik dari ketegangan agama di negara ini dengan tujuan-tujuan tertentu.

2. Islam berlepas diri dari tindakan yang seperti ini. Al-Quran sendiri menyatakan bahawa tujuan peperangan yang berlaku dalam ajaran Islam ialah untuk membela keadilan buat manusiawi, yang antara kebaikannya menyelamatkan tempat-tempat ibadah. Ini seperti firman Allah: (maksudnya) “Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surah al-Baqarah, ayat 251). Ini menunjukkan walaupun Islam hanya mengiktiraf dirinya sebagai agama yang diredhai Allah, namun dalam masa yang sama Islam menghormati hak beragama dan melindungi mereka.


3. Ruang perbincangan dan diolag hendaklah dibuka untuk setiap pihak memahami antara satu sama lain. Mendahulukan demonstrasi, jeritan dan slogan yang keras hanya akan menimbulkan lagi ketegangan dalam isu-isu antara agama bagi rakyat yang hidup dalam negara yang mengiktiraf kebebasan beragama. Jalan yang baik ialah firman Allah: (maksudnya) “dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami dan juga Tuhan kamu adalah satu; dan kepadaNyalah kami berserah diri”. (Surah al-Ankabut: 46).

4. Jangan ada pihak yang cuba menimbulkan ketegangan ini dengan tujuan-tujuan politik seperti untuk mengaut pengaruh dan menjuarai isu untuk mendapatkan nama dan kuasa. Perkara yang penting adalah mempertahankan prinsip-prinsip Islam yang menjamin keselamatan rakyat jelata secara adil dan menentang apa bentuk kezaliman serta pencemaran hak asasi setiap individu dan pihak yang dijamin oleh agama ini.
5. Orang bukan Islam dalam negara ini juga hendaklah akur bahawa negara ini mempunyai identiti islamnya, maka mereka hendaklah menjaga perasaan dan sensitiviti umat Islam. Ini amat penting dalam keadaan umat Islam mempunyai rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku di Palestin, Iraq, Afghanistan, China, Filiphina, Selatan Thailand dan lain-lain negara yang membabitkan penindasan penganut agama lain ke atas umat Islam. Dibimbangi prejudis dan salahfaham boleh membawa kepada keburukan yang tidak berkesudahan.

6. Peranan penting para sarjana Islam dan para pemimpin umat Islam di Malaysia ialah mempamirkan ketinggian nilai Islam ini. Amat malang jika kita yang hidup dalam multi-religious society sejak sekian lama tetapi gagal untuk memperkenalkan Islam yang sebenar kepada masyarakat bukan Islam sedangkan berbagai peruntukan dan ruang dimiliki oleh kita.

7. Sekali lagi, saya amat bimbang ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dalam pergolakan yang akhir ini. Rakyat dalam negara ini hendaklah berhati-hati.

Thursday, January 14, 2010

Yes!!!! ALLAH Knows!!




When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows


When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows

Zain Bhikha-Allah Knows...

Sunday, January 10, 2010

Allah Knows!!



Enteri kali ini sebenarnya saya lebih tujukan untuk diri sendiri. Tatkala ini,diri yang hina dan serba kekurangan ini sekali lagi diuji. Diuji dengan ujian yang sememangnya Allah telah tentukan saya mampu menempuhinya... Bukankah ALLAH sudah berjanji di dalam Al Quran bahawa DIA tidak akan membebankan hambaNYA melainkan DIA tahu hambaNya itu mampu menempuhinya.. Jelas.. Sudah terang lagi bersuluh,setiap dugaan ini sesuai dengan tahap keimanan saya. Tapi kenapa hati ini masih terus mengeluh.. Masih terus lemah? Sedangkan saya yakin dan saya tahu ujian ini saya mampu menlempuhinya.


“Adik sayang,La Tahzan,ALLAH knows” SMS dari kak ja tercayang membuatkan saya diruntum pilu. Air mata tanpa segan mengalir di pipi.. Namun,saya terfikir,untuk apa sebenarnya saya menangis? Menangisi nasib? Tidak... Saya tidak ingin menjadi seorang manusia yang menangisi nasibnya. Itu seolah-olah saya tidak redha dan menyalahkan takdir. Hati saya dicuit dengan kata-kata kak ja. ALLAH knows!!Yes.. HE knows everything.. Setiap susah payah yang saya alami kerana mempertahankan keimanan di hati ini pasti diketahui ALLAH... ALLAH tahu betapa saya telah berusaha untuk menjaga hati ini. ALLAH tahu perjuangan yang telah saya lakukan sepanjang berada di di sini. Allah tahu jerit perih saya. Setiap kali saya flash back semula betapa banyaknya ujian yang telah saya harungi terutamanya ketika di sem 1,sem 2 membuatkan sedikit kekuatan kembali menjadi milik saya. Mengingati semua ujian yang telah saya lalui itu saya yakin,saya boleh mengharungi ujian-ujian yang akan mendatang. Jika dahulu boleh,kenapa sekarang tak boleh? Sabarlah..dua sem je lagi..

Saya berharap agar kawan-kawan semua mendoakan saya dan rakan-rakan yang sedang berjuang di sini. Saya tahu,’golongan’ kami di sini terlalu sedikit,namun InsyaALLAH,saya yakin ALLAH tidak akan meninggalkan kami berjuang keseorangan.. Because,ALLAH knows!!